Kembara Ramadan bersama TM Bikers…paradigma baru dunia permotoran?

Jam telah melewati 11 malam, dan kami masih lagi bertungkus lumus menolak jentera masing-masing sebelum menghidupkan enjin untuk memulakan perjalanan pulang. Di tengah-tengah laluan berliku dari Batu 14 menuju Batu 3 jalan Tapah-Cameron Highland, memang tak pernah terbayang sebelum ini untuk meredah laluan tersebut di lewat malam seperti ini.

Memang kami berdua (aku dan Dr. Hafiz) sudah menempah bilik hotel LF di Tapah, tetapi untuk sampai ke Tapah kami terpaksa melalui laluan berliku tersebut yang menjangkau lebih 20km, dalam kegelapan malam. Sewaktu naik di pagi hari, cuaca hujan dan jalan kelihatan licin, dan ini cukup mencabar di tambah keadaan jalan yang tak rata di sana sini, beralun serta berliku di sebalik kesibukan lalulintas dan kenderaan berat yang agak banyak.

Aku dah sampai ke Cameron dengan motor dua kali, yang terbaru bersama Harapan Baru Bikers. Kedua-dua kalinya kami naik samada melalui Sungai Koyan atau Simpang Pulai. Kedua-dua laluan memang berliku juga tapi jalan lebih elok dan besar. Lain pula halnya melalui Tapah. Bila aku mengumumkan hasrat nak join ride ni dalam group MIB, ada ahli yang kata – nak meredah laluan yang kona patah belaka memang kurang sesuai dengan jentera kami apalagi di malam gelap gelita (waktu pulang). Ini menyebabkan aku rasa cuak juga. Tambahan pula Dr. Hafiz yang beliau kata dah lama tak ride, kali ni beliau pasrah join selepas aku pujuk dan atas alasan nak support program Ikram Putrajaya. Takpe, jawabku, nanti kita ride santai je, apa-apa kita ride sekali. Akhirnya kami kuatkan tekad. Alhamdulillah pagi tersebut semasa ‘RV’ di Rawang, di sebalik kehadiran melempah ahli-ahli TM Bikers, muncullah Zul9 & Dr. Al-Amin, lega sedikit, walaupun Al-Amin tak dapat join, hanya datang menjenguk. KZH yang komit dari awal, tak muncul, jadi kami bertiga dari MIB, yang selebihnya 60 bikers lagi dari TM bikers.

Memang meriah bila ride bersama TM Bikers ni, ahli-ahlinya peramah dan mudah didekati, ramai yang berpengalaman dah berjalan jauh, walaupun ada 50% dari yang join kali ini kapchai – LC135, Y15Z & FZ150, tapi tak jadi hal sangat sebab ride tak berapa jauh, dan untuk mendaki ke Cameron kapchai lagi senang. Sebab ringan dan mudah koner.

Menghampiri Tapah, hujan mula turun, mulanya renyai terus semakin lebat. Seluar jeanku dah terasa basah, tapi Dr. Hafiz terus jalan, takkan aku nak berhenti pulak, so redah ja harapnya lepas ni panas terik seluar cepat kering. Kami berhenti di RnR Tapah, refuel dan terus ke Masjid Batu 3. Di RnR Tapah hujan turun lagi, membasahi helmet yang aku tinggal terdedah sebab melayan diri di tandas. Waktu ni dah ada masa sarung seluar hujan dan sediakan diri. Kami berhenti di masjid untuk solat dhuha dan ada yang punggah barang. Di sini jumpa Kamal, pengarah program dan sahabat baik kami yang juga ahli MIB & Ikram Putrajaya.

Sementara TM Bikers masih menyediakan diri, kami bertiga sepakat untuk ride terus ke Batu 14 Perkampungan orang asli tersebut. Hanya perlu ikut map yang dah diberi, aku set Googlemaps dan lead. Hujan mula turun dan jalan Tapah-Cameron kelihatan basah, tak rata dan memang berliku-liku. Mulalah rasa gayat. Aku lihat side mirror, terpandang Hafiz di belakang. Tak lama, bertembung deretan kereta dan lori, bas, aku potong satu persatu, rupanya banyak lagi di sepanjang jalan. Ya jalan licin, boleh terasa hampir skid setiap kali nak lap, ini yang makin cuak ni. Rupanya bertembung dengan beberapa kapchai, mungkin orang local, semuanya bawa slow saja, aku potong. Akhirnya dah tak nampak kelibat Hafiz & Zul (Zul paling belakang kira escort kami berdua ni). Tiba-tiba Googlemaps down, blank saja. Aku cuma berpandu pada jarak, lama sedikit lepas tak nampak lagi kedua bikers, walaupun selepas slow down – mungkin sangkut dengan deretan kereta dan bas di belakang, akhirnya aku berhenti di sebuah perhentian bas. Rupanya dah terlalu hampir dengan lokasi. Tak lama muncullah Hafiz & Zul9, ok kami pun set masuk ke simpang ke arah kampung Batu 14. Lagi gayat bila jalan menuju kampung curam dan berliku, memang merangkak saja tak biar tayar bergolek perlahan. Berbagai fikiran bergolak, hmmm macamana perjalanan balik nanti, di kegelapan malam…

Alhamdulillah syukur program Kembara Ramadan ke Cameron Highland ni berlangsung dengan jaya. Congrats kepada Kamal pengarahnya, dan TM Bikers, Presiden En Roslan, kepada ikhwah MIB yang turut serta, eh tak ramai tapi bermakna. Zul9 yang terpaksa korbankan program Ikram Batu beliau semata-mata nak meraikan program ride ni & memang kehadiran beliau amat membantu aura MIB. Dr. Hafiz, yang mulanya tak konfiden je (sorry Hafiz hehe), sebab dah lama tak ride kata beliau, malahan aku sendiri pun, bila ada orang sebut route ke batu 14 tu yang amat mencabar, gementar juga, rupanya kehadiran Dr. Hafiz membantu gak, konsepnya ride slow2 santai pun dah ok, waktu ni kita nak sampai dengan selamat dan program berjaya, lain waktu nak memecut ke hujung dunia tu lain hal haha.

Secara ringkasnya lebih 60 bikers yang join, separuh adalah ‘small bikes’ dia orang sebut bike comey – kapchai – LC135, Y15Z atau FZ150. Ada yg datang dari Trengganu, Johor, Utara dll. Yang ride bike comey adalah anak2 muda 100% sementara yang ride big bikes bercampur, separuhnya dah berumur dalam 35-40han. Ini dari TM Bikers lah. Dari MIB ada tiga orang sebagaimana yang anda tahu.

Ride ke Cameron, Batu 14 ni simple saja sebenarnya, memang tak banyak ride, lebih banyak program masyarakatnya. Ride dari Rawang ke Tapah – Batu 3 lebih kurang sejam. Dari Batu 3 naik ke Batu 14 tak sampai setengah jam, tu saja. Total distance, dari Ampang rumah aku, 160km hmm memang singkat walaupuan acara program ni tamat hampir tengah malam.

Programnya – Angkat barang, turun barang – di surau Batu 14. Lepas tu rehat. Ada program treasure hunt dan & pertandingan melukis untuk anak-anak. Lepas tu penyampaian hadiah (semua anak-anak) dan duit raya juga penyampaian sumbangan pada orang asli. Then sempat bawa anak-anak ni short ride big bikes kami, pergi dekat2 saja. Sewaktu rehat ada pilihan untuk naik ke Cameron atau mandi di Lata Iskandar, kami tak pergi, sebab ada interview dengan TV Jakim. Ya, media crew ni interview ramai orang, of course Kamal sebagai penganjur, TM bikers, penduduk dan mereka beri peluang, kami sebagai bikers Ikram –dalam interview aku sebut MyIkram Bikers lah, bagi orang kenal.

Berbuka bersama orang asli, dapatlah ruang bersosial dengan mereka – untuk lelaki kebanyakannya orang tua atuk2 atau anak2 kecil – selebihnya bikers dan petugas2 lantikan Jakim atau wakil JKOA, dan crew Ikram Putrajaya & Ikram Perak (Batang Padang).

 

Of course, Kamal sebagai Pengarah program ini menerajui program dengan jayanya. Beliau berjaya menghubungkan Ikram Putrajaya dalam ‘big picture’. Malah semasa berbual dan interview dengan media JAKIM, mereka tanya seolah-olah Ikram ni berpusat di Putrajaya, begitu juga MIB….tak mengapalah yang penting Ikram dikenali melalui usaha sahabat kita. Dan beliau menunjukkkan leadership yang baik dalam TM Bikers, sebagai pengarah program. So, pada aku beliau patut diberikan kredit atas usaha ini & insyallah mungkin bentuk JV seperti ini merupakan ruang yang amat baik MIB dapat melibatkan belia bikers, nak buat secara MIB sendiri-sendiri mungkin tidak dapat mencapai skala yang seperti ini!

Aku sempat berkenalan dengan Presiden TMB Sdr Roslan dan brief sedikit mengenai pertubuhan Ikram dan kumpulan kami MyIkram Bikers. Beliau kelihatan cool, berkarisma dan mudah bermesra. Dalam ucapannya beliau sebut kerjasama dengan MIB – ini program ketiga ada kerjasama dengan MIB – sebut beliau.

Setiap ahli MIB memainkan peranan baik – Zul buka agenda semasa sampai – ini buka ruang untuk taaruf dengan kebanyakan yang terlibat di lapangan (masa tu TMB tak sampai lagi) – termasuk petugas JAKIM, wakil orang asli, ahli2 Ikram (Putrajaya & Batang Padang) dan crew media JAKIM) melalui ini kami banyak dapat peluang networking yang baik, serta kenal lebih dekat masyarakat orang asli dan keperluan mereka di sini.

Aku nak sebut juga, mengenai bikers sebab ini bread & butter kita MIB. Kami ada sebut dulu nak buka kapchai chapter tapi tak pernah bergerak. Aku rasa model TMB ini model yang amat baik, macamana kapchai riders boleh join program just like the rest of the big group, ride jauh. Dan mereka memang mendapat tempat yang ‘equal’ dalam progam ni. Kebanyakan kapchai riders ni atau semua adalah anak muda, belia. Semasa ride, mereka ikut kumpulan sendiri, sebab riding pace tak sama…tetapi tetap tak ketinggalan, Marshall sentiasa pesan supaya riders jangan ride seorang-seorang, walaupun riding at own’s pace, sekurang2nya berdua, lebih baik untuk keselamatan. Bila diambil kira bermacam background bikers dan bike yang ada, jadi kumpulan kapchai ini membentuk geng yang ada ‘equal footing’ dengan big bikes. Perlulah disebut, dalam konteks ni, setakat yang join adalah LC135 ke atas (termasuk LC yang tak berklas (clutch). Aku rasa the ‘key’ untuk menyerap group kapchai ni ialah adanya kumpulan yang agak besar (contoh dalam satu2 ride ada sepuluh atau) dan anak2 muda yang ada background yang sama – contoh di sini profession…konsep ini bolehlah diadaptasi yang penting supaya kapchai yang join the big group tak terasa kecil atau terasing. Juga beri ruang kapchai ini menyesuaikan diri dalam the big group, contoh dari segi refuel stop, dekat sedikit jaraknya dari biasa. Sebab dalam ride macam program orang asli ni, fokus sebenarnya adalah program, ride tu sebagai wasilah program. Daripada 14-16 jam program – ride hanya mengambil tak sampai 40% dari keseluruhan program, jadi kalau buat ride konvoi yang melibatkan kapchai mungkin dalam bentuk seumpama ini…tetapi tak mesti, macam-macam bentuk kreativiti boleh dicipta insyallah bila dah ada big group kapchai tu pandai-pandailah mereka.

Last sekali pasal kecekapan dan keselamatan. Dulu aku selalu concern bila nak naik bukit dan koner ni.  Memanglah dan dari segi keselamatan memang kita perlu hati-hati. Tetapi untuk bikers, selalunya ‘cabaran’ untuk melayan koner dan bukit ni ialah dan mengenakan stail dan ride laju, sedangkan memang ada ketika, tak perlu pun pada semua tu. Bayangkan sewaktu turun dari Batu 14, di malam hari, walaupun aku ‘terpaksa’ sabar di belakang Hafiz mengemudi jentera bumblebee beliau yang sentiasa mengaum minta dilenjan habis, tapi Hafiz tetap cool menyusur laluan tak terburu-buru. Betul juga, apa nak dikejar, di waktu kegelapan malam dan jalan penuh berliku yang tak rata ni, yang penting ialah selamat sampai. Kalau laju pun, adalah beberapa minit awal sampai, tapi kalau silap lenjan, lain pula boleh jadinya, apa lagi bertembung dengan kenderaaan berat yang bila-bila masa saja boleh overshoot. Jadinya biarlah ada balance sedikit, memang jentera osem kita untuk dipandu macam kuda hebat (macam apa yang Ustaz Hasanuddin sebut dulu) tapi kita kena mengenali kemampuan diri, kemampuan jentera, juga keadaan jalan, cuaca, lalu lintas dan banyak faktor lagi.

 

 

Video link perlepasan, ride ke Cameron

Communication and power – do not ever be without them these days…

This is very true in both literal an practical sense.

I still remember the time when mobile cellular technology began its life back in the 90s. Conversation between a husband and a wife – wife at home and the husband doing shopping for her – err what colour is it… there is this one which is very soft and rubbery, green is it ok?….a minute later he called again. And it repeated over a few times. At that time, we saw this as a total waste of time. But these days, it is a normal scenario people do not make fuss about anymore. And the communication is now further enhanced with the brilliant photographic abilities of the smartphone and all those instant chat apps that has become indespensable whether at family level, socially or even for work. Communication is never better.

One of the bottleneck is the power. Most smartphone, despite the advanced lithium technology do not go beyond 24 hours, of course they can last longer in standby or off-data mode, but then that’s not what they are for! Most people spend their days staring at the screen of their smartphones almost all the time, and you could be one of them. Amazingly, such a previously an abhorrant behaviour is now becoming an acceptable way or even necessity, for example some people do their works merely by skimming through and replying whatsapp!

Anway, my point today is how to ensure you do not run out of power. Yes, bring your charger, or better a large capacity powerbank. Most people do, in fact very few who don’t, and they could end up miserable or looking like a fool, when they were needed on the other end and not available, lame reason given – phone is dead! No, this is no longer an acceptable excuse these days.

So today, I left the 3 kids at home, to join the convoy to Cameron Highland (?again), well this time we got an important mission to set up the continuous education and training – usrah for the members of the organisation, I joined mainly for the interest in ride and helping the number.

Since the wife was away, I have to rely on the big brother to take care of the two young ones. The sister, Nawal got a horse riding class later in the evening, somewhere far away at Denai Alam. Harith will be driving them, a good chance he is going to need the GPS apps, using his own phone. So, in order to ensure he does not run out of power in the middle of navigating, I gave him a loan of my own powerbank. This is an awesome 10,000mA powerbank which I got for free from the company, could charge my phone at least twice, more for the iPhone.

Of course I need one for myself. I was sure I could use the big powerbank cum jump starter kit (used to power up car or motorcycle when the battery run flat). It so happened Harith borrowed the jump starter in the morning to rescue his friend’s car. Following the usage, I recharged, thoug fairly briefly, since I had to rush out for the journey shortly.

I only found out later in the evening, when I was about to charge my phone, that the powerbank cum jump starter was flat! I was baffled. Yes, it happened before for reason I did not understand. This powerbank is a bit different than the normal one, coz once you used it to jump start a car (or bike), it will drain out the power completely. This was something that I did not anticipate. So I was left without power!

I checked my phone, 38% left. That should be enough if I use it occasionally for messaging, or short calls, and the rest standby time. The phone had this power saving feature which you could set to a max, means you will improve the standby time 3 or 4 times more, however, at the expense of slowing down or no 4G data at all, means you won’t be instantly receiving whatsapp messages and no data-operated app like Gmaps or Waze.

With the power saving, I was still able to keep my whatsapp communication, and did take a limited number of photos, no GPS nav of course, luckily I did not need this since I could rely on the rest of the group as guide. I did bring my iPad, but the Whatsapp does not work on iPad unless the phone remains on. Though, if my phone is dead, I could still communicate using Telegram, Twitter, FB messenger. And I could also make calls using the Skype to any landline or mobile phones around the world. So, somewhat I did have a second line or third line backup here, thanks God. By the way, 38% at around 3pm and I still have 14% left when I got home around 9.30pm, not bad with the Samsung intelligent maximum powersaving (used to be called ultra power saving).

Memenuhi hak sahabat yang sakit…

Cuaca pagi hujan renyai, dan sesekali menjadi lebat. Rancangan awal untuk keluar ‘TTS sarapan’ bersama isteri terpaksa dilupakan saja, isteri pun rasa tak selesa disebabkan cuaca yang malap di sana sini. Kami bersarapan di Am Bistro. Lepas mengenakan roti telur bawang dan kopi O aku permisi. Sempat juga sebut pada isteri, cuaca dah elok ni jom, abang ingat nak ke Rawang…tapi isteri dah set untuk masuk kerja.

Dalam keadaan yang masih gerimis sedikit dan jalan yang lembab dan berlopak di sana sini aku kuatkan hati untuk terus menuju ke KPJ Rawang. Kira-kira 30 minit untuk sampai, mungkin kurang dari itu dengan bermotor. Jentera Triumph Tiger XRX meluncur lancar di celah-celah kenderaan pelbagai, menyusur laluan yang ditunjukkkan oleh Waze. Melepasi pusingan Jalan Ipoh, exit ke Rawang dan tak lama kemudian melalui jalan berliku menuju Rawang. Tak sampai setengah jam aku menghentikan motosikal di lampu isyarat dan terpandang hospital yang dituju.

Pagi memang bukan waktu melawat, tapi di hospital private mungkin tak berapa strict. Kalau ada halangan pandai-pandailah cari alasan, yang biasa sebut ‘saya ni doktor’, dapatlah pengecualian walaupun sebentar. ‘Assalamu álaikum tuan. Saya nak cari seorang pesakit NHM’. Tercengang receptionist, ‘err, saya kawan dia…’ jawabku meyakinkan. ‘Sekarang bukan waktu melawat Encik..’ ‘Eh, saya tengok kejap je boleh?’ dengan nada redha beliau membuat panggilan ke atas. Macam tiada saja nama tu…baru kusedar tersasul sebut nama beliau, nampak sangat tak kenal sahabat betul-betul.

Sahabatku ini telah disahkan mengidap kanser buah pinggang. Memang dah lama berniat menziarahi, tapi isteri minta pergi bersama, sedangkan beliau sebelum ini dirawat di hospital yang agak jauh iaitu Serdang. Sebenarnya aku dalam ‘panel’ pakar yang ditugaskan membincang dan memberi maklumat terkini beliau pada ahli-ahli organisasi kami, di samping memberikan khidmat perunding mana yang sesuai. Agak mengewakan ya, kerana berbulan beliau telah terlantar sakit, keluar masuk wad, sekali pun belum berhasil melawat. Ku akui memang kami saling mengenal, dalam organisasi beliau memegang beberapa jawatan kempimpinan di samping terlibat dalam peringkat nasional pelbagai organisasi lain. Aku orang biasa saja, adalah terlibat di sini sana, tapi tak pernah menonjol. Jadi, kami memang tak kenal rapat tetapi ikatan ukhuwah tetap ada. Mungkin alasannya, tidak berapa rapat, jadi nak roger beliau sebelum ziarah pun tak berapa pasti. Tetapi pada hari ini aku nekad, dan mengetahui beliau di sana, terus aku putuskan untuk ziarah juga biarpun pagi ini urusan pembedahan di makmal kardiologi invasif dah menanti. Takpe, co-pilot ada boleh beri beliau peluang lebih sedikit untuk jadi ‘independent operator’.

Memang kami tak rapat. Tetapi beliau seorang yang prihatin masyarakat dan menjaga hak persahabatan. Untuk pengetahuan anda, beliau, dalam keadaan sakit begitu, adalah salah seorang sahabat FB yang menghantar ucapan hari lahirku bulan lepas. Ini menyebabkan aku rasa lebih terkilan atas alasan yang berbagai tidak kesempatan melawat beliau. Jentera hebat dah menjejak Thailand, Langkawi dan berbagai destinasi ber TTS sana sini, hai, nak menjejak sahabat sendiri yang sakit pun tak kesampaian, ini menyebabkan aku amat malu pada Tuhan kerana gagal memenuhi hak sahabat. Sebab itulah, hari ini, apa jadi pun aku bertekad untuk menziarahi beliau.

Senyap sunyi saja wad di waktu pagi ini. Beberapa orang jururawat di meja bertugas macam tak hirau atau tak terkesan langsung bila aku melangkah masuk. Eh misi, tak alert ke mana tau saya ni pelawat ke perompak datang nak kacau pesakit….mungkin jururawat di sini, macam di hospital-hospital lain ada ilmu firasat tinggi, boleh rasa pelawat yang datang tu baik ke jahat, tanpa melihat pun dah tahu…

Ku selak kubikal, terpandang wajah seorang lelaki sedang lena…jelas dari penampilan beliau seorang yang sedang sakit. Nyenyak dan tengan tidur beliau…tapi nampak tidak seperti seorang biasa tidur. Aku mengambil masa lebih seminit untuk menyedarkan beliau. ‘Akh, assalamu alaikum…’ perlahan-lahan beliau buka mata, dan menyapa dengan senyuman. Biarpun beliau nampak lemah tak bermaya, senyuman sentiasa terukir dan beliau bercakap dengan bertenaga dan mesra. Walaupun aku tahu sejarah sakit beliau, aku tetap tekun mendengarnya semula, dan beliau memberi update keadaan semasa serta sebab-sebab kemasukan ke hospital kali ini. Dalam masa 15 minit tersebut sempat kami mengimbas kembali di awal waktu beliau mula disahkan mendapat kanser.

Aku sentiasa memberi perhatian serius hal ini. Beliau memang dah lama mengadu sakit perut. Tetapi hanya berjumpa doktor untuk mendapat rawatan hujung tahun lepas. Pada asalnya, doktor merawat beliau sebagai pesakit ‘gastrik’. Hanya kemudiannya kanser tersebut disyaki setelah ujian CT scan dilakukan. Kesimpulannya, jangan ambil ringan simtom sakit anda terutamanya kalau ia berterusan lama. Malahan kalau doktor kata ok pun, pastikan siasatan yang secukupnya telah dibuat, dan ada review yang berkala.

Apa pun sahabat kami seorang yang cukup pasrah, terserlah kekuatan beliau yang disaluti dengan keyakinan pada Allah. Alhamdulillah beliau berjaya menjalani pembedahan biarpun ianya berbentuk paliatif, paling kurang dapat melegakan simtom yang dihidapi.

Aku doakan beliau dirahmati Allah dan dimudahkan dari bebanan kesakitan, lebih-lebih lagi dengan amal dan khidmat serta perjuangan beliau dalam masyarakat selama ini

A birthday mishap? Taming the twisties or being tamed by the twisties….

It was a long ride. After completing the KL-Klawang route (we called it Klawang International Circuit), we decided to follow Klawang-Kuala Pilah-Bentong-Karak to get us to the destination, Bukit Tinggi. The wife who followed by car would be driving back to KL to send a friend’s children home from the camping, then join us at Bukit Tinggi. So two of us headed towards Karak via the inner road above.

 

Klawang was as usual a ‘disappointment’for an old and hopeless rider like me. This is the second time I took my son, last time he followed me behind, I was riding the Bonneville. This time, it was obvious that he was far able to tackle the twisty roads better than me, so I waved to him to lead, and in no time he had disappeared. I kept my usual pace, there were a few speeding bikes overtaking me including this one Yamaha FZ rider who elegantly sprinted along the routes past us then he came back and I was still struggling to complete the lap. The son was good, almost matching that man’s speed except that he would stop at every few minutes, giving me chance to catch up.

 

At some point I began to feel desperate. That’s it, I am definitely no good at cornering. Even after going through the same route not less than 4 times, I am still about the same, shaky and uncertain at times, could not improve the pace. The only difference perhaps, this time I had more confidence and able to keep the bike on the road without overshooting. There was still a lot of difficulty leaning the bikes ‘correctly’ especially at some of those acute bends…and in this case I sometimes simply chose to go real slow. I had, since that near-fall incident in Thailand, adopted the 30-60-90 technique when cornering, the number referring to speed in km/h. 30 at the worst and most acute corners, 60 mid-way and 90 at ‘high speed corners’, the speed refers to the braking speed before reaching apex. I have been working on ‘body position’ which the trick by applying merely ‘level 1’ body positioning had helped me cope better with those acute bends. Nevertheless I have not been able to dramatically increase the speed and this is the embarassing part when compared to those young bloods the like of my son who merely started big bike riding in years later than me!

20170430_142956

It is worth noting while we were busy manouvering the bends towards Klawang, suddenly my son who was in front signaled to me to slow down, there were a couple of police officers and a crowd gathered on the other side of the road. Then I saw it, an accident involving a yellow Porsche and a Yamaha MT (9 maybe). The front headlight of the MT seemed badly damaged while the passenger side headlight of the Porsche smashed. We proceeded to the destination.

 

After having a late lunch in Klawang the two of us headed off Klawang-Simpang Pertang towards Simpang Durian then followed the Kuala Pilah-Karak road. It was along this approx 60km stretch of road, passing small towns and plentiful of twisty roads putting our cornering skill on test. Since this was a long stretch of road I ushered my son to lead as before.

 

On and off, there were a fair bit of que caused by vehicles slowing down due to the windy road. I thought I was generally more fluid at filtering the traffic, on a few occassions I overtook and stayed in front. Then we reached this area of Kampung Safie, my son leading in front. There were a number of cars ahead of me and I saw a tight bend ahead, however there was ample space so I overtook and got clear till I reached the bend, yes it was a very tight bend, forming an extreme curve making a half round-about shape, I slowed down and steadily worked my way through. Suddenly my eyes caught side of a boy lying on the ground, and on the other side, the middle of the road, a blue bike knocked down. It took a fraction of seconds to compute what’s going on then, oh, no! its my son! I nearly froze, then composed myself, brought the bike to a halt, waved to the vehicles behind to stop…then I got off the bike. By this time, the boy was sitting up, shaking his hands. I shouted ‘Are you alright?’. He took of the helmet quickly, I asked him to stand up gently, which he did. He seemed shocked but was able to move all his limbs fine, though very slowly. He was crying, oh dear. A few people rushed towards the scene, a man came close to the bike and lifted it up, which I quickly got hold of, and we started pushing the bike. It was on gear, the boy stomped the now crumpled foot gear trying to neutral it to no avail. I simply pull the clutch and we began pushing the bike to the roadside. Then I got on my bike and rode it to park beside the Triumph Street Triple.

 

We are ok, I declared to the friendly crowd of people, and in short time they all dispersed. All the clogged up vehicles now slowly began moving and the road/roundabout where the incident happened is now back in order.

 

I gave my son a hug. He was apparently shocked and distressed, more than feeling hurt. I repeated asked him if he sustained any injury which he denied. I am sorry, ayah, he said. No, I said, I am sorry, son I am really sorry. I was merely expressing my regret for letting this young man ahead of me. Of course he was good, but the guilt feeling came when realising that I should have taken the lead, and hence have control of his speed rather letting him in front at his own pace. When things settled a bit, he took of his trousers and revealed a few laceration wound on his left knee. Thankfully, thanks God, that he was otherwise ok. That itself gave me a big sigh of relief. Forget about the bike, when an accident happened, the first thing that matter is the human not the machine.

 

It was blazing hot afternoon, around 2pm. We could hardly find a good shelter. Tired, thirsty and now in desperation trying to sort out our fate. At least my boy is safe, thanks God, all praise to him. It was a definitely harrowing experience to witness you own son down.

 

I examined the bike, found the engin oil leak, broken gear pedal, broken panel and seat, cracked rear rim causing the tyre to deflate, and two lost indicator lights. This could be another major repair. I dialed our insurance helpline, Allianz and called for a towtruck. Now we sat down on the grass, looking at the ‘roundabout’ and string of vehicles passing it from both direction. It became obvious how acute and rounded the bend, worse still, it was a downhill descent, a litle bit uneven surface, there was a patch of mud on the left roadside, and it was a positive camber turn. Then we saw frightening view of cars and bikes overshooting to the opposite lane, almost like one in ten of them, each time, any vehicle that approached the turn at a high speed, will inevitabley overshoot. What made them lucky coz there was nothing coming the opposite direction, or most of them managed to brake while doing the turn – mostly, though their speed was a little ‘higher’ still it was at a relatively low speed. So, in short, all vehicles that got to the turn (including a number of superbike and cruisers) will slow down, my guess to between 30 to 40km/h anything more than this will lead to overshooting or extreme braking which could be dangerous.

 

Then we began to see peculiar things, like a motorbike with adult pillion at the back, and additional pillion, a kid, trudging along the curve smoothly. Or a kapchai carrying a dog or large bucket of box, calmly cruising the turn as if the rider was not bothered by the dangerous bend. And a few other motorcycle, including superbikes in solo or carrying pillion, successfully cruised along the curve comfortably (at a fairly low speed). Some slowed down to check what’s happening, we just waved away and they left. Yes, they safely exited the corner, because they exercised extreme caution there, speed and manouver wise. Sitting there gave us a good practical lesson of what cornering is all about.

 

When we were more settled I asked my son to share his traumatic moments. He was approaching the corner practising the technic he had successfully applied up to this point, when he suddenly realised that he was going at a far higher speed than he could manage. This created some panic, added with the sudden appearance of a car coming from the opposite direction, therefore eliminating a chance of widening his approach angle. So he was left with the choice of leaning the bike aggressively, which he did. However, there was little attempt at hanging off or shifting body position adequately to counterbalance the extreme leaning of the bike. Next, he scrapped the peg violently, lost traction of the rear tyre and the bike dropped to the ground, he swiftly ejected himself out a meter and a half away from the bike.

 

This was a bitter and costly experience, however I am so much thankful to God for keeping my son (and myself) safe. The fall had taught me (or both of us, me certainly) a lot of lessons, not only in cornering. But for me, it did enhance my belief and commitment to ‘slow down’ further, certainly at corners. Afterall that little excitement gained from passing the curve at a crazy speed, comes with an unacceptably high risk not worth taking.

Setiap kamu adalah pemimpin…

Pengajaran dari peristiwa hari ini mengenai kepimpinan masyarakat
1. Sebagai Muslim, asas memimmpin bermula dalam solat. Seorang Muslim akan sentiasa berusaha untuk solat jamaah, baik di rumah, di masjid, di musolla shopping dsb, Istiqamah seseroang dalam solat berjemaah itu akan jadi nilai pandangan umum. ‘Kebolehan’ untuk memimpin atau mengajak orang lain (termasuk orang yang tak dikenali) untuk bersolat jamaah adalah ukuran minima seseorang Muslim itu boleh memimpin masyarakat.
hmmm teringat beberapa insiden terjumpa hamba Allah yang tak nak diajak solat jamaah, jom solat sekali – geleng kepala. Eh takpe, saudara jadi Imam, saya ikut – geleng kepala…takpelah katanya. Kejadian spt ini jarang-jarang, paling kurang kita dah cuba, inilah usaha ‘dakwah’ dan taaruf paling minima.
2. Orang melihat dan menilai peribadi kita, betul sebagaimana pesanan Mufti Menk. Buat seorang Muslim, dengan menunjukkan akhlak yang baik (dalam setiap urusan, ibadah, muamalah dengan orang, percakapan dll) ini adalah langkah pertama untuk menarik kepercayaan orang. Tetapi ia satu yang fitrah bukan dibuat-buat, dan orang dapat menilai hanya dengan melihat, mereka mungkin juga menilai ahli keluarga, isteri, anak2 sebab fitrahnya tentulah individu ini memberi pengaruh pada keluarga, kalau diri nampak baik, keluarga tunggang langgang, mungkin ada yang tak kena di situ…
3. Anda mungkin mahu merubah kepimpinan atas, masyarakat pun sudah mahu dan sedia berubah. Tetapi kepimpinan atas tak bersedia melepaskan jawatan….malah manipulasi proses pemilihan kepimpinan….dalam hal ini sifat tawaduk dan menunggu takdir saja tak cukup. Strategi untuk merealisasikan agenda perubahan perlu melibatkan berbagai peringkat, pada masa yang sama usaha mendidik dan berdakwah perlu berterusan, jangan setakat tunggu pemimpin berubah, sedangkan masyarakat pula masih tak bersedia…
4. Sejauh manakah penyokong-penyokong anda bersedia menyokong malah berdepan risiko demi merealisasikan perubahan? Di belakang mungkin boleh berkata begitu begini, tetapi bersediakah mereka menyatakan sokongan di depan khalayak ramai, berdebat mempertahankan calon mereka….ini semua bergantung sejauh mana anda menyediakan/memimpin penyokong-penyokong tersebut, jangan buat anggapan mereka akan sedia mempertahankan anda tanpa membuat sebarang persediaan, situasi yang tak dijangka…

Bila hati merasa resah….pengalaman seorang otai biker

Coretan dari seorang otai biker Dr. Azmi. Hmmm biarpun beliau seorang yang berpengalaman luas sbg rider, ada juga perasaan ‘gementar’ pagi tadi. Rupanya memang banyak cabaran juga bila bermotor seorangan apalagi untuk jarak yang jauh di waktu malam atau awal pagi. Malang memang tak berbau. Disebabkan ‘instint’ beliau yang kuat, alhamdulillah beliau telah selamat sampai di destinasi.

====================================
10690270_10203207812258607_613711170086959346_n

Bangun awal pagi ni… masih teringat2 dua arwah yg jatuh helicopter tu… ikuti penuh proses kebumi mereka… moga Allah ampunkn mereka …sempat juga gi tengok kubur Dt Azlin.. al-maklum pernah berinteraksi dgn mereka sebelum ini…
….sambil2 tu slowly ke bilik air… fikiran masih terfikir.. kenapa rasa semacam pagi nih.. perasan rasa kurang senang utk ride bike pagi ni… walhal bike sudah siap dgn fuel penuh.. barang2 pesanan dr kg dah siap dlm tong bike.. helmet, glove, jacket & suit and shoe siap disusun mlm tadi…oh. tak boleh jadi .. perasan kurang enak.. !!
Selesai bersihkn badan…. terus sapa.. “Ummi.. tak jadi naik bike pagi ni… , naik kereta je lah… rasa macam. …”… “Sokong2, lebih baik drive.., naik si Merah tuh”… sapa isteri…. setelah siap pakaian, solat lebih kurang, tepat jam 5.00 am..bersalaman.. terus pandu… ke lebuh raya…
…. pandu melepasi Sg Besi… masuk KL… kelihatan kereta agak byk di awal pagi… beberapa driver memandu dlm keadaan bahaya.. ah… ini perlu lebih careful pagi ni.. melepasi jln duta, masuk Plus, terus pandu dlm speed biasa..melepasi Jln Duta -Rawang perlu hati2, byk roadworks. No radio… kereta lebih byk dr biasa…. lorry macam biasalah.. penuh & keluar masuk lane spt raja…sampai d antara Serendah – Sg Buaya…. dalam kegelapan & agak laju kelihatan seolah-olah objek besar terhenti d highway. … applied emegency brake… fuhhh.. terus ambil kiri.. sebuah treler panjang terlentang sepanjang highway… kesan tyre jelas kelihatan… aku membrek beberapa kali supaya kereta belakang perasan dgn emergency braking… Alhamdulillah…. lepas satu Xcident…. mungkin ini juga sebab kenapa perasan agak semacam pagi ini.. ( tak pernah dirasai sepanjang menunggang motorcycle )…

Belum habis… rehat dulu… ada 3 lagi … 😳😳😳😳
Dlm… calculations jika membrek emergency dgn bike … rasa terlalu bahaya esp jika berada di fast lane… kurang pasti dgn fungi ABS…. mungkin ngam2 atau cium badan treler sikit… 😱😱😱… ok.. perjalanan diteruskn… tetapi hati terus terfikir… mungkin ada orang lain ada buat panggilan kecemasan… aku terus drive… perlahan d Slim River 110 km/j … AES d KM276…sampai RR Tapah tepat 6.15 am… solat subuh. .. pagi ni entah hati memang kurang tenang.. masuk Surau terlihat kump Jemaah XX ni… kenapa la solat jemaah subuh di Saf belakang2.. patutnya terus ke depan buat Saf molek2 ( hati terus complaint )…
Patutnya aku perlu syukur… dpt juga solat Subuh berjamaah walaupun masbukh…

Selepas breakfast & top up T&G yg dah kekeringan nilai !!!… aku teruskn driving.. baru beberapa KM, kelihatan lori memperlahankn kenderaan ditepi jalan… ohhh kenapa? Aku perlahan kereta… kelihatan sebuah kereta putih terbalik dlm longkang.. mungkin pemandu cuba beri pertolongan… Adakah ianya Nissan Levena yg memandu laju sejak dr Rawang tadi!!! Hairan juga aku kenapa MPV kecil begini dipandu laju melebihi had design… Aku kurang pasti, .. Mungkin pertolongan sudah diberi.. punca mungkin mengantuk & mengelak sesuatu di highway yg masih gelap… 6.50 am…
…. terus.. beberapa km di simpang keluar Tapah.. kelihatan 2 biji lorry berhenti.. seolah-olah memeriksa sesuatu… mungkin juga terjatuh sesuatu dr lorry… mungkin juga kereta tadi terbabas mengelak sesuatu dr lorry ini… 😱😱😱
Perjalanan diteruskn…. melepasi Ipoh… sedikit renyai2.. jln basah… mendaki selekoh menuju Terowong Menora… (tempat yg paling best bagi bikers utk test cornering skills… other than Karak highway )….aku terus pandu dgn full focus…. tetiba di sebelah opposite highway, kelihatan sebuah kereta tersasar lagi… nampak Plus Ronda baru tiba…. mungkin jalan licin..😰😰😰😰
…keluar terowong… perlahan kenderaan kerana byk kereta & lori.. sesekali pecut juga…tetiba dlm kabus pagi… ternampak emergency flash light… ohhhh.. kelihatan staff Plus Ronda berla
…lari.. beri bantuan kecemasan pd semua Axia baru…. front side terus hancur… parts tertaburan aras highway… kelihatan seorang pemandu & budak Cina berdiri di luar highway… kelihatan selamat… Aku pun teruskn perjalanan…. fuhhh sudah 4 xcident yg berlaku pagi ini dlm jarak perjalanan 300km dlm beberapa jam saja…

166076_4858011450628_1232122269_n
On…. radio… dengar info trafik… “Highway Plus KM417” ditutup utk semua kenderaan… kesesakan teruk berlaku kerana kemalangan maut disitu.. semua kenderaan diarah keluar melalui Bkt Tagar… ikut arahan Trafik…. “…
Hati ku berkata ini mesti kes ada kenderaan melanggar lorry yg terlentang di Highway 2 jam lepas… memang bahaya…
Aku teruskan perjalanan.. tepat jam 8.00 am exit d Bandar Baru.. menyusuri jalan kampong Lubuk Buntar, Serdang, Sg Ular… perlu extra focus dgn lori2 tanah, kereta2 tua& separuh usia, motorcycle, kanak2 melintas, pekerja estet dgn galah panjang etc etc… Alhamdulillah aku sampai d Kulim Hitech tepat jam 8.30am… Clock in d Unikl-MSI 8.39am… 😄😄☺😄

=========================

Terima kasih Dr. Azmi atas perkongsian tersebut. Kekadang, kita kena mendengar desiran hati mungkin ada sesuatu. Apapun, memang kita perlu sentiasa berwaspada dan dalam pemanduan terutamanya motosikal, perlukan konsentrasi penuh sepanjang masa. Jika dikuatiri tak dapat berbuat demikian, atau hati tak sedap, baik lupakan saja, bawa kereta lebih selamat. Amalan saya, bila hati kurang senang, atau dalam kecelaruan, saya akan pandu dengan lebih perlahan dan kurangkan sebaran ‘manuver’ yang berisiko. Bila keadaan dah reda, baru kembali pada praktis asal. Tapi kalau keresahan tetap tak hilang, atau lepas berlaku atau menyaksiakan satu peristiwa trauma, saya ‘take it easy’, rehatkan diri dari menunggang, gantikan dengan memandu kereta, lebih relaks & konfiden lagi. Biar apapun caranya, tawakal pada Allah dan minta perlindungan dariNya.

Pengalaman emergency braking…memang amat mencemaskan. Situasi hampir sama telah saya hadapi satu ketika semasa mula memandu meninggalkan rumah untuk bermusafir ke Johor, waktu malam. Sedang dalam kelajuan agak sederhana, sepanjang MRR2, menghampiri jejambat Kampung Pasir, pada waktu tersebut saya sedang rancak berborak dengan isteri. Tiba2 isteri menjerit, menarik perhatian saya pada seorang lelaki yang berdiri di tepi jalan melambai2 tangan mengarahkan kenderaan melencong laluan. Saat berikutnya baru saya terkejut melihat sebuah kereta terdampar di laluan pantas (lorong paling kanan di mana saya sedang memandu!). Nak melencong ke lorong tengah, di sebelah betul2 sebuah treler sedang meluncur agak laju, memang tak cukup masa untuk mengelak. Terus saya mengepam brek, beberapa kali. Memang kereta dapat dihentikan tepat2 di depan kereta rosak tersebut…tetapi baru saya perasan di belakang beberapa kenderaan menunda saya secara dekat, termasuk seorang penunggang motor, yang telah menyedari saya membrek kecemasan, lalu beliau membrek cemas, sehingga motor terpelanting dan beliau berguling di atas jalan. Mujur tidak cedera parah, dan mampu bangun lalu saya bantu beliau mengangkat motor. Rasa amat bersalah…tetapi itulah hakikat dalam suasana cemas, mungkin kita dapat menghentikan kereta dgn sebab brek ABS yang canggih, jangan lupa ada kenderaan di belakang, mungkin selamat berhenti, tapi risiko dirempuh kenderaan belakang pula, atau dalam hal ini menyebabkan orang lain jadi mangsa.

Antara bikers, hobi, santai dan dakwah….

Adakah bersantai dan kelab rekreasi satu yang cocok untuk Pendakwah? Atau hanya untuk orang biasa sahaja? Pada hari Ahad lepas, Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) yang terkenal dengan tradisi Dakwah & Tarbiyah telah meraikan kelahiran sebuah kelab ‘santai’ di kalangan ahli yang terlibat dalam dunia permotoran, yang digelar My Ikram Bikers.
Sebagai ahli kelab MIB yang baru, saya agak teruja, sebab dalam MIB ni ramai ota-otai yang cukup skil dan pengalaman bertahun, malah berpuluh tahun bermotor. Motor pun bukan calang-calang, ramai yang lebih 1000cc. Malahan kebanyakan ahli memliki bukan satu, malah dua atau tiga biji motor berkuasa tinggi di rumah. Tidak kurang yang saling bertukar motor (upgrade) dari satu model ke model yang lain. Aktiviti mereka pula memang hebat – ramai yang telah menjelajah seluruh negara, malah sampai ke Thailand, Vietnam dsb, dan tahu selok-belok serta tempat-tempat yang menarik. Jadi apabila dipertemukan dengan Syed Ghazali Hasan yang lebih dikenali dengan panggilan Tuan Syed atau Beret Hijau, kira-kira setahun lepas, saya merasa fasa baru dalam kebersamaan saya dengan organisasi Ikram. Tuan Syed terus memasukkan saya dalam Whatsapp group MIB – pada masa itu saya hanya miliki KTM Duke 200 yang berkapasiti 200cc. Kebetulan memang dah ada niat hati meng’upgrade’ motor pada masa tersebut, cuma menanti permit dari ‘Kementrian dalam negeri’ (ini istilah popular di kalangan bikers sebagai penghormatan pada isteri).
tuan syed style

Tuan Syed, Presiden MIB dengan gaya sendiri. Moto beliau yang femes - Race the rain, ride the wind, chase the sunset, only a biker understands

Tuan Syed, Presiden MIB dengan gaya sendiri. Moto beliau yang femes – Race the rain, ride the wind, chase the sunset, only a biker understands


Walaupun pada asalnya, buat saya berjinak-jinak dalam dunia superbike ini lebih kerana keperluan (menunggang untuk pergi kerja), tetapi bertemu dengan sahabat-sahabat sefikrah dan dapat melihat skop bermotor yang lebih luas, menyebabkan saya mula menanam minat sedikit sebanyak. Lebih-lebih lagi kerana menyertai kumpulan seperti ini dianggap bermanfaat – untuk belajar dari pengalaman otai-otai tentang keselamatan, teknik menunggang yang baik dan tips-tips lain yang berguna. Di samping itu, bikers secara umumnya dilatih untuk menjadi berani dan kental – atas sebab menunggang motor itu sendiri mendedahkan seseorang dengan berbagai risiko dan bahaya, hanya yang berani, berhati-hati dan memiliki hati yang kental serta waras dapat bertahan, ini merupakan kualiti yang baik dan perlu dalam hidup, apa lagi dalam dakwah. Bikers umumnya orang yang mudah meluang masa (TTS boleh berlaku bila-bila dan mereka sanggup menunggang jauh untuk tujuan tersebut), jadi melatih seseorang untuk berkorban. Walaupun begitu, pada saya memang sesuatu aktiviti itu disertai samada kerana ia bermanfaat buat diri sendiri atau orang lain, dan bukan hanya setakat ‘fun’ semata-mata. Sebagai bikers pendakwah, ciri ini memang sentiasa ada di kalangan ahli MIB, biarpun mereka kadang dilihat santai, rileks dan seolah-olah menghabiskan masa dengan motor…sebab itu jika bertts dengan ikhwah, insyallah segalanya bermanfaat.
Antara keunikan bermotor juga kerana secara tabii merupakan aktiviti yang berisiko tinggi, sebenarnya menjadikan seorang rider lebih berhati-hati dan sentiasa insaf, rasa dekat dengan kematian. Memang itu hakikat, tetapi dengan bermotor tu seseorang lebih mampu merasa dekat dengan kematian. Dengan ini juga membina sikap simpati dan faham pada masyarakat terutama yang kurang bernasib baik, yang hanya mampu bermotor sebagai kenderaan utama. Selanjutnya antara rider lebih mudah terjalin persahabatan, kalau berhenti memandu di mana-mana lebih mudah untuk bertegur sapa dan berkenalan antara bikers. Selain membolehkan ‘networking’ yang mungkin membantu dalam banyak urusan dakwah masa depan.
Semenjak bersama MIB memang tak lekang dari bicara bike. Isteri pun dah naik jeles, rupa-rupanya perlahan-lahan beliau pun terminat juga, sampailah saya memecah tradisi MIB dengan menyertai TTS bersama isteri, julung kali kami setai TTS MIB iaitu di Bagan Lalang.
Antara TTS awal yg saya sertai. Masa ni tak ramai, otai-otai yang sama juga yang selalu hadir. Ini di depan masjid Putrajaya

Antara TTS awal yg saya sertai. Masa ni tak ramai, otai-otai yang sama juga yang selalu hadir. Ini di depan masjid Putrajaya


TTS bersama MIB ini agak unik kerana berbagai latarbelakang ikhwah dan pengalaman bermotor, juga jenis jentera yang berbeza. Selalunya kami akan ride bersama, Dr. Azmi/Tuan Syed sebagai ketua konvoy dan Aidil sebagai ‘sweeper’, perjalanan dalam kelajuan biasa, dan kalau ada ahli yang memecut ke depan, akan bertemu di satu checkpoint, selalunya memang jaranglah ada yang dapat terkedepan dari Dr. Azmi, memang itu kepakaran beliau dan setakat memandu 140-160km/j memang kelajuan biasa beliau- biarpun dalam MIB kami lebih suka ride secara santai sekitar lebih sedikit dari kelajuan nasional. Keselamatan diutamakan, ukhuwwah dipelihara, keceriaan pun dapat.
TTS demi TTS lama kelamaan timbullah suara-suara mahukan kelab ini bergerak ke hadapan secara lebih serius. Tapi isu ahli-ahli yang amat sibuk (dalam organisasi & dakwah), di samping tugas, menyebabkan TTS ini selalu berlaku secara ad hoc, dan disertai oleh jumlah yang agak kecil. Sebagai syarat sekurang-kurangnya 5 orang ahli perlu serta setiap TTS, tetapi kadang-kadang bilangan yang lebih kecil. Ini menyebabkan ramai yang kurang puas hati, sehinggalah otai-otai (ahli-ahli yang senior & berpengalaman) mula menuntut ahli-ahli komit, dan berlakulah pertemuan TTS di Putrajaya pada bulan Ogos lepas – dihadiri oleh 8 ahli – rekod terbaik setakat ini. Pada TTS tersebut ahli-ahli telah berpakat untuk melonjakkan lagi keujudan MIB ini dengan mengaktifkan ahli-ahli. Antara perancangan utama ialah melangsungkan program ‘long ride’ sebab dirasakan bila ada kesempatan bersama dalam waktu yang lama (sekurang-kurangnya sehari semalam) ini akan merapatkan lagi taaruf dan ukhuwwah. Saudara Ammar telah dilantik sebagai setiausaha (walaupun waktu itu tiada lagi jawatan ketua atau Presiden dan lain-lain). Kami juga setuju untuk merekrut lebih ramai ahli.
TTS bersejarah di Putrajaya, sembang 'halatuju' MIB

TTS bersejarah di Putrajaya, sembang ‘halatuju’ MIB


Bermula dari itulah kami telah mengembangkan keahlian dan mula merancang aktiviti bulanan. Isteri-isteri pun makin resah kot, sebab lebih kerap suami keluar pula. Tapi kami ada sebab yang menasabah, keluar bersama ikhwah, dan ikut istilah IKJ, usrah bikers.
IKJ ni pula manusia yang tak boleh duduk diam. Sejarahnya, beliau dari awal memang dalam Whatsapp MIB, tapi entah macamana bertukar handphone menyebabkan beliau tidak menerima sebarang pesanan. Lewat Ogos beliau turut serta kembali aktif, sebagai bekas presiden Kelab Skuter Malaysia dan banyak lagi NGO serta PIBG sekolah, IKJ telah membawa warna baru dalam MIB. Beliau telah ‘membakar’ semangat ahli dan ‘buat kecoh’ di Whatsapp group, lalu Whatsapp group kami bertambah aktif, pendek kata setiap malah setiap jam ada saja isunya.
Tapi bukan IKJ saja, seperti yang saya sebut di atas, ramai lagi otai-otai yang hebat, boleh dikatakan semuanya berpengalaman dan mahir, kecuali sayalah yang setahun jagung bermotor ni. Tak lupa pula, mereka semua adalah profesional dalam kerjaya – Konsultan, Pilot, Doktor bedah, Professor, Professional Caterer, ahli Perniagaan dan lain-lain.
Dari TTS Putrajaya juga diputuskan untuk melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan seperti Aqsa Syarif, dan merancang untuk merekacipta logo dan moto serta Tshirt MIB. Moto ‘Riders are brothers’ telah dipilih, secara simbolik melambangkan aspirasi MIB untuk menjadikan aktiviti ‘riding’ sebagai landasan memperkasakan ukhuwwah.
Biarpun yang menyertai projek ‘Long ride’ ke Kelantan International Bike Week tersebut hanya tiga orang sahaja, tetapi mereka telah mendapat sokongan moral kesemua ahli, dan ‘flag off’ pada 26 September lalu telah disertai oleh 8 orang ahli.
Dalam TTS Rawang di awal September (selain 10 ahli, 2 orang akhawat turut serta menemani suami) – telah diputuskan untuk melakukan lawatan ‘santai’ tak resmi ke kediaman Presiden Ikram. Seterusnya ‘komiti bayangan’ yang diketuai Presiden Tuan Syed telah dibentuk. Biarpun ramai yang berada dalam senarai belum mengesahkan pencalonan, tetapi keujudan senarai tersebut melambangkan komitmen ahli-ahli untuk terus memajukan lagi kelab ini.
santai dgn presiden

santai dgn presiden aku

Ziarah Presiden Ikram di Bamboo Village

Ziarah Presiden Ikram di Bamboo Village


Alhamdulillah hari Ahad lepas berlangsung ziarah Presiden Ikram di Bamboo Village Hulu Langat. Sebelas orang ahli telah berkumpul di masjid Kariah Cheras – Tuan Syed, IKJ, Dr. Azmi, Dr. Alamin, Aidil, Kamaruzzaman, Madhadzir, Ammar, Dr. Hafiz, Nasir dan saya. Dr. Alamin terpaksa bergegas ke hospital kerana ada kes pembedahan, maka sepuluh orang ahli bertolak (tayar golek) dengan motor masing-masing ke restoran Bamboo Village. Tidak dijangka juga restoran ini agak terpencil dan susah ditemui, selepas berlegar-legar di sekitar Sungai Serai/Jalan Hulu Langat dan menalipon tuan kedai, akhirnya kami diarah memasuki satu lorong yang sempit dan berdebu. Malahan jalan yang sempit, berliku dan dipenuhi lopak dan batu ini agak mencabar untuk superbike yang kebanyakannya memakai tayar jalanan biasa. Kami tiba agak lewat dari dijangka dan Presiden IKRAM Dr. Parid dan ahli JKP akh Mahazir sudah sedia menanti.
Mencabar...jalan yang berliku dan lopak ditempuhi menuju Bamboo Village...

Mencabar…jalan yang berliku dan lopak ditempuhi menuju Bamboo Village…


Kami menyusun motorsikal dengan bantuan kepakaran Dr. Azmi – rupa-rupanya ada skil tertentu nak pusing dan tolak motor dengan mudah, sekali lagi terserlah keistimewaan ahli-ahli MIB ini. Pertemuan (TTS) ini memang secara tak rasmi, santai, apa lagi restoran Bamboo Village yang lebih berupa resort dan kami duduk bersila (kesemuanya bersila kecuali saya yang hanya sempat membuka kasut dan duduk di tangga kerana ruang yang agak terhad. Kami bertaaruf dan bersembang. Tuan Syed sebagai wakil dan Presiden MIB telah memberikan pengenalan MIB dan apa tujuan keujudannya. Beberapa aktiviti kebajikan termasuk projek ‘From Bikers to Gaza’, serta contoh-contoh peluang dakwah juga telah disentuh. Presiden IKRAM telah bertanya beberapa kali samada MIB ada apa-apa permintaan khas, tetapi Tuan Syed & otai-otai lain hanya menyatakan ‘kami hanya nak ziarah, taaruf dan kenalkan MIB’. Presiden IKRAM telah menyebut beberapa perkara mengenai peranan yang boleh dimainkan oleh MIB terutamanya dalam menarik golongan muda, ada cadangan untuk bekerjasama dengan belia contohnya Gema dll. Alhamdulillah pertemuan ini telah membuka ruang dan fasa baru dalam MIB – sebagai satu badan tak rasmi yang mendapat ‘restu’ dari Presiden IKRAM. Ada yang telah mewar-warkan peristiwa ini sebagai ‘pelancaran’ kami pun terkejut juga, walau apapun ini mungkin satu kredit dan petanda penerimaan baik kepimpinan Ikram terhadap minat dan kecenderungan ahli-ahli.
Cekal dan kental...inilah wajah-wajah profesional dan pakar-pakar yang menganggotai MIB...bersedia untuk ziarah Presiden

Cekal dan kental…inilah wajah-wajah profesional dan pakar-pakar yang menganggotai MIB…bersedia untuk ziarah Presiden


Selesai ziarah Presiden, kami telah bertolak ke pantai Morib untuk bertemu ahli-ahli Ikram Hulu Langat yang mengadakan rehlah di sana (kecuali IKJ yang pulang awal). Rupanya ini satu peluang untuk promosi, dan sekali lagi Tuan Syed telah memberikan satu ucapan ringkas tetapi amat memberangsangkan terutamanya untuk anak-anak muda yang tentunya ramai minat dunia permotoran.
rehlah

Menyertai rehlah ikhwah Hulu Langat di pantai Morib

Menyertai rehlah ikhwah Hulu Langat di pantai Morib


Dari respon Whatsapp dan Facebook, memang ramai yang menunjukkan minat, dan kini dah ada desas desus untuk memulakan chapter ‘kapchai’ pula untuk membolehkan ahli-ahli terutamanya yang muda, turut serta di masa depan.
Akhir sekali, kami ingin merakamkan sejuta penghargaan kepada Kapten Azland, yang telah menempah banner MIB khas untuk lawatan Presiden Ikram, biarpun beliau sendiri tak dapat bersama kerana dipanggil bertugas. Juga ikhwah lain yang tidak dapat bersama atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.