MIB ubah tumpuan pada kelajuan pula?

Corat corit hal Sembang Santai Bikers

Kelab motosikal yang selama ini santai dan rata-rata ahlinya pemilik ‘Adventure’ atau ‘Touring’ bike, kini mula ubah haluan pada Sportsbike pula? Nak upgrade kelajuan?

Begitu agaknya yang bermain di benak setengah orang bila forum Sembang Santai MIB kali ini menonjolkan ‘Art of Speeding’ sebagai slot utama. Tetamu jemputan 3 orang bikers yang berpengalaman menunggang berbagai sportsbike jenama Yamaha R1, Ducati Diavel dan Pannigale, Aprilia Tuano. Mereka juga biasa berlumba di trek Sepang maupun di jalan ‘main trek di Plus highway atau Karak’ begitulah gempaknya.

3 orang otai tersebut – Dr. Adi Irfan dari kelab UKM bikers, Razalye Ayop dari kelab bikers Kawasaki Z900RS dan Riza Sharom yang dikenali sebagai biker di trek Sepang. Mereka telah berkongsi pengalaman menunggang Sportsbike sehingga mencecah ‘red line’ malah ada yang memandu tanpa melihat meter kelajuan!

Jangan bimbang, biar apapun, MIB sebagai sebuah kelab motorsikal yang memakai loga ‘Bikers are brothers’ adalah kumpulan yang mengutamakan keselamatan dan persaudaraan antara bikers.

Malahan dalam forum yang sama mereka menonjolkan aktiviti terkini termasuk Ride Subuh – ya, otai-otai yang seronok melayan corner dan menjelajah sempadan negara, tak lupa bawa hatinya dekat dengan masjid. Kalau mereka sanggup ride berjam-jam malah berhari untuk mengelilingi semenanjung atau menawan destinasi baru ‘overlander’, mereka pula sanggup berhujan dan menerobos kedinginan malam untuk melawat  rumah-rumah Allah. Tidak asing lagi, biar di mana mereka bermalam semasa konvoi, antara perkara yang biasa di dengar di awal pagi ialah deruman enjin jentera-jentara osem ini, dipandu menuju masjid atau surau untuk menikmati agenda penting, solat subuh berjemaah. 

Syukur, kerana, dalam forum yang sama juga mereka telah melaporkan konvoi terkini ke Johor Bharu untuk meraikan sebuah kelab motorsikal rakan-rakan iaitu kelab motorsikal MyCare Johor yang diketuai oleh Pengurus MyCare Johor Cikgu Rozi dan Pegawai Eksekutif En Saadon. Apa yang dibuat semasa pelancaran ini, suatu yang anih tetapi benar, para bikers yang biasanya asyik memulas throttle menjelajah jalanan, pada hari kejadian tersebut, mereka telah duduk seharian mendengar dan berbincang isu keselamatan semasa menunggag. Ini sekali gus menggambarkan apakah antara agenda penting kelab permotoran ini jika tidak mengenai pemanduan selamat (Riding Safety).

Ditambah pula dalam sesi Sembang Santai ini mereka jemput seorang lagi rakan dari UKM bikers, bro Kamisan untuk yang berkongsi tips menunggang dan bagaimana memastikan keselamatan semasa ride di jalan.

Nampaklah keseimbangan dalam perjalanan kelab motorsikal ini.

Program Sembang Santai Bikers MIB yang telah berlangsung sebanyak 5 kali setakat ini, secara berkala setiap bulan, telah mendapat sambutan hangat dan dihadiri oleh bikers dari berbagai kelab. Antaranya selain ahli-ahli MIB ialah TM Bikers, UKM bikers, Graftbuster Riders (SPRM bikers), juga Ratpack (Triumph) bikers, dan ada juga jemputan lady bikers. MyCare bikers club adalah kelab terbaru yang kini akan bersama dalam program SSB ini dan jalinan program bersama dijangka akan diadakan di masa akan datang.

Sembang Santai Bikers MIB ini disiarkan di Youtube secara terus, menggunakan platform Zoom untuk ahli dan panelis. Anda boleh melayari youtube dan cari ‘MyIkram Bikers’ untuk menonton program yang lalu, pastinya mengujakan dengan berbagai topik menarik yang lain seperti perkongsian dengan ladies bikers, teknik berkonvoi jarak jauh (long ride), Konvoi ke 1000 corners dan banyak lagi.

Sembang Santai 8 Ogos 2021

(Highlight – Covid & lockdown, Bike review – GS1200, Hai Otai bersama Tuan Syed Ghazali bekas Presiden MIB)

Sembang Santai 5 September 2021

(Hai Otai: Lady Bikers; Long Ride Convoys)

Sembang Santai 3 Okt 2021 

(Hai Otai: Dato’ Hamidon, ex-UIAM Bikers’ President & founder; Ride to 1000 Corners featuring UKM Bikers, Ratpack (Arie), TM Bikers (Nordin) & MIB (Dr. Azmi) 

Sembang Santai 7 Nov 2021

(Hai Otai: Easy Riders with Harley & Vulcan Classic with MIB founding members; Riders with pillion: Do you ride with her?)

Sembang Santai 5 Disember 2021

(Art of Speeding; Defensive Riding tips; Ride Subuh & Convoy to JB/MyCare Bikers)

Mewakili MIB saya mengucapkan jutaan terima kasih pada semua tetamu-tetamu jemputan yang telah sudi turut serta dalam sesi Sembang ini tanpa sebarang bayaran. Hanya Tuhan yang akan membalasnya. Penghargaan pada Presiden MIB Dr. Azmi dan semua exco yang telah memberi sokongan ke atas projek ini, tak lupa co-MC saya bro Kamal yang osem dan gigih, beliau setiausaha MIB yang mantap dan berdedikasi.

Program SSB online ini tak akan berjaya tanpa adanya platform serta bantuan teknikal. Oleh itu kami ucapkan jazakumullahu khairan pada Wanita Ikram Ampang Jaya kerana memberi izin penggunaan Zoom dan Youtube mereka. Juga kepada staf teknikal Ismayanti dan Teacher Damiril, tak lupa kepada penyokong setia yang sentiasa di sisi, Datin Wan Norsiah.

Leave a comment