PRU14: PELUANG TERAKHIR KEBANGKITAN RAKYAT?

Nukilan D.P.O*

“Akan datang selepas ini pemimpin-pemimpin yang pembohong dan zalim. Barangsiapa yang datang kepada mereka dan membenarkan mereka dia bukan dariku dan dia terhalang dari mendatangi telaga kauthar” (Hadith Sahih riwayat Nasai)
“Jihad yang paling afdal ialah mengatakan yang hak di hadapan pemimpin yang zalim”

Siapa pilihan hati anda?

Selang beberapa hari lagi akan berlangsung pilihanraya umum ke 14. Berbanding dengan PRU sebelumnya kali ini di kebanyakan tempat akan berlaku pertandingan tiga penjuru baik parlimen maupun DUN.

  • Barisan Nasional yang terdiri dari parti-parti komponen – UMNO, MCA, MIC, Gerakan, myPPP, PBB, SUPP, PBS, LDP, PBRS, UPKO, SPDP & PRS.
  • Pakatan Harapan terdiri dari Bersatu (PPBM), PKR, DAP dan Amanah
  • PAS yang mendokong Gagasan Sejahtera.

Semenjak 1998 telah bergabung ketiga parti utama yang mencorakkan Pakatan Rakyat – kalau anda lebih senang gunalah istilah ‘Pembangkang’ di mana prestasi mereka telah semakin meningkat (2 PRU yang lepas menunjukkan prestasi bertahan walaupun belum mencapai kemenangan), melawan BN (saya tak menggunakan istilah Kerajaan – janganlah keliru antara parti dan kerajaan! BN adalah parti yang memerintah – Kerajaan masa kini tetapi ingatlah kerajaan bukan sahaja terdiri dari parti politik, jadi kalau ‘Opposition’ atau ‘Pembangkang’ menang ia yang akan memegang tampuk pemerintahan atau kerajaan – contoh mudah lihat di Selangor – siapakah kerajaannya – jangan sebut kerajaan pembangkang – kerana yang memerintah adalah bekas Pakatan Rakyat yang kini bubar, diketuai PKR). Jadi, biar saya guna istilah Parti Pemerintah lawan Pembangkang. Menurut statistik PRU13, 51% dari pengundi memangkah Pakatan Rakyat (PKR, DAP, PAS) bolehlah dikatakan, samada anda menyokong BN atau Pembangkang – tiada apa yang perlu dirasai janggal – penyokong kedua-duanya adalah sama banyak malahan penyokong Pembangkang ini telahpun melebihi 50% biarpun mereka tidak menang kerusi Parlimen yang cukup.

31947729_1629786630404226_1289583623049052160_n
Sudah berlalu zaman di mana pembangkang hanya minoriti – malahan di parlimen dalam banyak pengundian untuk polisi dan dasar memang kerap ‘marginal’ disebabkan jumlah pembangkang yang ramai. Bukan itu sahaja malah dinilai dari segi ‘figurehead’ atau pendokong kedua-dua pihak adalah sama hebat – pihak BN memang anda tahulah, barisan yang memimpin kerajaan sekarang dengan potfolio bermula dari PM dan para menteri seterusnya. Di pihak pembangkang pula kini sudah ada bekas Perdana Menteri (Tun M yang mempengerusikan Pakatan Harapan), bekas TPM, Menteri, Menteri-menteri Besar tak kurang juga cendekiawan seperti Profesor-profesor, bekas Naib Canselor, pakar-pakar teknokrat dan korporat. Kedua-dua belah pihak juga mendapat sokongan dari semua bangsa-bangsa yang ada di Malaysia, dan menurut statistik Merdeka Centre, lebih peratusan dari bukan Melayu (India/Cina) yang menyokong pembangkang. Malahan di kalangan mereka yang bekerja dalam kerajaan – peratusan yang menyokong Pembangkang juga semakin bertambah.
Benar, nampaknya senario politik terkini telah melalui fasa perubahan yang mendadak, dan biar apapun tanggapan anda secara individu maupun secara kelompok atau kumpulan, boleh dikatakan peluang kedua-dua belah pihak adalah 50-50 mungkin banyak bergantung kepada pengundi atas pagar, undi pos, atau persempadanan semula dan lain-lain faktor semasa.
Bermula pertengahan 2015, lanskap politik Malaysia telah melalui satu fasa perubahan drastik. Ianya bermula dengan berpisahnya PAS dari Pakatan Rakyat, penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah), diikuti dengan kemunculan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Pada 22 September 2015 tertubuhnya Pakatan Harapan apabila keempat parti terdiri PKR, DAP, Bersatu dan Amanah bergabung, dengan dipengerusikan oleh veteran bekas PM, Tun M. Pakatan Harapan membawa aspirasi asal Pakatan Rakyat, sebagai gabungan parti-parti politik yang berkongsi matlamat sama untuk menumbangkan Barisan Nasional. Parti Warisan Sabah yang diketuai Dato Seri Shafie Afdal, merupakan komponen strategik walaupun mereka tidak termasuk ke dalam gabungan ini secara formal.

 

Tugas Rakyat pilih pemimpin

Soalan yang mudah: siapakah yang telah memilih kerajaan yang ada sekarang? Jawapnya rakyat. Tak mengira siapa parti yang memerintah, mereka telah dipilih oleh rakyat. Letak ketepi kemungkinan-kemungkinan pilihanraya tak adil, ada yang mendakwa penipuan, undi hantu dan sebagainya, secara dasarnya, di bawah sistem demokrasi yang ada seadanya di tanahair, rakyatlah yang bertanggungjawab menentukan siapa pemimpin mereka – melalui proses pengundian.

61473733249_950x600
Mengundi adalah wajib – sebagaimana dalam Islam, soal kepimpinan adalah soal yang paling penting dalam urusan siasah Islam – sahabat-sahabat Rasulullah sejurus wafanya baginda telah bermesyuawarah untuk memilih khalifah pertama – tanpa lengah, malahan telah mewakilkan Saidina Ali untuk menguruskan jenazah Rasulullah (s.a.w).
Banyaknya hadith-hadith Rasulullah yang menyentuh mengenai taat kepada pemimpin (umarak) – dan kita sama mengetahui suruhan alQuran agar taat kepada Allah, RasulNya dan Ulil Amri – meletakkan posisi pemimpin dalam kedudukan tinggi selepas Allah dan RasulNya.
Jika begitu pentingnya kepimpinan dalam Islam, begitulah pentingnya memilih pemimpin yang terbaik. Ianya tugas umat Islam secara individu dan kelompok (dalam sistem demokrasi yang ada setiap orang mempunyai suara atau kuasa undi – bermaksud tanggungjawab anda sebagai individu jika memilih pemimpin yang zalim secara sengaja, jatuh berdosa). Lihat fatwa ulama (rujukan).


Jadi, tugas anda sebagai rakyat mengundi pemimpin yang anda rasa terbaik – dalam konteks PRU, memilih parti yang dirasakan paling baik dapat memimpin umat ini. Ini dasarnya, malahan di atas asas menegakkan yang maaruf dan mencegah mungkar (amar makruf nahi mungkar) anda wajib mengundi dan mengajak orang lain mengundi pilihan parti atau pemimpin yang dirasakan akan dapat memimpin negara dengan baik.
Jadi tiada pilihan, sebab tak suka politik atau pilihanraya anda boleh duduk diam tak mahu mengundi. Atau sebab keliru, sebab takut, sebab tak suka – sebaliknya anda wajib memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat.
Mungkin ada yang bertanya, bagaimana nak memilih atau undi – kedua-dua belah pihak lebihkurang sahaja? Korupsi dua-dua ada, kleptokrasi dan kroni pun mungkin ada di sini sana, dua-dua pun campuran Islam dan bukan Islam – jadi kalau mengundi pun takkan menaikkan Islam. (Ok, letak isu PAS sebagai Parti Islam di tepi dulu). Kalau anda ada keraguan macam ni, bagus, bermaksud anda seorang yang berfikir dan mahukan jawapan. Tetapi bukan dengan menyerah pada ‘takdir’ atau menyendiri – bangunlah, kuasa di tangan anda! Ingat, berdosa, kalau anda tidak berusaha melakukan amar makruf nahi mungkar, kalau dah melaksanakan tanggungjawab tetapi mungkar belaku, itu hal lain, sekurang-kurangnya anda telah melepaskan tanggungjawab tersebut.

WhatsApp Image 2018-04-08 at 10.55.39 AM (2)
Jadi kita sebagai individu atau kumpulan kalau anda ada atau mengikuti kumpulan (NGO, jamaah, kariah dsb) untuk ‘berijtihad’ berusaha bersungguh-sungguh, kaji selidik, berbincang, tanya dsb sehingga anda jelas siapakah yang patut dipilih. Mungkin selepas melalui proses ini anda tetap ‘salah’undi, itu hal lain, kerana anda dah berusaha dengan ikhlas dan yakin – dan bukan ikut nafsu, ikut bangsa, ikut kroni atau kepentingan-kepentingan lain. Di sinilah kita kena tanya hati secara jujur, betulkah yang aku pilih ini (tak kira siapa yang akhirnya anda akan pilih) setelah memperhalusi maklumat dan mengkaji tersebut bukan mengikut-ikut – nak taklid, pun kena ada dasarnya supaya tidak bertaklid pada yang batil.
Sebagai panduan ringkas kartun di bawah boleh dijadikan panduan memilih:

WhatsApp Image 2018-04-08 at 10.55.39 AM

 

BARISAN NASIONAL

Parti pemerintah sekarang. Bermula sebagai Persekutuan, telah memerintah lebih 60 tahun. Ini ‘track record’ yang lama dan kuat. Mereka juga parti yang terdiri dari berbilang bangsa, dan secara umumnya telah menunjukkan prestasi pemerintahan yang baik. Pengalaman memerintah yang lama dan memiliki institusi dan proses yang stabil dalam agenda nasional dan antarabangsa.Tambahan pula dipelopori UMNO, parti orang Melayu Islam oleh itu kepentingan Melayu dan Islam dijaga.

31939731_10155318262225952_4070385380237508608_o
Pencapaian-pencapaian BN adalah apa yang dapat dilihat dalam negara kini dari segi kedudukan GDP, FDI serta kestabilah ekonomi, sosial dan politik negara. Tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa kepimpinan BN selama 60 tahun telah berjaya membangun negara, di samping beberapa kepincangan dan kekurangan-kekurangannya.
Kini meluncur ke hadapan dengan TN50 (Transformasi Negara 2050 – menjangkau wawasan 2020 yang dipelopori pimpinan sebelumnya). Juga dengan institusi yang dibina untuk tujuan mempromosi transparensi, menurunkan kadar korupsi dan meningkatkan kecemerlangan.
Bagaimana dengan terkini. Ada beberapa ‘benchmark’ yang menurut laporan akhbar terkini menunjukkan BN mencapai 99% dari manifesto PRU13 seperti menurunkan kadar kemiskinan, menaikkan kadar pendapatan per kapita, kemudahan kesihatan untuk semua (ingat, Malaysia dinobatkan negara yang memiliki perkhidmatan hospital antara terbaik di Asia!), mengujudkan infrastruktur kelas dunia, transformasi luar bandar antara contoh-contohnya.
Apa kurangnya? Adalah sukar untuk mendakwa secara terang kemajuan negara yang dicapai kini atas usaha kerajaan BN, atau adakah memang negara menuju kepada tahap yang ada kini (global factor). Pencapaian dan prestasi, serta penonjolan kempimpinan yang sehingga baru-baru ini boleh dibanggakan, tetapi akhir ini bila Tun M sendiri telah meninggalkan UMNO dan BN ia memberikan tandatanya yang besar dan satu tempelakan yang hebat pada BN. Benar ada individu yang menjadi pembangkang kerana mereka telah diketepikan tetapi merekalah antara individu yang telah banyak membawa perubahan dalam kerajaan pada masa itu (hanya ambil contoh Tun M dan DS Anuar kini semuanya di barisan pembangkang).
Apakah ia petanda kepada sesuatu: samada ia bermaksud BN yang ada kini bukanlah lagi BN yang menjuarai perjuangan rakyat maupun kemajuan negara…kerana ramai tokoh yang telah meninggalkannya. Banyak pencapaian dan pembangunan negara termasuk proses Islamisasi institusi, ikon pembangunan seperti menara KLCC, Putrajaya, pemerkasaan pendidikan termasuk Universiti Islam, kenaikan taraf hidup adalah pencapaian yang berlaku semenjak di zaman Tun M lagi yang kini tidak lagi bersama BN. Tidak mencukupi itu, barisan tokoh yang telah meninggalkan BN, samada kerana dipecat atau digugurkan pemilihan atau meletak jawatan – Tan Sri Muhyidin Yasin, Dato Saifudin Abdullah, Dato Sri Mukhriz, Shafie Afdal, Dato Sri Hanadzlah, Datuk Zaid Ibrahim antara barisan pemimpin yang terkemudian meninggalkan BN. Malahan tokoh yang telah bersara seperti Peguam Negara, dan bekas Menteri Industri Dato Seri Rafidah Aziz, telah bangkit menjadi pengkritik utama BN.

banner_bn1
Berkiblatkan Cina? Begitulah BN, buat banner pun kena ambil kontraktor Cina…

Baik di kalangan pengikut setia maupun penentang, tidak dinafikan BN kini sedang tenat dengan krisis Kepimpinan dan Integriti. Indeks rasuah meningkat menjadikan Malaysia antara yang terkebelakang dalam senarai negara yang paling banyak rasuah.
Di sebalik parti ini masih lagi memiliki ramai ahli dan pemimpin yang berwibawa, terlalu banyak insiden memalukan yang telah menjadi tandatanya rakyat tentang kecekapan pimpinan mereka, contohnya dalam isu Felda, kemasukan pelaburan asing – Projeck ECRL & monopoli Cina (kontraktor yang dikecualikan GST!), kegagalan menangani isu seperti insiden Lahad Datu, kehilangan pesawat Malaysia Airlines, penemuan wang berjuta di rumah pemimpin BN, skandal Tabung Haji dll. Tidak diragui, ibu segala skandal, yang telah mempopularkan (atau mencalarkan?) Malaysia ke seluruh pelusuk dunia ialah skandal 1MDB yang telah meninggalkan bebanan hutang negara dianggarkan kini melebihi RM50 billion. Ini diselangi dengan dakwaan Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat penyalahgunaan dana awam yang dikaitkan dengan Malaysian Officer No1 (MO1), rampasan kapalaut Equanimity di Indonesia, dan pembekuan akaun-akaun yang dikaitkan dengan individu bernama Jho Lo di Singapura dan Switzerland. Ia juga dikaitkan dengan isu wang masuk ke akaun peribadi DS Najib berjumlah RM2.6 bilion, yang pada mulanya dinafikan, kemudiannya diakui sebagai derma. DSN bagaimanapun telah pun diisytiharkan bebas dari sebarang dakwaan oleh Peguam Negara yang dilantik menggantikan Abdul Gani Patail, begitulah rentetan ceritanya. Akhirnya telah menjadikan BN sinonim dengan kerjaan kleptokrasi.
Terlalu banyak krisis dan skandal yang tiada penghujungnya, malahan dari aspek keselamatan sendiri, banyak berlaku tandatanya seperti isu pembunuhan model Mongolia Al Tantuya sehingga kini tidak disimpulkan siapakah dalang di belakangnya; pembunuhan misteri Peguam Kevin Morrais (juga terlibat dalam memfailkan dakwaan 1MDB), rakyat buntu dan merasa tak selamat.
Isu GST yang menjadi persoalan dan bebanan rakyat termasuk golongan miskin, maupun golongan kanak-kanak dan orang sakit (bayangkan seorang miskin yang memerlukan rawatan perubatan, tidak mampu, dapat bantuan kebajikan, tapi masih tetap dikenakan GST untuk rawatannya!). Kenaikan harga barang dan petrol serta kos sara hidup yang tinggi (biarpun pendapatan per kapita meningkat dan negara menuju ke tahap negara berpendapatan tinggi) tetapi nasib golongan M40 dan B40 yang ramai menjadi penghuni kota, kehidupan sentiasa terhimpit, berdepan isu perumahan, peningkatan kadar jenayah dsb.
Kezaliman/ketidak adilan BN ternyata dalam kes-kes ‘selective prosecution’ seperti mendakwa dan memenjara individu yang membuat pendedahan penyelewengan dalam pentadbiran dan kes 1MDB – sedangkan pelakunya masih bebas dan tiada dakwaan dibuat (contoh – YB Rafizi). Penggunaan badan-badan kerajaan ke arah kepentingan parti (termasuk SPR!), dan akhirnya penyalahgunaan kemudahan untuk ahli keluarga dan kroni melibatkan jutaan dan bilion dana rakyat sedangkan rakyat sendiri menderita adalah tak dapat diterima lagi.

manifesto bn
Jika dilihat ‘pattern’ isu pembangkang menentang BN, dibanding dengan PRU13, kini adalah lebih menjurus kepada pemimpin atau pemimpin-pemimpin tertinggi spesifiknya DSN sendiri yang dianggap ‘immune’ malah pendokong-pendokong UMNO sendiri tidak dapat berbuat sesuatu untuk mengubahnya.
Di kalangan ‘hardcore’ dan pemimpin UMNO sendiri mengakui secara halus DSN sebagai satu ‘liabiliti’ biarpun kebanyakan mereka hanya membuat justifikasi mudah – mana ada pemimpin UMNO yang 100% bersih….ala Tun M pun penuh dengan kesalahan & penyelewengan, beliaulah yang memulakan semua ini! Sikap alpa inilah yang menjadi satu budaya amat tidak sihat dalam UMNO, dan dengan krisis besar kali ketiga (bermula 1988 – Semangat 46, 1998 – lahir PKR, dan 2015 – lahir Bersatu) cukup menjadi bukti bahawa UMNO telah amat sarat dengan kebobrokan dan layak untuk direhatkan dari kepemimpinan negara. Biarpun begitu masih ada kepimpinan tinggi dalam UMNO yang memiliki harapan, dan kononnya, jika menang PRU14, satu plan peralihan kuasa akan diumumkan pada Perhimpunan Agong UMNO akan datang.

 

PAS & Gagasan Sejahtera

Parti yang telah lama berkecimpung dalam politik, parti berlandaskan agama Islam, kepimpinan Ulama, mempunyai aspirasi memenangkan syiar Islam dan penguatkuasaan undang-undang syariah. Dari segi dasarnya ia adalah parti yang berperlembagaan baik, matlamat yang murni, dan di sebalik skop yang agak eksklusif ia dapat menyantuni non-Muslim selain dari majoriti Muslim. Ini terbukti di zaman ‘gemilang’ bersama Pakatan Rakyat dulu (sewaktu TG Nik Aziz menjadi Mursyidul Am), di mana rata-rata ramai non-Muslim yang sanggup, tanpa ragu-ragu mengundi PAS sebagai parti pilihan mereka. Bukan setakat mengundi, malah kelab penyokong PAS yang terdiri dari non-Muslim berkembang baik dan membuka pintu kepada non-Muslim mengambil beberapa jawatan serta menjadi calon dalam pilihanraya.
Setelah berpisahnya PAS dari PR pada 2015, berlaku satu paradigma baru di mana majoriti dari pemimpin ‘progresif’ telah diketepikan dan fokus perjuangan dilihat beralih kepada pemerkasaan Islam-Melayu dan anti-DAP/Cina. DAP yang sebelum ini adalah rakan seperjuangan telah dianggap musuh dibenci dan menjadi tema utama kenapa mereka tak dapat bersama dalam PR maupun PH yang baru terbina.
Apa yang lebih memeranjatkan ialah polisi mesra UMNO/BN di mana pemimpin tertinggi mereka sanggup bersekedudukan dengan UMNO, berpelukan, muncul di majlis-majlis rasmi dan kaca TV, terjalin kerjasama erat dan terpancul ucapan-ucapan kerajaan perpaduan (unity government) – UMNO yang puluhan tahun menjadi musuh tradisi tiba-tiba menjadi rakan sehaluan. Ini mungkin bertitik tolak dari kesanggupan UMNO menyokong kanun undang-undang syariah dan pindaan RUU135. Tetapi, ada juga tuduhan mereka mendapat bantuan kewangan dari parti UMNO berjumlah jutaan ringgit – sebahagian dari ‘tuduhan’ ini telah pun diakui oleh Dr. Zuhdi sendiri.

Tawaran-Malaysia-Sejahtera-JPEN--640x453
Dari segi ‘track record’ dalam politik/pemerintahan pula kejayaan terbesar pada hemat saya ialah bila PAS sebagai komponen PR telah berjaya memain peranan dalam ‘Tsunami politik’ PRU 2008, juga kekalahan tipis PR merebut parlimen dalam PRU 2013, tidak dinafikan PAS telah menyumbang peratusan undi yang besar, malahan keberkesanan jentera pilihanraya mereka, unit keselamatan, pengalaman merayu undi serta mengendalikan rapat umum telah menjadi satu ‘booster’ kepada PR, satu ketika parti PKR sendiri yang agak baru dalam pengalaman pilihanraya, di mana penyertaan PAS sebagai satu sumber kekuatan kepada PR pada masa tersebut.
Saya masih ingat pada September 2008 sewaktu perhimpunan raksasa Pakatan Rakyat di Stadium Kelanajaya (ingat detik ahli-ahli Parlimen BN dijangka lompat parti ke PR yang hampir-hampir berlaku tetapi gagal…). Dalam perhimpunan yang dihadiri puluhan ribu rakyat berbilang bangsa, berlaku satu pemandangan yang unik sekali, pertama kali dilihat dalam sejarah. Mereka hanyalah gabungan sukarela, bukannya kerajaan, tetapi gabungan berbagai bangsa dan agama ini duduk bersama dengan cukup aman. Yang lebih mengharukan kerana ia berlaku di bulan puasa, di mana pengunjung Muslim masuk sebelum waktu maghrib, berbuka beramai-ramai (pengunjung non-Muslim ada dan beri laluan pada Muslim yang berbuka puasa), kemudiannya mereka solat berjemaah di padang, sementara pengunjung non-Muslim duduk menunggu dengan sabar. Kemudian jamuan makan disediakan dan semua pengunjung menikmati makan malam bersama, seterusnya pengunjung Muslim pergi ke padang lagi, bersolat isya diikuti tarawih sehingga selesai, baharulah program ceramah bermula. Anih dilihat, bila pengunjung puluhan ribu non-Muslim ini sanggup duduk menunjukkan sokongan mereka, sabar menunggu, tanpa buat kecoh atau riuh, dan tiada seorang pun yang protes atau kelihatan resah! Inilah klimaks kejayaan Pakatan Rakyat menyatukan rakyat berbilang agama dan bangsa, melalui dokongan PAS. Maksud saya, saya melihat kelebihan PAS di sini, sebagai parti ‘agama’ ialah membawa acuan Islam ke dalam Pakatan Rakyat.
Begitu jugalah dengan prestasi mereka dalam pemerintahan – Kelantan, Kedah dan Trengganu. Di sebalik prestasi ekonomi (dan pentadbiran, ke tahap tertentu) yang kurang menonjol berbanding negeri-negeri di bawah PR yang lain. Di negeri mana, selebriti yang free hair, dan pakai seksi, sanggup menutup aurat dan muncul dalam paparan iklan/TV dengan imej ‘Islamik’, yang menyejukkan mata. Negeri mana yang mula mempraktikkan larangan untuk pasangan yang tiada dokumen sah suami isteri dari check in ke hotel-hotel. Dan negeri mana, manusia berduyun-duyun, beribu orang solat di lapangan atau stadium menghidupkan malam-malam Ramadan. Ini mungkin bukan perkara besar pada setengah orang, tetapi impak pada masyarakat, inilah antara perkara ‘kecil’ yang membawa kesan besar pada ruh amalan Islam masyarakat. Sehingga baru-baru ini, saya sekeluarga memilih untuk ke Kelantan bila kami perlukan masa untuk ‘retreat’ dari kemelut ‘dunia’ untuk bersantai cuit…kerana suasana ‘biah solehah’ yang tidak mudah didapati ditempat lain.

This slideshow requires JavaScript.


Malangnya…satu tragedi telah berlaku. Hanya setelah pemergian Tuan Guru Nik Aziz, segalanya mula berubah (ringkasnya). Mungkin satu faktor, yang mendorong dan melonjakkan parti PAS sehingga membara dengan slogan ‘Membangun bersama Islam’ ‘PAS untuk semua’ adalah sumbangan dari golongan ‘progresif’ yang kini telah meninggalkan PAS (mungkin lebih tepat istilah ‘diketepikan’).
Biar apapun urutan peristiwa di atas, isu fundamental ialah PAS tidak lagi bersama ‘blok pembangkang’ iaitu Pakatan Harapan sebaliknya bertanding sendirian.
Memang mereka menurunkan barisan calon yang hebat-hebat selain ulama, Profesional termasuk Profesor, doktor, koporat dll dan tidak dinafikan ramai calon-calon ini adalah peribadi-peribadi cemerlang.
Melihat kepada Manifesto pula, tidak kurang hebatnya, paling kurang ‘on paper’, dan konsep Kerajaan Teknokrat yang dipelopori nampak menarik.
Masalah utama ialah kerana sebagai parti yang bertanding sendirian (ya mereka ada Gagasan Sejahtera tetapi peranan parti-parti lain adalah terlalu kecil), dan melihat realiti semasa tidak ada parti yang boleh berjaya dalam pilihanraya secara solo. Dalam klimaks politik Malaysia yang menuju ke arah lebih matang dengan sistem Dwiparti (dua blok BN vs Pembangkang), tiba-tiba PAS telah memisahkan diri.
Tambahan pula, dasar mesra UMNO/BN mereka, tuduhan-tuduhan penyelewengan dan korupsi, sikap pemimpin dan pengikut-pengikut yang fanatik serta melihat orang lain salah, sedikit sebanyak telah menodai identiti mereka sebagai parti Islam dan menyebabkan ramai penyokong tawar hati.
Kesungguhan mereka meletakkan 160 orang calon (Parlimen) juga diragui, adakah ianya sebenarnya satu strategi yang lebih merugikan blok pembangkang, kerana tak dapat tidak, undi kepada pembangkang akan berpecah dua dan ini hanya membantu BN untuk menang lebih mudah – dari perspektif blok pembangkang.
Oleh itu, kurang jelas matlamat PAS bertanding PRU kali ini, biarpun banyak kenyataan dan penjelasan, dan memang mereka sentiasa menyebut konsep masuk pilihanraya bukan untuk menang semata-mata!
Ada yang menjangka, mungkin PAS berpotensi dan ada peluang menang di Kelantan dan Trengganu, tetapi kemungkinan menguasai Parlimen adalah rendah, mungkin memenangi beberapa kerusi, dan jika berlaku blok BN dan Pembangkang tidak meraih kerusi cukup untuk memerintah, apakah pendirian PAS untuk bersama dengan blok yang mana satu, masih tidak jelas, biarpun, berdasarkan kenyataan-kenyataan pemimpin dan ‘fatwa’ penulis berpendapat kemungkinan besar pemimpin atasan mereka akan lebih condong kepada BN.

 

Harapan baru rakyat – bersama Pakatan Harapan?

PH menggabungkan parti-parti PKR – ditubuhkan atas agenda Reformasi dan menjulang perjuangan DSAI; DAP – parti berbilang kaum yang memperjuangkan sekular dan sosialisme demokratik – bertemakan Malaysia untuk semua; Amanah – sebagai alternatif kepada PAS yang bermoto Amanah, Progresif, Peduli; PPBM (Bersatu) – yang memperjuangkan keadilan, mengangkat maruah dan kemuliaan insan, mempertahankan kedaulatan negara dan membela kebajikan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

pakatan rakyat anuar
Sejarah PH bermula dengan Pakatan Rakyat. Setelah menunjukkan prestasi kukuh bermula dengan ‘Tsunami politik’ 2008, menggoyahkan BN dengan menakluk beberapa negeri strategik (serta menunjukkan prestasi cemerlang negeri-negeri Selangor dan Pulau Pinang), gagasan Pakatan Rakyat (PR) bubar dengan keluarnya PAS.
Bermula pertengahan 2015, lanskap politik Malaysia telah melalui satu fasa perubahan drastik. Ianya bermula dengan berpisahnya PAS dari Pakatan Rakyat, penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah), diikuti dengan kemunculan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Pada 22 September 2015 tertubuhnya Pakatan Harapan (bermula dengan tiga parti sehingga awal 2017) apabila keempat parti terdiri PKR, DAP, Bersatu dan Amanah bergabung, dengan dipengerusikan oleh veteran bekas PM, Tun M. Pakatan Harapan membawa aspirasi asal Pakatan Rakyat, sebagai gabungan parti-parti politik yang berkongsi matlamat sama untuk menumbangkan Barisan Nasional. Parti Warisan Sabah yang diketuai Dato Seri Shafie Afdal, merupakan komponen strategik walaupun mereka tidak termasuk ke dalam gabungan ini secara formal.
Konsep Pakatan Rakyat ialah menyatukan blok ‘pembangkang’ di atas premis kerjasama untuk mencapai matlamat yang sama membentuk kerajaan yang memperjuangkan kebenaran, keadilan, kebebasan, integriti, kebajikan dan tatakelola yang baik. Bertolak dari kesedaran setiap parti tidak akan dapat berfungsi dengan berkesan secara sendirian, dan ini kebenaran fakta disaksikan pertama kali dengan prestasi ‘tsunami’ bila Pakatan Rakyat membuat kejutan besar dalam pilihanraya 2008. Semenjak daripada itu, konsep dwiparti dalam politik negara menjadi popular dan blok pembangkang telah menjadikan kerjasama antara parti dalam gabungan Pakatan sebagai agenda perjuangan yang mesti diteruskan. Seterusnya ia juga menjadi asas kerjasama jangkapanjang yang merentasi berbilang kaum dan agama secara harmoni, dan dengan gabungan ini setiap kaum dan agama diwakili, dan setiap rakyat Malaysia mempunyai hak dan kepentingan yang sama untuk menyertainya.

bm1306-pakatan-harapan-presidential_council
Atas dasar inilah, bila PAS memutuskan ‘tahallfu siyasi’ dengan DAP pada tahun 2013, parti-parti yang tinggal – PKR & DAP dalam keadaan ‘goyah’ sehingga akhirnya tertubuh Amanah dan gabungan pembangkang mendapat nafas baru. Dengan penyertaan Bersatu, gabungan ini dilihat lebih padu dan terbukti jalinan yang kukuh bila mereka dapat mencapai persetujuan dalam isu pembahagian kerusi, malah penggunaan logo satu parti (PKR) di ketika ROS bertindak melarang penggunaan logo rasmi Pakatan Harapan (berhubung isu pendaftaran Bersatu yang digantung sementara).

Kemasukan Tun M ke dalam blok pembangkang adalah perkara utama yang telah merubah lanskap politik ini, membawa bersamanya parti Bersatu.
Tun M, yang selama ini menjadi ‘target’ pembangkang kini telah bersatu malah setelah peristiwa ‘Golden Handshake’ dengan musuh tradisi yang membawa krisis 1998 – DSAI – kini PH dilihat bertambah mantap dan mendapat dokongan dari segenap lapisan masyarakat. Barisan tokoh yang menjadi calon mereka juga hebat – termasuk ramai bekas pemimpin BN, teknokrat, profesional, pakar akademik, pejuang hak manusia – juga gandingan bekas Perdana Menteri, 2 bekas Pemimpin Negara nombor 2 (DSAI, DSMY) sokongan ulama dan intelek yang tak kurang hebat dari parti PAS. Kemunculan Ustaz Nik Omar semasa hari penamaan calon juga telah menjadi satu lagi pencetus buat PH, beliau dilihat sebagai penyambung legasi TGNA. Hanya dalam masa beberapa hari menjadi ahli Pakatan Harapan beliau telah membawa impak besar setiap kali muncul dalam ceramah dan perhimpunan anjuran PH, ambil contoh di Putrajaya, ‘live’ audien sahaja mencecah lebih 67000.
Beberapa hari menjelang pilihanraya masyarakat dikejutkan lagi dengan beberapa orang tokoh BN yang keluar secara terangan mengkritik BN malah berkempen untuk PH – seperti Tan Sri Daim Zainuddin, Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Rais Yatim dan Dato Ezam Nor.
Data terkini hasil kajian INVOKE, IDE & Merdeka Centre menunjukkan kenaikan peratus sokongan terhadap PH saban hari. Namun di banyak kawasan di mana berlaku pertandingan 3 penjuru menunjukkan kemenangan memihak BN kerana undi pembangkang terpecah kepada PH & PAS (% undi PAS tetap rendah sekitar 10% berbanding PH 29-30%. Sebagaimana PR sebelumnya, PH dijangka dapat mengekalkan sokongan Cina dan India manakala sokongan Melayu dilihat meningkat berterusan menjelang penamaan calon.
Apakah kelebihan PH? Ia mewakili semua kaum secara seimbang malahan parti-parti PKR, Amanah dan membuka keahlian kepada semua kaum sementara Bersatu pula menawarkan alternatif kepada bumiputera Islam. Pemimpin pula memiliki karisma dan pengalaman yang luas dan tidak kurang yang telah punya pengalaman di peringkat Persekutuan – termasuk Tun M 22 tahun sebagai PM. Tidak lupa keterampilan mereka sebagai pentadbir negeri yang berkesan. Barisan calon yang bertanding juga hebat – ramai yang berkelyakan tinggi dan professional termasuk barisan tokoh-tokoh akademik berkelulusan PhD dn sarjana.

manifesto pakatan
Satu ‘keistimewaan’ Pakatan ialah kemampuan keempat-empat partu politik ini bergabung di sebalik berbagai perbezaan dan telah melalui ujian masa serta perubahan kepimpinan buat setengahnya tetapi mereka berjaya bertolak ansur untuk mencapai matlamat yang sama – menjatuhkan BN dan mendirikan kerajaan yang bersih, telus dan adil serta mengembalikan amalan demokrasi berparlimen sebenar.
Mungkin ada yang bertanya bagaimana dengan agenda Islam? Pembelaan dan keistimewaan kaum Melayu serta jaminan kedaulatan raja-raja? Terdapat juga tuduhan mereka mendokong golongan liberal dan LGBT. Amanah sebagai parti yang memiliki acuan perjuangan Islam bermoto: Menjadi parti Islam utama di Malaysia sehingga ujudnya negara yang adil, beramanah dan rahmah untuk semua telah menganjurkan ‘NUNJI’ bertujuan mempromosi falsafah Maqasid Syariah bagi meleraikan persoalan agenda Islam sebuah dalam negara berbilang bangsa. Ringkasnya biarpun Islam tidak dizahirkan pada kalimah tetapi pelaksanaan syariah dapat dijalankan dalam negara berbilang bangsa dan agama kerana syariah sesuatu yang luas dan pada peringkat makro ia bermula dengan keadilan, ketelusan, tadbir urus yang baik adalah memiliki prioriti yang lebih tinggi dari melaksanakan hudud contohnya, biarpun sebagai umat Islam kita wajib menerima Islam secara syumul. Ucapan Ustaz Hasanudin Yunus memberi contoh bagaimana kerajaan Selangor telah melaksanakan sistem prihatin rakyat yang menyediakan berbagai pakej untuk menjaga kebajikan rakyat bermula dari lahir, menyusu, bersekolah, masuk universiti, berkahwin, sakit dan mati adalah manifestasi perlaksanaan Islam yang rahmah. Islam perlu dilaksanakan bukan sebagai retorik atau kempen politik semata sebaliknya ia merangkumi konsep rahmah tersebut.
Pada dasarnya, parti Pakatan dianggap wasilah ke arah mencapai langkah pertama, mengubah kepimpinan negara kepada yang urustadbir lebih baik, berintegriti, adil serta mesra rakyat. Ia pastinya tidak berakhir di situ, tetapi, berdasarkan waqi semasa, wadah PH dilihat sebagai wadah yang paling sesuai untuk mencapai matlamat jangka pendek yang mendekatkan masyarakat kepada matlamat pelaksanaan Islam yang membawa rahmah ke seluruh alam.

IMG_0008-1080x550
Perjanjian PH pada 9 Januari 2016 untuk terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan merupakan satu dokumen dan dalil rasmi tentang komitmen mereka untuk bergerak menurut lunas undang-undang serta Perlembagaan Malaysia. Kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh diubah walaupun disokong 100% oleh ahli Parlimen, tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Hak istimewa Orang Melayu dan Bumiputera ditetapkan oleh artikel 153 dalam Perlembagaan.

Salah satu pertuduhan yang tiada henti ke atas Pakatan ialah ianya gabungan yang menjadi ‘tunggangan DAP’ terutama kerana ada segelintir orang Islam yang ‘alergic’ dengan DAP dan nama parti ini sinonim dengan anti Islam.
Tanpa memberi huraian lebih lanjut, saya turunkan dua contoh yang telah disebut oleh penulis Prof. Dr. Hatta Shaharom. Pertama mengenai komposisi Pakatan dan Majlis Presiden. Majlis Presiden Pakatan adalah badan tertinggi dan dianggotai oleh 10 orang Melayu dan 4 bukan Melayu, berbanding BN di mana keanggotaanya terdiri 8 Melayu dan 11 bukan Melayu. Lihat pula kerusi Parlimen yang ditandingi oleh Pakatan, PPBM bertanding 52 kerusi, PKR (51), DAP (35) dan Amanah (27) di Semenanjung – bermaksud DAP hanya mewakili 35/165 = 21% dari kerusi Pakatan di Semenanjung.

Penang_bridge-properties-PropSocial
adaptasi dari propsocial.my

Selepas mengambil alih Pulau Pinang pada 2008, hanya dalam tempoh 8 tahun, kerajaan Pulau Pinang di bawah DAP telah memperuntukkan RM4.5 juta untuk hal ehwal Islam dan RM8 juta kepada 20 buah sekolah aliran agama Islam. Ia merupakan satu jumlah yang lebih banyak berbanding dengan sumbangan kepada agama-agama lain. Dalam usaha pemberian kontrak kerajaan berdasarkan tender terbuka pula, 90% daripadanya diberikan kepada kaum Bumiputera. Dibandingkan dengan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Gerakan sebelum itu, kerajaan Pulau Pinang di bawah DAP juga memperuntukkan lebih banyak bantuan pembangunan kepada masyarakat Bumiputera berbanding kaum-kaum lain. (http://amanahdaily.com/…/siapa-anti-islam-jika-mca-marah-d…/ 1 Mei 2018).

 

SENARIO DI DEPAN KITA PADA 9 MEI – UNDI PERUBAHAN!

Nasihat dari Ustaz Emran Ahmad, politik ialah produk ijtihad, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam Fiqh Al Daulah, menyebutkan bahawa memilih parti politik adalah sama seperti memilih mazhab.
Justeru setiap orang memilih berdasarkan kemampuan, pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki atau kerana taqlid kepada tokoh-tokoh yang disanjungi sebagaimana yang berlaku kepada pemilihan mazhab.

bendera pru
Kaedah fiqh menyebut;
الاجتهاد لا ينقض بالاجتهاد
Ijtihad tidak dapat dibatalkan dengan ijtihad yang lain. Tidak wajar bergaduh dan menyalahkan orang lain atas keputusan ijtihad atau pilihan yang dibuat, kerana masing-masing berhak memilih dan terpaksa memilih dengan keadaan dan situasi masing-masing. Mengundi sesuatu parti tidak boleh disamakan dengan mengundi Islam atau sebaliknya, ingat, semasa mengundi, anda memilih parti politik bukan memilih agama yang Islam atau tidak.
Pada 9 Mei ini anda akan keluar untuk mengundi parti mana yang anda rasakan terbaik untuk mewakili rakyat dan memimpin negara keluar dari belenggu kesempitan dan imej salah tadbir yang semakin merudum ini.
Dari penerangan di atas, secara ringkasnya saya ingin menyimpulkan:
Ada 3 parti utama yang bertanding dalam pilihanraya kali ini:

Parti BN – yang telah memerintah 60 tahun dan telah membawa kita kepada situasi terkini di mana negara dan rakyat terbeban dengan salah tadbir, krisis ekonomi dan penyalahgunaan kuasa yang berleluasa dan ibu segala skandal 1MDB yang telah viral ke seluruh dunia. Parti BN juga telah kehilangan kredibiliti dan tidak sama dengan BN yang dulu. Memang masih ada pemimpin dan individu yang baik dan legasi serta pengalaman sebagai parti pemerintah, namun kini semuanya kabur kerana penyelewengan yang sampai ke tahap runcing. Mungkin ada baiknya jika mereka dirihatkan atau ditempatkan sebagai pembangkang pula untuk 5 tahun akan datang…itu pertimbangan anda sebagai pengundi.
Parti PAS – Parti yang memperjuangkan Islam, memiliki dasar yang baik, namun terlalu fanatik dan skeptik terhadap PH terutamanya DAP dan Amanah. Kepimpinannya juga lebih mesra UMNO/BN dan diragui matlamat bertanding dalam PRU serta apa sikap mereka sebagai ‘Kingmaker’. Yang lebih penting, mereka bertanding sendirian (ya ada Gagasan tetapi parti lain terlalu kerdil), pengundi yang bijak akan merasa sangsi untuk mengundi mereka sebagai pembangkang di mana peluang kemenangan mereka amat diragui (mungkin, mungkin ada kemungkinan boleh lagi menang di Kelantan, Trengganu – tetapi di peringkat pusat, parlimen tidak). Ya, mungkin ada yang memilih untuk tidak mempercayai kajian yang dibuat oleh Invoke, Merdeka Centre dan IDE – tapi macam orang putih kata – the statistics don’t lie! maksudnya angka statistik tidak berbohong, ia menggambarkan realiti sebenar.
Pakatan Harapan – Matlamatnya jelas menjatuhkan BN dan pimpinan tertinggi, menegakkan kerajaan yang adil dan telus. Mereka gabungan pembangkang yang kukuh dan dianggotai oleh barisan pimpinan serta tokoh yang mantap. Mereka tidak ‘perfect’ tetapi prestasi memerintah negeri Selangor dan Pulau Pinang baik, serta mereka dilihat lebih mesra rakyat. Jika anda mahukan perubahan, tindakan terbaik ialah mengundi PH.

31946021_319946411868132_5900053495716773888_o

Keputusan di tangan anda, pada 9 Mei ini samada mahukan parti pemerintah dan Perdana Menteri baru membawa harapan baru pada Malaysia, atau mahu kekal di takuk lama….buatlah keputusan dengan akal yang waras, mudah-mudahan Allah swt memberkati pilihan anda. Biar apapun sama-sama kita berdoa semoga Allah memelihara keselamatan negara dan keutuhan Islam, serta menyatukan hati-hati umat Islam di bawah naungah Rahmah.

 

*Penulis adalah rakyat Malaysia, menetap di semenanjung Malaysia, memegang jawatan profesional dan terlibat aktif dalam NGO dakwah dan kemasyarakatan.

Advertisements

Imbas kembali….24 tahun bersamamu…

Jam 3 petang…aku masih tersangkut di tempat kerja dengan bermacam tugas cuba diselesaikan…alamak, macamana nak ambil anak? Termangu sebentar…isteri jauh…anak2 yang dah besar tiada di rumah- akulah sebagai ayah yang mengurus anak. Semuanya berjalan baik setakat ni, tiba2 urusan kerja tak dapat dielak.
Aku mendail satu nombor. “Maaf abah di mana ye….abah boleh ke tolong ambil Hazim di sekolah?” “Tak de masalah, ok je” jawab abah menenangkanku. “Nak abah bawa ke rumah Keramat ke?” Tanya abah.
Lega…dalam hatiku. Bukan sekali, benar, abah seolah-olah cukup memahami kesulitsn kami dengan tuntutan tugas…kadangkala awal-awal lagi abah menawarkan khidmatnya – ambil atau hantar anak ke sekolah, jaga anak-anak sementara kami sibuk bekerja atau mesyuarat…
Bukan itu saja, abah tak kisah berulang ke rumah anak-anak untuk menjaga cucunya, dan kerap abah bertamdang ke rumah,sewaktu kami bekerja di pejabat, membersih halaman rumah, kemas bilik, lipat baju semua ini abah buat tanpa di minta, sukarela, tak sekali abah meminta apa-apa maupun komplen..
Raikan anak dan cucu
Ke mana beliau pergi, abah sentiasa ingat anak dan cucu. Abah banyak juga bermusafir, terutamanya sebab beliau jadi mutawif Haji dan umrah. Jadi mutawif bukannya satu kerja yang lumayan, aku rasa lebih kerana minat. Memang abah sejak mengerjakan haji hatinya telah ‘melekat’ di Kaabah. Ada wang saja beliau nak ke sana buat umrah…jadi kerja mutawif ni sebahagian cara beliau merealisasikan cintanya pada Kaabah, di samping dapat membantu ramai orang menziarahi rumah Allah.
Bila pulang dari umrah, beg abah penuh. Dengan bermacam barang, semuanya untuk diberi pada anak-anak, cucu dan sedara-mara. Setiap kali pulang bermusafir, tidak pernah beliau lupa membeli ole-oleh, setiap orang dapat habuan. Aku rasa terharu juga setiap kali sarung jubah nak solat, hmmm hampir setiap satu jubah yang aku pakai ni adalah hadiah abah. Ya, abah bukanlah orang berada, tapi kesanggupan abah beri hadiah tanda beliau begitu sayang dan sentiasa ingat pada kami.
Setiap kali raya, harijadi anak cucu atau apa-apa sambutan abah tak pernah lupa, dengan hadiah. Ada saja pemberiannya. Hari Raya, dah pasti setiap cucu dapat RM50 atau lebih.
Abah cukup gembira bila anak dan cucu berjaya dalam hidup, lulus peperiksaan dan lain-lain, pastinya abah akan ucapkan tahniah. Aku teringat lepas aku mendapat darjah DIMP dari Sultan Pahang, abah tersangat gembira dan berkali-kali ucap tahniah, “alhamdulillah, abah cukup bangga, memang kau layak mendapatnya” itulah sokongan abah.
Di umrah terakhir beliau bersama umi bulan Disember 2016, aku masih ingat. Abah memang sangat teringin umrah setelah agak lama, adalah 2 tahun beliau tak ke sana. Kali ini mereka pergi bersama satu agensi yang agak baru, rupanya, tak disangka banyak sekali kesulitannya, hinggalah beliau terkandas di Jedah beberapa hari. Bayangkan, dalam keadaan kurang sihat, batuk, cuaca sejuk, abah dan umi terpaksa bertarung mencatur nasib, tunggu satu demi satu penerbangan pulang, tersadai di lapangan terbang Jedah – dek angkara agensi umrah yang gagal mendapatkan penerbangan pulang. Akhirnya kami adik beradik berkongsi untuk beli tiket untuk abah dan umi.
Abah dan umi sampai ke rumah dalam keadaan letih lesu, pun begitu tetap gigih melayan tetamu dan anak cucu, dan setiap orang mendapat habuan ole-ole dari Abah. Begitulah Abah, wang yang ada beliau simpan untuk belanja anak cucu, ke mana pergi beli hadiah untuk anak cucu, atau belanja beribu terbang ke sana sini untuk ziarah anak cucu
Ya, masa kami di Ireland, bukan sekali abah dan umi datang. Kadangkala bawa Aina yang masih kecil. Bila abah umi datang memang pasti bawa keriangan pada kami semua. Ada sekali, masa tu aku belum ada lesen memandu sah tapi dah merentas benua Eropah. Apa lagi, kami plan menyeberang Irish sea untuk ke mainland England, dengan berkerata, sewa kereta guna lesen abah (duit aku lah…) dan abah bergilir memandu, bila aku letih, abah memandu di depan sambil kami berdua duduk di belakang berasmara dana dan berseloka bersama anak-anak. Bila abah ada memang urusan jagaan anak beres. Abah sanggup tidur di bilik bersama anak-anak, jadi kami pasangan muda belia masa tu dapat berehat dan bermesra.
Tapi aku sentiasa ingat cakap abah – abah suka bercerita kisah benar yang jadi teladan. Abah ada berkata, bila kita dah ada anak-anak ramai, janganlah senang-senang tinggal anak pada ayah ibu, sebab ayah ibu memang dah sepanjang hidup jaga kita, lepas tu jaga pula cucu, cicit ke macam tak habis-habis. Walaupun begitu, dapat ku rasa bagaimana abah cukup memahami keperluan kami dan tekanan kerja serta kesempitan masa untuk melayan anak-anak. Kerap kali abah ‘volunteer’ untuk jaga anak-anak, dan kami tinggal anak bersama abah kadangkala sepanjang hujung minggu atau lebih lama, tinggallah sedikit wang pada anak-anak atau abah nak lepas belanja makan minum. Abah tak kesah, memang tak komplen malah anak-anak rasa selesa sentiasa terjaga. Abah bawa mereka berjalan, shopping, ke masjid dan rumah sedara, penuhkan masa. Tanya saja pada cucu-cucu abah, malah anak-anak sedara abah, setiap seorang, siapa yang tak pernah dibawa oleh abah ke Petronas AU2 – itulah spot popular abah bawa anak-anak bila di bawah jagaannya, tentu sekali abah tak lokek belanja, beli apa saja yang terlintas di fikiran anak-anak ini, dan abah takkan claim dari si ayah ibu pada anak-anak ini. Begitu sekali dedikasi abah sebagai orang tua yang penyayang.
Cinta Agama
Abah pencinta Islam. Terutamanya semenjak pencen, abah penuhkan masa beribadah, banyak berumrah, setiap solat di masjid atau surau, ikut kelas pengajian di surau/masjid, gotong royong, jadi Imam, malah dapat kukesan peningkatan tadarus dan hafazan abah. Dapat dilihat kesungguhan beliau, dengan latarbelakang yang biasa sahaja, tetapi abah menunjukkan kesungguhannya untuk menjaga agama. Sebab itu beliau tak sayang wang untuk ke Mekah berkali-kali, kalau tidak sebagai agen Mutawif, sanggup berbelanja sendiri dan jelas kelihatan abah tenang dan riang bila pulang dari umrah.
Abah bekerja dengan sebuah agensi Zakat Selangor selepas pencen. Jadi agen kutip zakat, dan prestasi beliau mengkagumkan, ratusan ribu dan juta wang dikutip – abah rajin bertemu pelanggan dan berurusan tak kira waktu. Satu waktu, abah telah difitnah, menjadi agen kutipan zakat tak sah. Berakhir dengan beliau ditangkap polis dan didakwa oleh MAIS. Kisah tersebut disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan. Memang detik hitam yang amat memalukan. Abah tidak bersalah, tetapi MAIS bertindak silap, biarpun begitu otoriti memang takkan mengaku silap (kesilapan sebab MAIS telah menguatkuasakan PPZ sebagai satu-satunya agen pengutip zakat, tetapi agen tempat abah bekerja mendapat pengecualian untuk terus beroperasi, tiba-tiba MAIS ambil tindakan pula). Abah, umi dan anak-anak trauma. Wan terpaksa terbang dari Ireland untuk bertemu abah dan berdepan masyarakat, tak tahulah berapa banyak air mata tertumpah di antara mereka, itu kisah hitam. Saman malu dibuat beberapa tahun kemudian, agen tersebut mendapat pampasan, tetapi abah, yang telah menjadi mangsa tak mendapat apa-apa gantirugi (kesalahan bos kompeni tersebut). Abah sentiasa mengenang peristiwa pahit tersebut, namun semangatnya tak luntur untuk terus mendalami agama dan meningkatkan komitmennya.
Sewaktu kami menunaikan haji (bersama rombongan Ireland), waktu inilah kami benar-benar menghargai pengalaman abah. Abah memimpin jemaah haji bersama sebuah agensi Haji & Umrah, dan kami bertemu abah di Kaabah. Subhanallah, abah yang telah masak dengan selok belok Haji serta ingat semua pintu-pintu Kaabah, lega sekali bila bertemu abah, semua urusan jadi mudah. Tambahan pula lodging abah amat dekat dengan alHaram, jadi kami kerap lepak di sana, dan sesekali tumpang makan masakan Malaysia. Abah membantu kami buat tawaf, sai dan ziarah, semuanya jadi mudah dengan adanya abah. Korang jangan lupa, urusan haji umrah ni bunyinya senang, tetapi bila dah di sana, dengan bilangan jemaah yang beratus ribu atau juta, memang mengelirukan, dan senang-senang saja buat salah. Sesat cari pintu Kaabah tu memang perkara biasalah. Di sinilah pengalaman amat berguna, dan abahlah orangnya bersyukur kami ada abah. Abah memang expert dalam haji dan umrah, boleh mengajar orang dari ingatan sahaja, semua yang diajarnya amat tertib dan detail, malah setiap penjuru Masjidil Haram & Masjid Nabawi abah tahu dengan detail, urusan haji & umrah, tempat ziarah semua dalam kepala, bila abah cakap pasal Mekah, Madinah boleh terasa betapa kehangatannya, dari seorang yang benar menghayati dan cinta pada tanah suci.
Di bulan-bulan terakhirnya, abah dalam keadaan kurang sihat, tetap gigih ke surau dan masjid, tak sesekali tinggal solat berjemaah. Biarpun berusia, abah tekun menghadiri kelas-kelas pengajian, juga berinteraksi dengan masyarakat, sehinggalah beliau dikenali oleh jemaah di surau Islah, malah Imam boleh ingat di mana tempat duduk beliau masa kelas pengajian di surau!
Abah teman setia ke mana-mana
Kami senang pergi holiday bawa abah, bukan sebab nak lepas tangan minta jaga anak-anak, tetapi abah seorang yang berpengalaman dalam hidup dan tahu tempat-tempat di seluruh negara, senang kalau beliau ada di sisi, apa lagi kalau perlu apa-apa maklumat, abah tak teragak-agak bertemu orang tanya sana sini. Di jalan abah biasa buka cerita untuk memecah kesunyian. Dan memang abah ringan tulang, sedia buat apa saja untuk ringankan beban setiap orang. Angkat barang ke, berkemas, pantau anak-anak masa aktiviti semua abah sedia walau tak diminta. Dan setiap kali outing abah pastikan keluar duit saku sendiri, bayar makan malam, belikan anak-anak jajan atau cendera hati, ais krim, ada saja, pendekata abah memang tak senang join kami tanpa menyumbang apa-apa, begitulah abah.
Satu ketika kami menghabiskan sepuluh hari Ramadan di Kota Bharu. Seronok sebab satu keluarga, abah dan umi, adik beradik masing-masing ada. Kami yang datang paling awal bersama abah. Maka kami sama berbuka, solat tarawikh dan itikaf di masjid bersama abah. Ada satu agenda istimewa, berbuka dan itikaf di istana, memang abah tak ketinggalan ikut sama. Elok sekali ada abah, yang mudah berinteraksi dengan orang dan kami pun tak terasa asing di tempat yang asing ini. Abah sanggup tunggu, join semua aktiviti, sesuaikan diri dengan suasana, dan layan kerenah anak-anak yang masa tu masih agak kecil lagi, jadi taklah anak-anak ni boring. Ada saja nak dibuat atau dibualkan. Bila ada kesempatan abah berinteraksi dengan orang keliling, dengan sikap peramah abah mudah berkawan dan kami pun dapat bergaul dengan orang keliling dengan tanpa kekok.
Abah orang yang sangat punctual dan organised. Kalau janji jam 8, sebelum jam 8 dah sedia. Kadang jadi pressure pada kami, tapi baiknya, abah memang sentiasa sedia dan tak sesekali jadi sebab melengahkan perancangan orang lain. Bila bermalam bersama, awal sebelum subuh abah dah ready, kejut semua orang, bersiap solat.
Setiap pagi abah suka beli surat khabar, tak pernah miss….sebab itu abah sentiasa ikut perkembangan semasa, termasuk sukan, bola. Itu juga sebab anak-anak lelaki jadi teman setia abah, sebab ada subjek nak dibualkan. Kerap juga abah berjaga bersama cucu-cucu, tonton bola, ini pun cara abah meraikan cucu-cucunya. Tapi abah sentiasa pesan, kalau berjaga malam pun, awal Subuh dah berjaga jangan sampai tinggal solat.
Nostalgia bersamamu di mana-mana
Abah orang biasa, bukan tokoh besar masyarakat. Tapi abah telah meninggalkan kesan di hati orang. Tanya saja siapa pernah jumpa/kenal abah, tak lekang kebaikan-kebaikan abah di bibirnya. Sikap peramah beliau, keprihatinan dan ringan tulang serta semangat bermasyarakat di mana saja beliau berada menjadikan beliau mudah menyesuaikan diri serta menjadi ingatan pada yang pernah mengenalinya.
Sahabat-sahabat kami juga ingat kehadiran beliau di program masyarakat anjuran Ikram, di mana beliau hadir sama. Dan bila beliau hadir, kehadirannya dirasai dan orang sentiasa ingat, kerana sifat beliau yang mudah mesra serta prihatin.
Sebagaimana di sebut di atas, abah rajin mengikuti anak-anak dan cucu ke mana sahaja, dan buat kami bila abah ada sebenarnya lebih banyak yang mudah dan suasana lebih meriah. Apa lagi disebabkan kesibukan kami, dengan membawa abah bersama bila ada program atau bila kami ada plan holiday dan sebagainya, ia salah satunya cara kami raikan abah dan umi, dan selalunya abah bersikap mudah mengikut. Rupanya ingatan terhadap abah begitu kuat kerana kehadiran beliau di mana sahaja tempat yang kami lawati hingga sebut sahaja di mana, di situ ada wajah beliau.
Malah di hospital tempat kerjaku, tahu kah anda, siapa orang yang pertama menemanku sampai ke hospital HUKM untuk temuduga dengan Pengarah hospital? Tidak lain abah – sebagai orang yang memang buta KL, bantuan abah diperlukan untuk sampai ke sana, adikku Esa memandu kereta. Pada hari-hari terakhir, sewaktu kami menghantar Ajwad ke airport untuk penerbangan keesokannya – kebetulan anak sulung kami Widad pun baru pulang dari UK petang sebelumnya – untuk memudahkan kami menyewa di hotel Sama-sama semalaman. Sewaktu duduk berehat sebentar di bilik, segera terbayang ingatan bersama abah satu masa yang agak lama dulu – mungkin 10 tahun lepas? sewaktu itu abah dijadualkan terbang ke Madinah untuk umrah tetapi penerbangan ditangguh, dan beliau bersama jamaah lain diberikan penginapan semalam di hotel Pan Pacific bersebelahan hotel (kini dikenali Sama-sama).
Jadi Jurucakap
Di kalangan adik beradik abah disegani. Abah sentiasa jaga hubungan baik malah abah yang bersungguh menyatukan adik beradik sampai satu ketika ada majlis bulanan, bertukar ganti dari satu rumah ke rumah yang lain antara adik beradik.
Kerap kali bila adik-beradik abah berkumpul, abahlah yang diminta beri ucapan, memimpin baca doa, tahlil, solat, takbir raya dsb. Sebab kedudukan abah sebagai Imam di surau, juga abah sebagai mutawif, menyebabkan adik beradik memandang tinggi pada kebolehan abah.
Bukan sahaja di kalangan adik beradik, saudara mara lain, dan jiran begitu juga mempercayai abah. Abah kerap diminta menjadi jurucakap pihak keluarga di majlis pertunangan, pernikahan dan lainnya dan abah seorang yang pandai bercakap dan berbincang menyebabkan beliau seorang yang sentiasa disegani. Juga sebab abak seorang yang teliti, selalunya sebelum sesuatu majlis atau peristiwa, abah akan survey dulu, dapatkan maklumat dan pastikan setiap perkara yang perlu tak dilupakan.
Saat terakhir
Aku buka semula dairi. Semuanya berjalan pantas. Bila kurenung semula, timbul rasa kesal dan terkilan kerana banyak perkara kuabaikan. Kenapa tak buat begini begitu untuk abah…dan yang paling dikesali kerana kurang bicara pada abah…sedikit sekali kalimah memberi ketenangan, ucapan-ucapan semangat pada abah yang sedang menderita sakit….ya Allah lemahnya diri ini. Dengan banyaknya jasa-jasa abah dan kesan peninggalannya, aku rasa begitu kecil dan kerdil, dan sedikit sekali aku membalas kebaikan-kebaikan abah.
Telah agak lama juga abah sakit, terutamanya di bahu belakang. Batuk hingga muntah. Sewaktu itu aku tiada di kawasan, terpaksa minta sahabat datang beri suntikan untuk kurangkan sakit abah. Akhirnya setelah berbincang abah setuju untuk masuk ke hospital dapat rawatan dari pasukan paliatif. Team paliatif ni bagus dan ada buat lawatan di komuniti juga.
Abah dimasukkan ke wad pada 28 Februari. Beberapa hari di wad, discaj 3 hari kemudiannya. Team paliatif telah datang ke rumah berkali-kali, di samping itu memberikan bantuan katil, komod dan lain-lain keperluan harian. Sedikit sebanyak nampak abah lega dan dapat tidur.
Anak-anak pula telah bertemu peguam atas nasihat team paliatif, peguam datang ke rumah, sempatlah abah menurunkan tandatangan untuk hibahkah harta-harta yang ada pada umi sebagai pemegang amanah.
Setiap hari anak-anak dan cucu datang. Kami panggil anak-anak dari seberang laut, Ajwad dan Widad untuk balik bertemu Tok Ki.
Masa pantas berlalu…biarpun setiap hari begitu terasa berat dan pedih…pedih kerana kasihan pada abah yang kesakitan, nak batuk susah, nak bergerak di atas katil pun sukar, dan hilang suara …di saat akhir abah dah tak boleh bersuara, hanya guna bahasa isyarat yang menyebabkan komunikasi amat sukar. Terasa umi tertekan dan murung, dan anak-anak juga hampir hilang punca. Bila abah dah terlantar di katil…terasa lebih sukar untuk buang air pun perlukan bantuan, tapi tidak mudah sebab nak mengangkat abah kena berhati-hati disebabkan bahunya yang sakit. Apapun kami kuatkan kesabaran dan cuba fahami abah. Tak lekang anak-anak peluk abah, berbisik pada abah dan masing-masing baca Quran dan sentiasa berdoa…
Abah telah pergi menemui Ilahi pada 21 Mac 2018 bersamaan 3 Rejab 1439 (Rabu) jam 3.30 petang.
Ya Allah kasihanilah abah kami. Sesungguhnya kami menjadi saksi abah seorang insan soleh dan telah hidup untuk Mu, banyak kebaikan-kebaikannya, amal soleh, haji dan umrahnya, solat dan Qurannya, puasa dan kebaikan beliau pada manusia dan ramai manusia yang juga menjadi saksi. Ampunkanlah abah kami, tenangkanlah ia di alam barzakh, luaskan kuburnya, permudahkan kehidupannya di sana sebagai kehidupan yang lebih baik dari alam dunia. Kurniakan padanya pahala yang berterusan dari amalan-amalan kami. Kumpulkan ia bersama para solihin. Aamin.

Gabungan Bikers Ikram dan TM bina surau Orang Asli di Tapah

Sabtu 31 Mac 2018 bersamaan 15 Rajab 1439 terukir sejarah di perkampungan orang Asli Woh Intake, Tapah. Sebuah surah yang comel telah terbina, hasil dari sumbangan sukarela dari rakyat Malaysia. Surau ini dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat Pertubuhan Ikram Malaysia (i-Bantu) Prof. Madya Dr. Ainol Lutfi Abdul Latif. Yang menambahkan keunikan surau ini adalah kerana, ianya bertitik tolak dari usahasama dua kelab motosikal MyIkram Bikers (MIB) dan TM Bikers.
Ironinya, pada hari yang sama, Harian Metro telah menyiarkan tajuk berita ‘Gian 200km/j’ yang mengecam penunggang motosikal  dan kereta berkuasa tinggi yang menjadikan beberapa laluan jalanraya di negara ini sebagai litar perlumbaan untuk menguji kebolehan jentera mereka.


Berlawanan dengan apa yang digembar gemburkan oleh media rakyat, jauh di banjaran Titiwangsa yang dikelilingi hutan dan laluan sukar, ada kumpulan bikers yang menggunakan jentera mereka untuk perkara yang soleh, malah memberi manfaat dan kesenangan kepada masyarakat. Contohnya gandingan MIB dan TM Bikers, dengan izin Allah mereka telah melancarkan projek mulia ini sebagai sebahagian usaha dakwah kepada masyarakat orang asli.
Ia bermula pada bulan Mei tahun lepas, bila TM Bikers bersama MIB dan gabungan Ikram Putrajaya dan Ikram Batang Padang Perak, menganjurkan majlis berbuka puasa bersama masyarakat orang asli di Batu 14, Tapah. Pada waktu tersebut mereka sempat beramah mesra dengan penduduk tempatan, serta beberapa orang petugas JAKIM. Melalui maklumat yang didapati mereka mengenalpasti terdapat keperluan untuk membina sebuah surau di Woh Intake.
Bermula dari detik ini, Sdr. Haji Zulkarnain Mohd. Ghazali, seorang otai biker MIB, telah mengambil inisiatif mengetuai projek pembinaan surau ini dengan menggabungkan MIB, TM Bikers disokong oleh Ikram Batu dan Ikram Batang Padang juga JAKIM daerah Tapah. Tabung Pembinaan surau ini telah dilancarkan oleh iBantu (Ikram) yang pada asalnya mensasarkan kutipan RM95000, walau bagaimanapun jumlah akhir yang diperlukan mencecah lebih RM130,000. Dalam masa yang agak singkat sumbangan dari orang ramai telah terkumpul dan projek ini bermula semenjak hujung tahun lepas.
Tidak semudah yang dijangka, kerana lokasi Woh Intake yang terpencil, dan akses yang terhad, projek pembinaan ini menemui banyak cabaran dan ujian. Namun, sekental bikers ini yang ramainya telah berpengalaman merentas sempadan sebagai ‘overlander’ tidak langsung gementar malah berusaha gigih untuk memastikan surau ini siap dibina sempurna. Ada yang berulang setiap minggu dari KL, bermalam di kawasan ini untuk memastikan kerja-kerja pembinaan berjalan lancar, ramai yang mengeluarkan wang sendiri, merelakan kenderaan 4WD mereka digunakan untuk tujuan pengangkutan, malah mengorbankan waktu bekerja (cuti) untuk datang bergotong royong.
Antara detik mencemaskan bila ketua tapak surau ini kemalangan (memerlukan pembedahan) yang menyebabkan kerja-kerja binaan tertangguh lebih seminggu. Kemudian berlaku pula kejadian tanah runtuh, di laluan masuk menyebabkan kegagalan membawa masuk bahan binaan untuk seketika. Biar apapun, tersergam indahnya surau ini melambangkan kekentalan bikers dan gabungan kerjasama pihak-pihak terlibat yang mahu melihat rumah Allah tertegak di Woh Intake, menjadi saksi ke atas pahala berkekalan untuk mereka.
Padi pagi Jumaat dan Sabtu berlakulah ‘flag off’ atau perlepasan kumpulan bikers ini dari Menara TM (dan R & R Rawang pada Sabtu). Lebih 30 motosikal turut serta. Presiden MIB, Syed Ghazali Hassan bersama 7 orang bikers MIB berkumpul di R & R Rawang sejak 6.30 pagi lagi, diikuti dengan kumpulan TM Bikers diketuai Saudara Zaimi dan Naib Presidennya, dan beberapa kenderaan 4WD juga mengisi konvoi ini, tidak ketinggalan penunggang basikal dari TM Cyclist yang mengayuh dari Masjid Batu 3 Tapah ke puncak di Woh Intake.

Penulis sendiri merasai pengalaman mendaki dari Batu 3 ke Batu 8 di mana Woh Intake terletak, seterusnya menyusur hingga ke Pos Musuh yang berhampiran dengan sempadan Perak-Pahang, bersama-sama kumpulan MIB. Ride yang cukup mencabar, cabarannya di sini hanya setakat melepasi laluan ini dengan kelajuan paling minima…laluan yang beralun, sempit serta dipenuhi batu-batu dan lopak tidak memberi ruang untuk melakukan kesilapan, atau anda bakal berakhir di gaung maut atau tersangkut di longkang. Beberapa pemandangan menarik seperti gunung ganang dan sungai yang menyejukkan mata di sana sini. Sewaktu perjalanan pulang, turunlah hujan lebat. Laluan yang sempit, berlopak dan batu kini ditambah dengan hujan lebat yang menghalang pandangan menjadikan perjalanan pulang penuh debaran. Alhamdulillah kami semua selamat melepasai laluan ini dalam keadaan basah lencun.

Video ride dari Pos Musoh

Video 1

Video 2

Pihak-pihak yang disenaraikan terlibat dalam projek pembinaan surau ini ialah MIB, TM Bikers, i-Bantu, Ikram, JAKIM, JAIP.

1000 corners, 100000 charity…

Kepulangan 17 hero 1000 corners MyIkram Bikers

Hari ini 17 hero bikers MIB tiba dengan selamat ke tanahair setelah melepasi 5000km perjalanan (termasuk air travel) ke Chiang Mai & 1000 corners.
Lama sudah disebut2 dan menjadi aura para bikers, tapi tak pernah sampai. Akhirnya menjadi kenyataan bila MIB menjadikan 1000 corners ini destinasi kembara Brothers Beyond Borders 3.0. Seramai 17 bikers ditemani 4 pilion turut serta.

Pada saya ada tiga objektif BBB3 ini:
Memenuhi ‘undangan’ Ustaz Nasir penaung sekolah Islam Civilize Pattaya di Chiang Rai untuk menziarahi serta menyampaikan sumbangan yang berjumlah lebih RM12600 (100000 baht) (juga sumbangan2 lain yg sampai awal atau material spt sejadah). Sekaligus dapat menziarahi serta memberi motivasi anak2 pelajar sekolah ini yang terdiri dari penduduk lokal berbagai latarbelakang termasuk yang bukan beragama Islam.
Misi kedua untuk menjelajah destinasi baru yang memberikan pengalaman serta meningkatkan skil pengendalian motor sebab antara cabaran utama seorang biker ialah menangani pelbagai koner dengan cekap dan selamat walau tak semestinya laju. Buat biker yang masih struggle melayan koner macam saya ianya satu pengalaman amat bermakna dan dapat ‘concur’ fobia yang selama ini menghantui diri bila berdepan dengan koner. Ia tak mesti menjadikan anda expert tetapi hampir pastinya seorang yang lepas cabaran 1000 koner ini punya konfiden yang lebih dalam melalu pengalaman seharian ride.
Misi ketiga ialah ‘brotherhood’ itu sendiri yang menjadi moto MIB. Kerana misi ini membuka luas makna ukhuwIMG-20180123-WA0042IMG-20180123-WA0040ah Islam dengan misi menziarahi komuniti Muslim Chiang Rai dan di tempat2 persinggahan lain kerana di setiap tempat selain Chiang Rai kami bertemu dan beramah mesra dengan saudara seagama. Di samping mempraktikkan amalan solat jamaah setiap waktu tak kira di jalanan, di Subuh hari maupun di airport. Dan pastinya kembara ini merapatkan ukhuwah antara para peserta serta masing2 dapat berkongsi dari rakan2 berbagai ilmu dan pengalaman ride dan umumnya pengalaman hidup.

Di sebalik berbagai cabaran yang dilalui mereka berjaya menamatkan ride lebih 1100 km bermula Chiang Mai – Chiang Rai – Mae Sai – Chiang Mai – Pai – Mae Hong Soon – Doi Inthanon – Chiang Mai.
Tema ride kali ini tak lain tak bukan dari melayani 1864 koner yang paling terkenal di dunia – koner yang dialuni dengan bukit & gunung, lembah & lurah, gaung yang mengerikan. Bermacam koner yang sukar ditemui di tempat lain semuanya ditempuhi – koner berbentuk L, C maupun U, lereng (positive/negative camber), blind corner, koner bersalut lumpur, batu & pasir semuanya dilalui malah menempuhi laluan berkoner ini diwaktu malam yang gelap.
Perjalanan mereka tak sunyi dari berbagai rempah ratus termasuk kemalangan – 4 buah jentera yang jatuh/eksiden (2 kerosakan agak teruk), motor rosak terpaksa tolak motor sepanjang jalan (10km), tersesat jalan & terpisah dari kumpulan, dan kehilangan barang
(cuba menjejak barang hilang berjam2) begitulah pengalaman mencemaskan lucu pun ada.

17 hero 1000 corners

Tidak dinafikan kembara ini telah melahirkan atau menyaksikan hero2 dalam berbagai karakter, tahniah kepada mereka semua anugerah 5*
Pak Syed – rider kental dan berani🤠. Sebab disebalik jatuh bike & kemalangan – cedera/sakit bahu serta trauma kerana kemalangan tersebut di waktu malam – beliau tak sekali2 lemah semangat tetap teruskan sehingga hari terakhir berjaya menamatkan kembara 1000 koner ini.

26907404_1437007539742858_17184973078839117_n
Mokhtar HD48 – satu2nya Super Rider 🏍yang menamatkan 1000 koner dengan menolak motor! Pertama kali ride di Thai – di sebalik mengalami kerosakan motor (clutch rosak) dan terpaksa menolak motor sejauh 10km beliau tetap berjaya menamatkan ride ke Mae Hong Son. Terpaksa menjadi pilion rider ke Dai Inthanon – Chiang Mai namun beliau tabah dan tetap ceria tidak putus asa.
Sepasang anak muda – Ammar & Ahmad – layak di anugerahkan title Most Adventurous riders😎 – kerana berani dan selamat pulang di sebalik cabaran berulang alik sepanjang laluan Dai Inthanon menjejak barang hilang – menempuh bermacam peristiwa – tersesat dan mengulang laluan 3 kali, jatuh motor, terbabas, hilang spek dan terpaksa berpatah balik, kehabisan minyak, terpaksa menempuh laluan koner dan gunung ganang Dai Inthanon di tengah malam gelap gelita syukur mereka berjaya menjejak beg yang hilang  (terima kasih makcik Thai yang jujur!). Mereka juga ride jarak paling jauh kerana sesat dan berulang alik laluan koner tersebut😂
Anugerah Superb & Most humble Rider pada Rosli – kerana berjaya menamatkan 1000 koner dan ride sejauh 1100km hanya berbekalkan scooter Yamaha NMX 155cc😁.

IMG-20180122-WA0125

Biker osem, Marshal & Guru yang peramah & maco bro Zaimi beliaulah nadi utama Greatest Hero 1000 corners ini💪🔥off course rider yg osem & berani koner sambil sapu lantai😎 kami ucapkan tahniah, jazakallahu khairan we love you bro!!
Tak lupa Chief Zul😍🔥 konvoi leader/planner juga rider yg cekap & kental overlander maco🏍🤠

IMG-20180122-WA0173

Penghargaan yg tinggi pada Aidil Yasin yg mengorbankan diri sbg lastman….utk pastikan semua riders ride & sampai dgn selamat. Tak mudah peranan ni sebab semasa orang lain enjoy melayan koner dgn bermacam2 style beliau terpaksa menahan sabar escort riders2 lain di belakang….sesekali boleh sprint ke depan pulas throttle tapi apa2 berlaku semua lastman yg kena. Berbeza dengan ride MIB sebelum ini, 1000 corners adalah The Ride yang jadi impian semua pastilah bila sampai di sini setiap orang nak praktis skil ride terbaik beliau maklumlah sampai ke sinipun sekali dua saja seumur hidup.
Beliau layak dianugerah Most Patient Otai rider😉💪.
Dr Azmi – Guru dan Marshal MIB memang tak asing lagi dan merupakan seorang hero ‘Golden Trio’ MIB 💪👨‍✈️(dua lagi anda tau iaitu ZMG & AAY). Kehadiran beliau disetiap ride BBB adalah kemestian sebab beliau cukup mahir dengan laluan di Thai juga otai yang cekap dan pantas, beliau sangat mengutamakan keselamatan bikers dan di setiap ride memberi tunjuk ajar dan feedback terutama tentang gaya dan teknik pemanduan dan lain2 aspek ride.
Masri, biker yang cool dan berpandangan jauh, juga bendahari yang bijak👨‍💻💵.
Syam – biker yang expert dan paling banyak membantu di jalanan – Most Proficient biker 🏋️🏇 dan Quick Fixer🚒🎖 kalau ada bike rosak beliaulah orangnya. Beliau juga guru biker yang cekap dan rajin membantu yang lain. Malah beliau gagah ‘towing’ bike Mokhtar yang mengalami kerosakan clutch sepanjang 10km. Ini satu skil yang ‘rare’ terutama beliau sendiri membawa pilion dan perjalanan melalui lereng bukit yang curam.
Asri seorang biker muda yang punya ‘passion’ yang tinggi dalam dunia permotoran, telah menjelajah Thai puluhan kali. Hobinya cecah lutut masa koner. 🤸🏻‍♀️Highly proficient rider
Ridhwan anak muda biker yang cekal dan berani selalu di hadapan – sprinter dua org anak beranak ni🏎🏹
Zainal biker yang cool dan cermat biarpun beliau juga mengalami eksiden (jatuh kerana tarik brek emergency) tetapi tetap cekal dan tabah menghabiskan kembara dengan jayanya.
Al Amin doktor pakar bedah biker yang cekap dan bercita2 tinggi. Beliau seorang yang pemurah dan memberi sumbangan material terbesar di antara bikers yg turut serta. Biker pemurah tp bike dia memang mahal🏍😎
Anugerah biker penyayang💑 pd Tuan Mohamad KKB yang berani bawa isteri sbg pilion menakluki 1000 corner bawa bike pun mmg melekat berdua😍 walaupun bike yang kecil & cc kecil tp tak jadi halangan.


Buat saya sendiri amat bersyukur selamat walaupun ada jatuh separuh bodoh😜 kejadian berlaku selepas bertukar bike saja2 – macam cari pasal pula di pertengahan jalan sedang hangat koner tukar bike…apapun saya anggap ianya takdir yang mengajar serta menambahkan pengalaman. Kalau nak cari moment kantol memang banyak sekali..ala2 overshoot, koner salah posisi semua tu saya lah jadi memang takat lepas saja. Apapun saya amat menghargai pengalaman ini dan banyak belajar dari otai2 semua dengan itu saya ucapkan berbanyak terima kasih atas tunjuk ajar & persahabatan ini.
Sebenarnya hidup kita ini macam 1000 corner…ianya cukup mencabar – bukan untuk kita give up tapi dengan usaha bersama masyarakat dan ummah kita akan dapat memperkasakan Islam dan mencapai matlamat kehidupan sebagai insan.

 

 

Polymer Free Angioplasty Training – Stentless PCI era is back!

Short anecdote of the Polymer Free Angioplasty Training weekend symposium in Taiwan

It so happened that just a day before the DEB (or DCB more accurately) Symposium, Abbott Vascular made an announcement to discontinue the sale of Bioresorbable Vascular Scaffold (BVS) stent, citing the reason of poor sales figure lately. BVS, or later called BRS (bioresorbable scaffold) has been embroiled in serious setback when the result of ABSORB III was result, showing the BVS was inferior to Abbott’s DES Xience V (increased rate of TLR and stent thrombosis). What does this mean to the intervention community – while there are still emerging BRS stents around (Macmarris/Desolve), data is still very early and the fate that has befallen Abbott’s BVS has somewhat made interventionists less enthusiastic in the use of this technology. Is the sudden withdrawal of BVS going to make drug coated balloons a more popular option in polymer free angioplasty, certainly the potential is there.

BVS was at one point a success story, dubbed as the future standard in treating coronary lesions, hence it rose to popularity fast (till the unexpected result of latest study threw doubt into its role). The story is very different with Drug Eluting Balloon, DEB (now in this symposium, Dr. Bruno Scheller the founder of this technology, suggested that the term DCB which stands for Drug coated Balloon is perhaps more appropriate since the balloon does not really elute the drug like the way the DES do, rather is has carrier of the drug (in this case Paclitaxel) coated on the balloon. For this purpose, in the rest of the article I shall use the latter terminology).

IMG-20170909-WA0043

DCB started in a ‘small way’ with trials comparing it against POBA (plain old balloon angioplasty) in instent restenosis, progressing steadily with series of clinical trials many of which recruited small number of patients. Underpublicity perhaps, and the aggressive campaigning by DES manufacturers have overshadowed the potential of this technology. The interventional cardiology community slowly adapting to its use worldwide, yet in many countries, it is still not reimbursable by the authority as it is regarded as a less viable option in treating coronary stenosis as compared to stents.

 

Back to where it begins, balloon angioplasty

This is how we started, remember, the Father of angioplasty Gruntzig, who dilated his first patient’s LAD with a balloon, and it lasted for almost 20 years? That was the time when coronary angioplasty was developed, balloon angioplasty soon became the early generation interventionist’s only tool to treat coronary stenosis. Then in early 1990’s bare metal stents were developed which took coronary intervention to its next phase, as cardiologist began treating more coronary lesions.

Limited by its high rate of restenosis, that was how Drug Eluting Stents (DES) came into being, opening a new era of PCI with improved long term results. Alas, there was a problem, restenosis becoming less yet still happening, there was a new problem, when in 2006 the European Society of Cardiology published studies showing worrying trend of increased stent thrombosis among recipients of DES (comparing to those of BMS). Furthermore, patients treated with DES would be mandated with dual antiplatelet therapy (DAPT) and this itself put a limitation to DES use, as the threat of bleeding or stent thrombosis when the DAPT interrupted for reasons of patients undergoing surgery or non-adherence to therapy.

Polymer, and non-endothelialised portion of stents were thought to be among the culprits underlying stent thrombosis. Besides, injury to vessels and loss of vasomotion, or permanent scaffold rendering vessels unsuitable for coronary bypass when it is required, stand among disadvantages to stent technology.

Since antiproliferative drugs have become the new standard in reducing long term restenosis, various technologies were developed in order to deliver the drugs to coronary lesions, with potential reduction in thrombosis – drugs without polymer, or biodegradable polymer, use of endothelial progenitor cells (EPC) capture (Genous stents), bioresorbable stents, or drug balloons instead of stents.

Comes DCB – an old balloon technology renewed, and packaged with drug delivery claim to prevent restenosis just like the DES, in a slightly different way. It offers a more tageted therapy and homogenous drug delivery to the vessel, without the need of polymer or scaffold. By doing this, you eliminate the need for a prolonged DAPT, a 4 weeks course is adequate (some claim a much shorter period of coverage may be possible). The matrix coating consist of PACCOCATH which is a mixture of contrast medium (iopromide) and antiproliferative paclitaxel.

 

Clinical trials on DCB

There had been a steady progress in the clinical trials involving DCB. Among the first ones were trials comparing it to POBA for ISR. Later, it was put head to head against the then DES, paclitaxel eluting stent (Taxus). The short conclusion from these series of studies suggested that DCB is comparable to PES, and superior to POBA. At a later stages, following this success, they moved on comparing to a second generation DES, Sirolimus and everolimus based DES. All these were trials on ISR patients. At a slightly later stage of development, they began investigating DCB’s role in de novo lesions, small vessels and bifurcation.

In a meta-analysis of studies comparing DCB against DES for DES-ISR – concluded that DCB is non-inferior to DES in the treatment of DES and BMS ISR. This metaanalysis pooled 6 studies including that by Alfonso et al called RIBS IV. Why I mentioned RIBS study in particular because all the other studies have concluded that DCB is non-inferior to DES. Most of them compared DES was PES (paclitaxel) for the treatment of ISR. How about modern day gold standard or the best DES used to treat DES ISR? So RIBS IV is such a study that compared DCB vs EES (Xience Prime DES) among patients with ISR lesions >50%. The outcome? Needless to say, the study concluded that among patients with DES-ISR, EES provided superior long-term clinical and angiographic results compared with DCB. The difference were mainly driven by freedom from MACE (repeat ISR) and TLR (target lesion revascularisation). Looking at the soft endpoints (angiographic) all parameters such as minimal lumen diameter (MLD), restenosis and acute luminal gain favoured EES.

IMG-20170909-WA0077

Remember how paclitaxel DES (Taxus) slowly disappeared from the market, even despite the success story of SYNTAX trial (modern day comparison of CABG vs PCI)? None else but Abbott’s Xience V DES in a series of SPIRIT trials (SPIRIT III & IV) proven the superiority of Xience over Taxus in reducing primary endpoint of target vessel revascularisation, also cardiac death, and stent thrombosis. Beaten by a better, newer generation limus based DES, paclitaxel based DES met it end by 2011/12.

However the story was a bit different with DCB. Though RIBS IV study suggested the superiority of DES over DCB, it did not consign DCB out of the scenario completely. Furthermore, expert in the use of DCB have differing opinion, and perhaps there were specific reasons why the DCB seemed inferior, and question regarding the achievement of optimal result during the procedure may have somewhat explained the less than ideal outcome for DCB (operator dependent?).

Nowadays, they strongly advise the use of scoring balloon (some similarity with cutting balloon) as part of the protocol in vessel preparation prior to using DCB, and there were some studies showing superior results following the usage of scoring balloons. Furthermore, ‘geographic missmatch’ is a common thing, when the coverage area treated by DCB is inadequate, resulting in a later increased in target lesion failure.

What the experts highlight on the advantage of DCB is its low late lumen loss (0.2-0.4mm) and late lumen gain or enlargement (as found by Kleber et al). This explained why the immediate result of DCB may not be cosmetically attractive compared to stent, however, the lumen remain patent over time, or grow larger!

 

Expanding the usage of DCB

The most established use of DCB is in the treatment of ISR either associated with BMS or DES. Treatment of small vessels is another definitely promising area, which was supported by several studies including international registry ‘all-comers’ study on DCB (including various groups of lesions including ISR, de novo lesions, diabetics etc), and SVD (small vessel disease) registry – both showing low TLR rate, MACE rate and stent thrombosis.

Other uses – in diffuse long lesions, DCB offers an attractive solution whether alone, or combined (hybrid) with DES. Bifurcation lesions – another interesting area, the study suggested that it is better than POBA. Since the conclusion from many bifurcation studies favoured one stent strategy (except exceptionally large side branch vessels), one could apply DCB instead of usual POBA to improve the long term result.

 

FIM Sirolimus DCB

So far we have been talking about paclitaxel based DCB. Since the trend in DES favouring limus based technology, and a complete disappearance of paclitaxel, this enhances the perception in the intervention community that limus is always superior. Hence the question why not limus based DCB? There had been a number of attempts at promoting this limus based DCB, and Bbraun as the most successful manufacturer of DCB (paclitaxel) did not miss the opportunity of developing sirolimus DCB.

Initial data (first in man study, Malaysia, lead by Dato Rosli Mohd Ali) showed very low late lumen loss of 0.2mm. However the overall data on outcome (target lesion failure, MACE) was similar – albeit the study is awaiting completion of recruitment and follow-up. (caution though, number of subjects quite small, 25 in each arm). This lead to the question on what’s the future would be? What if sirolimus DCB is really proven similar to paclitaxel DCB, would interventionist move into this new platform instead? Any hidden advantage of paclitaxel? Years have passed and paclitaxel DCB is gaining good ground, hence its going to take a major head to head study before opinion swing could take place.

 

Other issues highlighted during the Symposium

What is the trend of usage of DCB in Malaysia. From the NCVD registry, there has been a steady increase in the use of DCB for PCI, currently stand at 8.6%, projected usage in 2017 is at 10%! Interestingly, out of this figure only 4.2% were ISR, means more usage of DCB for de novo lesion which signals its increasing acceptance among interventionists.

Do not be surprised though, if you ask those experts DCB like Bruno Sheller, Bonaventura or Kleber, they would quote figure as high as 40-50% of DCB only strategy in their daily PCI. This would even include CTO, ACS or proximal LAD lesions.

In ACS though, most of the experts agree that DES is still the gold standard, since in ACS patients establishing immediate vessel patency is the prime goal, furthermore high thrombotic burden in the coronaries would still best be served with DES.

Among cases whom unfortunately treated with DCB resulted in significant coronary dissection (grade C above), the consensus now is to implant DES (rather than BMS), though you may still go for ‘spot stenting’ strategy in order o minimise stented segments.

Meticulous lesion preparation is the key to successful DCB strategy. Adequate predilation to reach vessel size of 0.8 to 1.0 is necessary, use of cutting or scoring balloon is encouraged. The DCB ballon itself, should be used for the sole purpose of delivering the drug, not maximising vessel size. Therefore the correct strategy is to try as much as possible to use a matching size of predilation before finally applying the DCB. Remember you must spend not more than 30 seconds (or 60 maximum) to deliver the DCB, from the time the balloon gets in contact with the contrast/blood.

In bifurcation lesion, if DCB is to be used for the side branch, ideally following side branch vessel preparation, DCB is to be applied first, then proceed with stenting the main vessel. OR, treat the main vessel with DCB as well, which is an acceptable alternative.

There was discussion whether or not calcified diffuse lesions should be treated with DCB. The anwer is why not, especially if the lesion has been cracked with balloons (predilation), or the use of cutting or scoring balloon. Yes it should work, indeed in a situation of long diffuse calcified lesions when perfect vessel preparation leading to stenting could not be done, use of DCB as alternative may give a good solution.

 

When DEB should not be used

LMS

Proximal LAD – has been done successfully!

Dissection grade C or higher

In ACS esp high thrombus burden

Recoil post dilatation

Had been mentioned above, but repeated for clarity.

 

Now it is a matter of believe or not, or whether you are a full time believer, or part time believer in this emerging technology.

However, besides all the above points, many of the delegates did express their concern on the high cost of DCB, which in some cases is more costly than DES. In this regard I do agree and support the campaign to reduce the price of this device in the near future.

 

MY PRESENTATION

I presented a session entitled: HYBRID DEB and DES (should have read DCB). Basically its about combining DCB with DES during PCI which you may encounter for instance in a very long diffusion lesion when total DCB not possible, or when during POBA/vessel preparation you incidentally cause coronary dissection (bail out), also during bifurcation lesion PCI.

Full presentation on the this link of slidshare

Cerita Ride ke Surat Thani Thailand bersama Ratpack (Triumph Malaysia)

DSC01920
Inilah wajah-wajah bikers dan pilion seramai 14 orang yang menganggotai kembara MyRatpack Khao Sok Ride ini dari kiri anda Haji Jabar, Hj Lokman, Arie, Zakiah, Uncle Raj, Wan, Oteh, Glen, Din, Melvin, Neil, Abby, Daouih (Firdaus) & Haji Rashid

Saya memang sengaja tak mewar-warkan cerita kembara bersama Ratpack ni…tak masuk FB, ada cerita sedikit dalam Insta tu je.
Tujuan utama saya join Ride ni, nak luaskan pengalaman ride dan mengenali Ratpack ni lebih dekat. Buat sesapa yang tak tau apa itu Ratpack – Riders Association of Triumph camtu lah, di Malaysia ni di bawah FB, bukan Facebook, tapi Fastbike Malaysia, owner Dato Razak Malique.
Dalam group ni ada 12 riders dan 2 pillion. Semua memang ride Triumph bikes, sebab itulah syaratnya. Kebanyakannya Triumph Tiger XC atau XR, ada 3 XR, 6 XC, 1 Explorer, 1 Bonneville T120 dan 1 Street Triple R pun ada. Tetapi, jadi lumrah Triumph riders ni memiliki lebih dari satu Triumph bike, contoh seorang tu ada satu Tiger XCX, dan sebiji Explorer (keduanya adventure bike), seorang lagi ada Triumph Tiger, juga Triumph Trophy (Sport Tourer). Sementara seorang biker lagi, ada sebiji Triumph Tiger XRX, dan Street Triple – saya lah tu!
Rata-rata bikers ni menyatakan rasa puas hati dengan Triumph bikes, dari segi kualiti dan prestasi boleh tahan. Dia orang juga suka dengan komuniti Ratpack ni, di bawah Fastbike Malaysia, yang memang aktif dan banyak invest untuk ahli-ahli, contoh event yang dianjurkan seperti di Pulau Pinang, malah di HQ Fastbike sendiri di PJ, memang kerap, jamu kambing, durian macam-macam lagi. Program ride memang banyak, dan banyak yang dapat sponsor dari Dato Malique, itu yang bikers rasa teruja.
Macam ride ke Khao Sok ni, seperti yang disebut oleh Marshal, Arie, boleh dikatakan ride VIP, tinggal pun di resort yang cantik, ada agent yang handle booking hotel, makanan semua setel, ada backup 4WD lagi (biasanya sampai sebelum kami) untuk bantu semua urusan menginap dan makan serta tempat-tempat menarik. Kebetulan ada seorang biker ni tiada topbox pannier pun tak, jadi takat bawa backpack sambil ride, dengan adanya backup 4WD ni mudah saja dia tumpang beg dalam kereta sampai lah ke border Sadao.
Antara Tempat di lawati ialah Pattalung, Khao Sok National Park, Chieo Lan Lake (termasuk boat tour), Tale Noi, Songkhla Lake, Hatyaii. Dua resort tempat kami bermalam, mempunyai tarikan sendiri – Pakpra Resort (Pattalung) dan Cliff & Jungle Resort (Khao Sok) dengan pemandangan dan sekitar yang unggul.
Jarak ride sebenarnya tidaklah terlalu jauh, kira-kira 2200km roundtrip – dalamasa 5 hari! Malahan ada salah satu hari ride dalam 100km sahaja…itu agaknya apa yang disebut oleh Arie VIP ride…memang relaks kalau nak dikira dari segi jarak. Biarpun begitu ia cukup padat dan bermakna, lebih penting kerana majoriti jentera yang join ialah Triumph Tiger, saya anggap ride ni satu ‘real life test’ untuk Triumph Tiger yang mana saya salah seorang pemiliknya. Terbukti jentera ini memang osem, tiada apa masalah sepanjang perjalanan dan semua bikers berpuas hati dengan jentera masing-masing. Oleh kerana ini kali kedua saya merentas sempadan dengan Tiger XRX milik saya ini secara langsung memberikan keyakinan jentera ini cukup mampu untuk perjalanan jarak jauh seperti ini. Ada cerita lebih lanjut kemudian nanti.
Tetapi bukan itu saja, banyak yang saya dapat pelajari di samping mengenali rakan-rakan baru dari berbagai latarbelakang. Seorang adalah multimillionaire, bekas GM Petronas, Eksekutif Bank, bekas racer, macam-macam lagi. Ada 2 orang British, seorang Chinese (Cement industry), seorang Indian, seorang keturunan Siam dan yang lain Melayu.
Apa yang saya dapat pelajari, dari segi masa. Mereka memang mementingkan ketepatan masa, semuanya sharp, on time. Nak ride, tayar golek, memang kena on time, kalau berhenti makan, minum, refuel, semua ikut plan. Nak makan malam, breakfast pun kena on time, buat ramai-ramai satu group. Sebab itu apa yang dirancang berjalan baik, dan selalunya memang sampai ke tempat dituju lebih awal dari yang dijadualkan. Marshal sentiasa pastikan semua riders bersedia dan tahu tempat nak dituju. Sebelum pergi lagi semua ahli dah dapat makluman terperinci setiap destinasi, dengan drop pin lagi.
Organisasi ride pun bagus. Marshall yang didepan menentukan tempo ride, walaupun ada ‘middle man’ yang backup riders yang berada di tengah-tengah kumpulan, dan juga ‘sweeper’ yang selalu duduk paling belakang, pastikan semua rider ikut route yang dirancang dan takkan sesat. Memang betul, sepanjang ride tak pernah ada yang tersesat. Cuma ada sekali, dua riders lewat, rupanya sweeper sendiri mengalami masalah puncture, kena repair, dibantu oleh seorang rider lagi, itu saja punca lewat, tapi tidak pernah ada yang sesat atau sangkut di mana-mana.

20170806_102758
Dari aspek ride sendiri, saya banyak juga belajar…maklumlah selama ni memang redah saja, biasalah bila ride dengan MIB memang saya suka sebab dapat belajar dari otai-otai semua. Untuk ride Ratpack ni, sebab waktu yang lama, destinasi yang baru dan kumpulan baru jadi medan untuk menambah pengalaman dan skil. Riders Triumph ni kebanyakannya memang berpengalaman luas, dah sampai banyak destinasi di Thai, ada yang dah sampai ke Myanmar, Kemboja, Laos, Vietnam jadi dari berinteraksi dengan mereka pun banyak ilmu ditimba.
Saya amati bikers Ratpack ni memang tinggi standard, boleh dikatakan semuanya pecut dan cekap mengendali jentera masing-masing. Malahan di jalan Thai pun kelajuan purata 130-140km/j tu sangat biasa, bila saya berada di belakang Marshal Arie, kekadang boleh melebihi 150km/j, ini di jalan Thai (Trunk road) bukan highway. Malah sepanjang jalan ke Hatyai yang melalui banyak pekan kecil pun tetap pecut, mulanya saya teragak-agak, lama kelamaan jadi biasa pula…itulah ceritanya bila dah masuk highway, nak maintain kelajuan atas dari 160km/j macam dah biasa sahaja….cuma pada saya lebih selesa memandu pada kelajuan jauh lebih rendah, terutama bila berseorangan, insyallah lebih konfiden dan selamat begitu.

20170809_075025
Arie Ketua Rombongan ‘Marshall’ & Mizi tour guide Thai

Walau dah agak jauh berjalan, bermacam destinasi dan laluan dilalui, melayan koner tetap satu kelemahan saya. Walaupun dalam ride ini tidak banyak koner yang dilayan, jauh sekali 1000 corners tu, saya dapat belajar secara praktikal, terutama bila otai macam Neil dan Melvin memotong dari belakang, atau Melvin menegur cara saya mendekati koner. Bagus juga, walaupun dah berusia lanjut kena tegur dengan anak-anak muda haha, sebab saya melihat kesebelasan bikers ini masing-masing mempunyai keistimewaan, dan pastinya setiap satu ada kelebihan dan ilmu yang dapat ditimba. Memang kesemuanya bikers kental tanpa ragu, termasuklah Uncle Raj (itu gelaran beliau, walaupun umur taklah lanjut sangat) – dan beliau baru sahaja memiliki Triumph Tiger XCX kira-kira tiga bulan! Tetapi di sebalik itu, beliau sebenarnya adalah penunggang tegar, sejarah ride bermula dari usia 18 tahun lagi, berulang alik KL-JB dengan 125cc bike. Kegemaran beliau ialah memulas throttle penuh dan pandu pada kelajuan maksima setiap jentera miliknya, untuk mendapat kepuasan. Saya tak pasti lah, menurut beliau antara motor terakhir miliknya sebelum Tiger ialah Yamaha Virago, berapa kelajuan maksima beliau dapat hampiri!
Tour guide dan makanan halal
Mulanya saya agak ragu-ragu juga bila ditempatkan di resort dan tak pasti dengan makanan yang dihidangkan, sehinggalah mengenali ketiga-tiga tour guide kami. Mereka bertiga Muslim dari Yala, dan memang telah membuat perancangan dengan setiap resort supaya hanya makanan halal sahaja akan disajikan untuk kami. Begitu juga restoran yang disinggahi memang semuanya milik orang Islam. Bersyukur, dan di sini tabik pada Fastbike yang memastikan keselesaan semua bikers. Termasuk Uncle Raj, seorang ‘vegetarian’ dan beliau berpuas hati sebab dapat menu yang beliau sukai.

 

Tak Kenal Lelah, sentiasa prihatin
Nampaknya semua bikers Ratpack ni cukup bertenaga, walau selepas ride beratus km, tak nampak kesan letih, tak komplen, dan tiada yang bagi excuse nak rehat lebih lah, nak start lewat dsb, semuanya sentiasa on bersedia. Ini saya tabik, sebab yang join ride ni tak semuanya muda belia, malah 5 dari mereka berusia 50 ke atas, dan Jabar yang usia 60an, tapi tetap gagah. Apa rahsia mereka, tak lain mereka ini adalah orang-orang yang dah melalui ‘test of time’ dengan pengalaman ride yang berpuluh atau ratus ribuan km, tak hairan lah. Walaupun, sebelum join ride ni penganjur tak pernah tanya ahli yang nak join dah pernah ke Thai ke, apa pengalaman ride sebelumnya, tapi nampak macam mereka dah kenal semua orang, malah semasa saya berborak dengan Arie beberapa hari sebelum berlepas, beliau sudah kenal profail setiap bikers, dah pernah sampai ke mana, berapa kelajuan pemanduan…hebat. Mungkin ada proses penapisan secara tak langsung kut….macam saya yang paling daif nih…adalah sekali pernah merentas sempadan, setakat itulah pengalaman. Walaupun, buat saya, untuk seseorang itu mampu sampai ke Sempadan atau ke mana saja, jarak melebihi 2000km, memang perlu dah ada pengalaman sebelumnya ride melebihi 500km sehari, sekurang-kurangnya 2-3 kali, untuk memastikan ada stamina mencukupi. Pun begitu, buat saya, kadangkala terasa amat letih terutama dengan cuaca yang panas. Di hari terakhir memang terasa keletihan bila bangun pagi, hampir terlewat Subuh (di Thai Subuh habis jam 6 pagi!) mungkin setelah berhari-hari memandu, apalagi hari sebelumnya melepasi lebih 400km dalam bahang cuaca panas yang luarbiasa. Pengajarannya, tahu kemampuan diri, amat penting.
Bagi saya, saya mementingkan prestasi dan stamina. Oleh itu saya pastikan waktu rehat yang cukup dan tidur sekurang-kurangnya 5 jam pada waktu malam, untuk pastikan tak mengantuk semasa ride. Pernah sewaktu kembara ke Nakhon Januari lepas bersama MIB, saya telah meminta ‘excuse’ kepada rakan-rakan lain, untuk tinggal di belakang, semata-mata kerana melihat anak saya yang turut serta, dalam keadaan letih dan mengantuk. Jadi saya lebih rela tertinggal, beri masa beliau masa tidur sebentar, kemudian kami terus ride berdua untuk ‘catch up’ dengan rakan kembara lain.

20170809_063518.jpg
Si isteri pula, kadang mengadu agak letih, walaupun beliau nampak enjoy ride ini, malahan beliau yang lebih teruja sepanjang kembara berlangsung, sentiasa meng update Facebook beliau dan berkongsi cerita dengan rakan-rakan. Untuk membantunya, saya beri peluang beliau rehat lebih awal, dan kalau ada aktiviti yang ‘optional’ beliau tak join jadi ada masa lebih untuk rehat dan sedia untuk ride seterusnya.
Alhamdulillah buat saya sendiri umumnya stamina baik, tidak mengantuk, dapat maintain ‘alert’ semasa pemanduan. Ada sekali dua ‘skidded’ tapi tidak overshoot semasa koner, ada sekali saja insiden…near miss. Mungkin kerana tergesa-gesa dan over konfiden sedikit. Ketika melalui satu kawasan (dua lorong) menuju ke Khao Sok, kami telah bertembung beberapa tempat yang separuh lorong ditutup kerana pembaikan jalan. Tiba-tiba di tempat kejadian, semua kenderaan mula perlahan, ternampak kesan air di lorong kiri, banjir sedikit. Di depan ada lori tanker memenuhi lorong kiri, jadi laluan tersekat menjadi satu lorong secara mendadak. Semua kenderaan di lorong kiri secara perhalan masuk ke lorong kanan. Saya masih ‘lane splitting’ dan cuba melalui celah-celah antara dua lorong tersebut bila, tiba-tiba sebuah kenderaan pick-up dari kiri menukar laluan secara mendadak, saya menekan brek agak kuat, menyebabkan motor hampir ‘terhimpit’ antara dua kenderaan, alhamdulillah dapat mengawal dengan baik. Rupanya, kenderaan pick-up tersebut memang lalu di lorong kiri kerana ada ruang sebelum ia perlu menukar lorong ke kanan, tetapi tiba-tiba di depannya ada satu halangan (saya tak pasti motor atau kereta) menyebabkan ia terpaksa mengelak. Syukur tiada apa berlaku, pengajarannya, perlu lebih alert dan jangan ‘underestimate’ pemandu Thai ini, secara umumnya mereka lebih ‘hot tempered’ dan kurang mahu mengalah kepada motor.

Rahsia bikers
Mungkin ada yang sentiasa tertanya-tanya, termasuk saya sendiri. Apa lah best nya ride jauh-jauh ni…apa lagi jutawan macam Haji Jabar atau senior eksekutif macam Haji Lokman, Haji Rashid tu dapat dari memerah peluh memacu jentera di tengah panas atau hujan beribu km jaraknya? Ada yang tinggal anak isteri, sanggup ambil cuti dll. Semasa ride ini lah saya dapat menyelami kehidupan bikers kental ini.
Buat diri saya, bila mula menceburkan diri dalam riding ni, tujuan utama untuk berulang pergi kerja atau perjalanan jarak dekat, untuk mengatasi kesesakan lalulintas. Rupanya bila sudah ada bike, sedikit demi sedikit, ‘racun’ dari sahabat-sahabat mula meresap, bermulalah drama meng upgrade bike dari satu jentera ke jentera lain, beli aksesori, gajet dan apa-apa modifikasi…seterusnya langkah semakin panjang, dari ‘tts’ kecil-kecilan, mula ride keluar kawasan, bermalam jarak jauh, keliling semenanjung sampailah merentas sempadan… akhirnya bike ini menjadi sebahagian hidup dan terasa lebih selesa bergerak ke mana sahaja dengan motor. Herannya, ya di situ ada tarikan yang tidak dapat dirasai oleh orang lain.
Saya telah mengambil kesempatan selama 5 hari ini untuk berinteraksi dengan setiap bikers menyelami pengalaman masing-masing. Rata-rata, setiap bikers menyatakan antara sebab utama ride ialah kerana ianya memberikan satu ‘freedom’ kebebasan dari dunia kerja, dari segala macam belenggu hidup yang mengelilingi mereka. Semasa ride, fikiran mesti dikosongkan, tidak boleh fikir benda lain, mesti fokus sepenuhnya pada ride. Memanglah, kalau kau ride dan khayal, tau saja apa akibatnya. Dengan itu riding ini merupakan satu ‘therapy’ atau rawatan jiwa untuk bikers. Sebab itu ujud kata-kata, ‘it is the ride that matter, not the destination!’. Maknanya sejauh mana pun kembara, yang dinikmati ialah ride itu sendiri, destinasi, makanan, resort dsb perkara kedua.

 


Buat saya, memang ada kebenarannya, selepas melalui ‘tipping point’dalam riding, sebab mula-mula ride memang perasaan bercampur baur, ada takut, ada bimbang, ada keraguan macam-macam – lepas satu masa rasa cemas tersebut hilang, diganti dengan ‘adrenaline rush’. Gerakan mental dan hati telah disatukan dengan gerakan jentera lalu menjiwai setiap putaran tayar dan timbullah ‘aura’ merasai ‘in control’ anda menguasai hidup anda dan tiada siapa yang dapat mengawal atau mengganggu anda pada masa tersebut.
Saya suka mengisi masa ride ini dengan aktiviti yang boleh dibuat tanpa memerlukan fokus terlalu tinggi – contohnya berzikir terutamanya mathurat (wirid-wirid yang mathur dari hadis-hadis sahih), dan juga mengulang hafalan ayat-ayat Quran. Kadang-kadang ianya agak sukar, dan saya mesti memastikan tidak hilang fokus, sebab itu aktiviti seperti di atas, kerana dah menjadi sebahagian ‘darah daging’ ia tak akan ‘distract’ perhatian saya dari pemanduan, yang perlukan tumpuan kritikal setiap masa.

Urut, solat dan aktiviti rekreasi

Antara aktiviti yang popular di kalangan bikers ni ialah berurut. Rupanya yang wanita pun berminat juga termasuk pilion kami. Isteri saya dapat khidmat ini semasa bermalam di Cliff and River Jungle Resort – bayarannya pun murah sekitar 500baht untuk hampir sejam, tetapi kena berhati-hati dan minta tukang urut faham, sebab kebanyakan setup urut ni terdedah atau boleh nampak dari luar, jadi untuk wanita kena minta bilik yang tertutup. Buat bikers yang lain, tidak ketinggalan mencari khidmat urut (masat) ini dan selalunya mudah didapati samada berdekatan dengan hotel/resort atau di bandar yang kami singgahi.

Banyak waktu terluang selain ride ini diisi dengan aktiviti seperti boating dan tubing, walaupun, disebabkan hujan pada hari kedua aktiviti tubing tak dapat dibuat. Kumpulan kami juga berura-ura ke Hot Spring, tetapi jalan yang bakal dilalui runtuk akibat hujan. Mulanya Arie mencadangkan bikers Tiger XC boleh meredah lalauan alternatif yang berlumpur, tetapi rancangan itu dibatalkan. Neil, yang menunggang Tiger XC meluncur berseorangan dan bertemu satu ‘viewpoint’ serta air terjun berdekatan yang cantik. Saya teruja dan keesokan paginya, sebelum jam 6.00 pagi kami ride ke tempat tersebut, melalui jalan berliku dan hari yang masih gelap. Memang berbaloi dapat sampai dan menikmati pemandangan matahari terbit serta air terjun berdekatan, walaupun kesuntukkan masa, jika tidak pastinya kami dapat bermandi manda di sini…

 

Sebab ada aktiviti yang ditangguh, petangnya kami berehat di resort (Cliff and River Jungle Resort) sambil memetik rambutan. Kebetulan banyak pohon rambutan sedang masak ranum di sekitar chalet, apa lagi, masing-masing dengan kreativiti sendiri menggalah atau cuba memanjat untuk menikmati rambutan beramai-ramai.

 

Isteri pula suka mangga pulut, dan di Thai kualiti mangga pulut memang sedap, original. Kami dibelanja oleh Haji Rashid semasa berjalan-jalan di Hatyaii, isteri pesan mangga pulut sementara saya durian pulut.

Dengan jadual ride yang kemas, dan tiada satu hari pun yang ditempuh sepanjang masa di jalan, tiada masalah untuk menjaga solat, buat kami musafir, boleh jamak solat jadi selalunya boleh dibuat bila sampai ke destinasi resort. Waktu solat di Thai sejam awal, contohnya Subuh sebelum jam 5 pagi dan syuruk pukul 6.15 pagi. Jadi kebanyakan hari saya memang bersedia awal sebab memang bangun untuk solat dan lepas tu terus bersiap untuk ride, sambil buat perkara rutin seperti tadarus Quran dsb.

Prestasi Triumph Tiger XRX
Saya akan tulis ‘review’ bike ini bila ada kesempatan. Secara singkatnya, setelah memiliki bike ini kira-kira 7 bulan, saya amat berpuas hati, dan kembara kali ini meningkatkan lagi tahap kepuasan serta konfiden pada brand Triumph, terutamanya Triumph Tiger. Pada saya XRX pilihan tepat, walaupun majoriti yang ride jarak jauh lebih suka memilih XC. Kedua-dua XRX dan XCX adalah jenis ‘Adventur Bike’. Beza keduanya secara ringkas, XRX adalah model yang lebih ‘road friendly’, harga lebih murah, suspension tidak boleh diubah dan tayar lebih lebar walaupun kecil sedikit. XC pula lebih sesuai untuk ‘off road’ dan suspension lebih sofistikated, boleh diubah, tayar depan yang lebih besar (spoke) dengan harga berbeza kira-kira RM6,000 dengan XR.
Setelah memandu lebih 15,000km dalam masa 7 bulan, saya dapat merasakan keunikan jentera ini berbanding dengan dua motosikal Triumph yang saya miliki sebelum ini – Street Triple dan Bonneville T214. Sememangnya Tiger lebih sesuai dan praktikal baik sebagai jentera berulang kerja, jarak dekat dan lebih-lebih lagi ride jarak jauh. Dengan posisi pemanduan yang tegak, membolehkan rider bertahan untuk jarak jauh. Tempat duduk yang selesa, ruang membawa barang (luggage) yang mencukupi (satu topbox dan sepasang pannier) dengan enjin 3 silinder yang lancar dan ‘sporty’, kapasiti enjin yang cukup bertenaga (96 bhp) serta torque yang tinggi, semuanya menjadikan jentera ini ideal sebagai teman setia perjalanan jarak jauh.
Dari segi ‘handling’ pemanduan ianya cukup lincah, saya lebih konfiden untuk mencelah di tengah highway. Semasa kembara Khao Sok ini saya dapat merasai lebih dekat lagi kebolehan jentera ini, apa lagi bila dipadankan dengan beberapa lagi jentera Tiger termasuk XC. Seorang pemilik XRX, Melvin, bercerita pada saya, beliau sebelum ini minat ‘sports bike’ tetapi telah berubah dan berjinak-jinak dengan Triumph. Mulanya beliau telah menempah Triumph Tiger XCX, kemudiannay di saat akhir beliau ubah fikiran dan mengambil Tiger XRX. Ada sedikit rasa terkilan beliau kerana XRX tidak mempunyai ‘adjustable suspension’ satu ciri yang beliau suka untuk menjadikan bike lebih sesuai untuk tujuan pengembaraan (adventure) dan melayan koner. Saya kurang faham mulanya, kerana dari pembacaan saya (bike review) ramai pakar menyebut XRX lebih lincah melayan koner dan lebih selesa untuk pemanduan lebuhraya berbanding XCX sementara XCX tak diragui lagi lebih sesuai di jalan yang tidak rata dan off road. Tapi itu mungkin pandangan beliau sendiri. Sampailah beliau telah bertukar pemanduan bike dengan rakan seorang lagi (Din) yang memiliki XCX. Saya pun bertanya apa pandangan beliau selepas pemanduan XCX tersebut, jawabnya ringkas ‘I will keep my bike’ maksud beliau lebih suka pada jentera beliau sendiri, XRX! Tambahan beliau rasa XRX ada kelebihan meluncur ‘acceleration’ berbanding XCX. Apapun, saya rasa kedua-dua bike ini memang tangkas dan sesuai untuk kembara merentas sempadan, dengan setiap satu memiliki kelebihan masing-masing.

Seperti disebut, tiada masalah besar dengan jentera Tiger ini. Apapun, dengan adanya dua orang staf Fastbike yang mahir dan berpengalaman ia satu kelebihan dalam kembara ini. Ada apa masalah atau rungsing pasal bike boleh terus rujuk pada keduanya (Arie & Abby). Kebetulan sebelum mulakan perjalanan side mirror saya longgar, side mirror ini ada fungsi boleh berputar menghala ke dalam, untuk mengecilkan profail bike (bila melalui antara kenderaan semasa traffic jam), tetapi untuk kegunaan mengesan kenderaan belakang, ia perlu berada di kedudukan asal, entah macamana bila memecut laju side mirror sebelah kiri terus berputar ke dalam…masalah kecil saja kan, tapi dah ada pakar terus minta mereka selesaikn, ah mudah untuk orang yang buta pasal motor macam saya ni.

Di hari ke 4 semasa memandu ke arah Tale Noi, tiba-tiba saya perasan ada objek tergantung keluar dari bahagian rantai motor, tetapi motor tetap berjalan biasa. Saya terus mengadukan hal ini pada Arie, beliau kata ianya adalah rubber damper, yang memang mudah terkeluar, tetapi tiada kesan buruk pada rantai atau pemanduan. Bahagian ini masih dalam warranty, beliau cadangkan saya claim warranty bila balik nanti dari Fastbike, untuk sementara beliau pasang klip pada damper tersebut untuk menghalang dari terjatuh terus.

Itu saja masalah celah gigi, orang putih kata, yang lain, seperti saya sebut di atas bike Triumph Tiger ni memang hebat mengaum dan menelan beribu km tanpa ada masalah, tiada masalah, malahan ianya satu kegembiraan buat pemiliknya.

 

 

Rating Kembara Ratpack Khao Sok

Trip/destination *****

Accommodation ****

Food **** (ok, 4.5* lah)

People (Ratpack) *****

Guides (Fastbike, ie Arie/Abby) *****

Bike (Triumph Tiger XRX) *****

Syukur Alhamdulillah kami selamat pulang pada petang Khamis jam 5 petang, basah lencun tapi penuh kenangan manis dan banyak pengalaman sebagai bekalan

Untuk video youtube sila layari link

Kisah kembara 7 beranak mengelilingi Sabah

Pesawat AK5121 mendarat dengan selamat di KLIA 2 bermakna selesailah misi pengembaraan keluarga Road to Heaven mengelilingi Sabah selama 7 hari. Syukur segala yang dirancang oleh keluarga ini berjalan lancar.

Selama tujuh hari mereka telah menempuh lebih 1600km jarak perjalanan, bermula dari Kota Kinabalu melalui bandar/pekan utama di Sabah termasuk Kundasang/Ranau, Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Tawau dan Keningau. Mereka telah menempah sebuah kenderaan pacuan empat roda, Toyota Fortuner 2.4L VRZ yang berkapasiti 7 tempat duduk untuk melepasi laluan yang berbagai. Misi utama keluarga RTH ialah mengelilingi seluruh negeri Sabah sambil bercuti dan santai keluarga, di sebalik matlamat ‘bonding’ mengumpulkan seluruh ahli keluarga menjayakan satu program bersama selama seminggu.

Ragu-ragu
Memang dah menjadi cita-cita keluarga ini untuk mengelilingi Sabah. Mengapa Sabah? Mungkin kerana terdapat beberapa tarikan istimewa seperti pantai dan lautan yang cantik, terdapat gunung tertinggi di Malaysia dan ujudnya laluan jalan yang agak baik menghubungkan kesemua bandar-bandar utama negeri ini.
Bermacam perancangan timbul pada asalnya. Kami mengharapkan agar percutian ini dapat juga mengisi misi ‘khidmat masyarakat’ (saringan kesihatan) secara sampingan, dan ada juga niat kalau dapat mendaki gunung Kinabalu yang menjadi idaman ramai orang – namun setelah berlaku beberapa perubahan dalam perancangan, agenda di atas terpaksa diubah. Saya juga berhasrat bertemu sahabat baik (bekas rakan sekelas matriks) saudara Lewis Rodot di Lahad Datu, walaupun komunikasi awal tidak berbalas.
Antara cabaran yang utama ialah tak pasti dengan keselamatan, lebih-lebih lagi isu pencerobohan dan penculikan yang telah mewarnai berita Sabah semenjak 2013 sehingga masakini. Ramai pihak telah dihubungi, rakan-rakan yang menetap atau penduduk Sabah sendiri, dan jawapan yang diterima berbeza-beza. Kami lebih mengutamakan ‘impression’ dan ‘perspektif’ individu dan masyarakat daripada kenyataan rasmi pihak berwajib (walaupun ia tetap penting!), kerana kami berhasrat masuk di tengah masyarakat dan menyelami serba sedikit kehidupan di Sabah.
Disebabkan isu keselamatan ini, rancangan keluarga ini telah menjalani perubahan beberapa kali, antaranya beberapa hotel yang ditempah, berdekatan dengan pantai telah dibatalkan. Setelah mendapat lebih maklumbalas, akhirnya kami memutuskan untuk tidak melakukan apa-apa aktiviti atau tinggal berdekatan kawasan perairan. Aktiviti perairan (island hopping) hanya akan dijalankan di Kota Kinabalu, di mana ia dirasakan lebih selamat dan selesa berbanding tempat lain.
Selain isu keselamatan, kami juga kurang maklumat mengenai keadaan laluan di Sabah terutamanya laluan Tawau-Kota Kinabalu – rancangan semenjak awal lagi ialah mengelilingi bandar-bandar Sabah melalui pusingan lawan jam, bermula dengan KK. Setalah membuat kajian ringkas, kami dapat gambaran agak jelas laluan melibatkan bandar-bandar Sandakan, Lahad Datu, Tawau dianggap agak baik walaupun kami dinasihatkan mengelak dari memandu di waktu malam. Sementara laluan Tawau-KK tiada maklumat terperinci dan ini menimbulkan kesangsian hinggalah saat akhir.
Kami anggarkan jarak maksima 300-400km sehari pemanduan, mengambilkira jalan ‘trunk road’ atau jalan dalaman yang tidak sesuai untuk kelajuan tinggi, dan perlu elakkan pemanduan waktu malam. Tambahan pula tiada bandar yang terdapat tempat persinggahan antara Tawau dan Keningau. Di Semporna pula hampir kesemua hotel/tempat menginap berdekatan pantai, dan kami kurang selesa setelah mendapat maklumbalas dari beberapa Sabahan sendiri yang kurang menggalakkan. Akhirnya kami putuskan untuk menempah penginapan 2 malam di Tawau dan berulang ke Semporna pada hari berikutnya.
Di sebalik itu semua, kami masih kurang pasti keadaan laluan Tawau-Keningau, malahan ramai Sabahan yang kami kenali tidak pernah melalui laluan tersebut! Ini agak mencurigakan, namun kami tetapkan hati untuk teruskan niat memandu dari Tawau ke Keningau, panduan dari Google Maps menunjukkan jarak kira-kira 340km dan mengambil masa lebih 5 jam.
Setelah mengkaji dan mendapat berbagai maklumbalas, kami memutuskan untuk bermalam di bandar-bandar berikut menurut turutan hari: KK, Ranau, Sandakan, Tawau (2 malam), Keningau, menjadikan 2 jarak laluan perjalanan yang jauh: Sandakan-Tawau (via Lahad Datu) dan Tawau-Keningau (kedua-duanya melebihi 300km). Untuk setiap jarak perjalanan, kami pastikan ada kemudahan ‘refuel station’ nampaknya Sabah cukup maju dari segi ini, walaupun kualiti jalanraya tidak berapa pasti.

20170706_064619_35469610920_o

Dilema tarikh perjalanan
Memang setiap langkah yang diambil untuk kembara ini penuh cabaran dan dilema. Nak tentukan tarikh perjalanan pun bukan mudah. Anak ketiga yang akan memulakan sesi pengajian pertengahan Julai, anak-anak kecil (2 orang) bersekolah, dan kami berdua yang bekerja (kebetulan awal Julai baharu sahaja lepas bercuti Raya). Saya teringat lagi bagaimana terpaksa menghampakan seorang sahabat karib dan staf yang melangsungkan perkahwinan, dan beberapa jemputan Raya serta lawatan ke projek surau orang asli tidak dapat disertai. Sehari sebelum berlepas saya telah menjalankan prosidur bedah seorang pesakit private, malangnya berlaku komplikasi menyebabkan saya terpaksa pulang lewat sedangkan esoknya kami bertolak awal sekitar 4 pagi. Bukan itu sahaja, beliau perlu penjagaan rapi disebabkan komplikasi ini, dan saya tiada pilihan melainkan meminta rakan sekerja mengambil alih. Isteri juga tak kurang sibuknya, termasuk lawatan kementerian ke lembaga sekolah yang tiba-tiba saja diputuskan berlangsung semasa ketiadaanya menyebabkan beliau risau tak sudah, walaupun timbalannya ada, memanglah takkan sama, apa lagi kerana ianya melibatkan hal-hal kritikal. Begitulah keadaannya dalam keluarga kami memang satu yang agak rumit untuk mendapat luang waktu satu minggu yang sesuai untuk semua!

Kami memang merancang semenjak 6 bulan lagi, tiket kapalterbang AirAsia telah ditempah semenjak 4 bulan sebelum bertolak. Rupanya jangka waktu itu sudah terlalu lewat untuk merancang pendakian gunung Kinabalu, malah ada yang kata perlu menempah tarikh setahun sebelum perjalanan. Maka terpaksa merubah niat tersebut, memang ada hikmahnya sebab kalau termasuk mendaki gunung, jangkamasa seminggu tidak mencukupi untuk kembara mengelilingi Sabah.

Untuk plan perjalanan, saya hanya memilih destinasi dan merancang laluan yang akan ditempuh, aktiviti, tempahan hotel/penginapan serta itineri lain diuruskan oleh isteri. Bagaimanapun pilihan kenderaan, saya agak berhati-hati untuk memastikan kami puas hati dan selesa sepanjang perjalanan nanti.

4 wheel drive atau MPV?
Oleh kerana bilangan perserta yang ramai – 7 orang, kami perlu sebuah kenderaan besar samada MPV (7 seater) atau SUV/4WD yang boleh menampung jumlah yang sama. 4WD mungkin lebih sesuai memandangkan terrain laluan yang berbukit, jalan yang tak rata, mungkin cuaca berubah-ubah dan keperluan ‘off-road’ yang tak dijangka. Akhirnya hanya satu pilihan yang ada iaitu Toyota Fortuner – saya pernah menyewa kenderaan yang sama beberapa tahun lepas, di Sabah, untuk jangkamasa 3 hari. Kebetulan Toyota baru mengeluarkan versi Fortuner baru, yang telah dinaiktaraf dari segi rekabentuk dan kejuruteraan. Oleh itu saya meminta sang isteri menempah Fortuner terbitan tahun 2017, kosnya memang lebih tinggi, kira-kira RM100 lebih sehari berbanding dengan kenderaan sama versi tahun 2015. Tak mengapa, kata saya, kalau elok kereta ni, boleh jadi sebagai ‘test drive’ selama seminggu, mungkin membantu impian masa depan nak memiliki 4WD semula!
Antara rungutan saya di masa lampau ialah kualiti ‘handling’ Fortuner ini yang kurang memuaskan, almaklum ia adalah ‘hybrid’ antara Hilux dan Innova – jadi bila memandu tak sama kepuasan dengan kereta, terasa rentak ‘agricultural’nya. Enjin pun kurang bertenaga terutamanya bila mendaki (dulu saya test versi petrol 2.7L), penggunaan bahanapi pun tak memuaskan sangat, boleh dikatakan kenderaan Fortuner ni kuat ‘minum’ petrol. Biarpun begitu, untuk kegunaan singkat mungkin ia tetap pilihan yang munasabah, kalau nak cari Prado atau Landcruiser memang tak mampu (susah nak cari pun), dan 4WD lain yang ada kapasiti 7 seat tak banyak kalau ada samada mahal atau kualiti lebih kurang juga (satu pilihan osem ialah Hyundai Santa Fe – tapi saya tak berniat dah nak memiliki Hyundai lagi, apalagi organisasi BDS pun dah kempen boikot produk Hyundai sejak tahun lepas).
Sewaktu membuat tempahan saya tidak sempat bertanya samada Fortuner 2017 tersebut versi petrol atau diesel, pada hemat saya mana-mana pun ok saja. Menurut ulasan dari pakar kereta Paul Tan, versi Fortuner baru ini telah dirombak membuatkan ianya lebih ‘stylish’ serta berkualiti, dari segi handling dan ekonomi. Saya rasa agak teruja juga sebab tu walaupun harga agak mahal saya terima.
Isu praktikal dari segi kapasiti kenderaan, selain penumpang ialah ruang untuk menyimpan barang. Saya cuba menelek dari ulasan pakar mengenai kenderaan ini dan dapat sedikit idea berapa luas ruang ‘storage’nya, memang agak terhad. Jadi kami cuba mengurangkan jumlah bagasi dan barangan hanya secukupnya.

Rancang keperluan
Kami memang pernah satu keluarga bercuti, malah untuk jangkamasa yang lebih lama, tetapi bezanya kali ini pengembaraan yang melibatkan destinasi yang tidak dikenali atau kurang maklumat, malahan terdapat concern tentang keselamatan dan laluan yang mungkin kurang elok. Seperti biasa, kami sediakan diri dan anak-anak untuk menempuh aktiviti bermain air dan ‘outdoor’ pakaian pun disesuaikan untuk tujuan ini. Keperluan peribadi (toiletries/contact lense) dan ubat-ubatan, buku-buku (anak-anak yang bersekolah), gajet elektronik dan yang penting pengecas untuk setiap gajet mesti ada – termasuk ‘fitness watches’. Kalau dulu saya mengarahkan setiap anak-anak bersedia untuk memberi penyampaian ‘tazkirah’ seorang setiap hari. Kali ini, saya merasa cukup dengan meminta setiap mereka membaca dari hadis 40 diikuti dengan ulasan ringkas, memfokus pada aspek-aspek iman dan akhlak. Saya juga cuba meng upload dalam pendrive, bahan-bahan seperti video islamic dan ceramah serta nasyid untuk hiburan sepanjang perjalanan. Eh, rupanya dah ketinggalan zaman, anak-anak lebih tinggi standardnya, dan banyak nasyid yang saya gemari dah ‘outdated’ jadi kena update sedikit supaya anak-anak tak jemu. Untuk Quran, zaman sekarang semua orang guna Quran digital saja termasuk saya sendiri, ini lebih mudah dan simpel.
Untuk bekalan makanan, kami cuma bawa dua paket besar maggi. Ini terpulang ikut jangkaan masing-masing. Selain itu kopi, teh dan susu pekat untuk bekalan emergency, setengah tempat memang susah nak dapat, dan mudah untuk cari atau masak air panas.
Untuk keselesaan kembara ini perlukan sebuah kamera, zaman sekarang dah jadi kebiasaan semuanya dilonggokkan atas smartphone, termasuk kamera yang canggih. Walau bagaimanapun kami bawa juga kamera Sony (mini SLR, compact) dan GoPro (untuk rakaman pemanduan, snorkeling etc – kalis air). Selfie stick pun berguna juga. Tak perlu mengusung kamera SLR yang berat tu walaupun ianya amat baik kalau ada untuk zoom jelas, sebab kamera compact walau boleh zoom lebih tetapi kualiti tetap berbeza. Masalahnya berat dan tak sesuai untuk kegunaan lasak.
Tidak lupa dokumen! Kami bawa juga passport untuk semua orang, kalau-kalau diperlukan atas apa-apa keadaan atau terpaksa merentas Brunei, mana tau. IC memadai untuk dewasa, kanak-kanak MyKid atau Surat Beranak, atau passport. Tiket – kami dah ‘check in’ online dan cetak boarding pass beserta luggage tag (kena tempah luggage masa menempah tiket untuk AirAsia, jangan terlupa, kalau tidak kena bayar berkali ganda di airport!)

Diari perjalanan
Hari pertama – penerbangan dan sampai di KK
Bermula jam 4 pagi kami bertolak ke KLIA 2. Bawa Starex, selesa untuk sekeluarga dengan barang yang sarat, parkir di KLIA 2). Bayar parking RM46 sehari (3 hari pertama) dan RM20 (setiap hari lepas tu), jadi untuk parking seminggu, buat sekeluarga masih tetap jimat berbanding ambil Uber dan naik Alza (tak cukup ruang, sempit dan tak murah pun untuk pergi balik…). Jangan lupa ambil gambar kereta (maksudnya gambar tiang parking tu biar senang ingat masa balik). Solat jemaah di surau berdekatan gate berlepas Air Asia ke KKIA (KK International Airport). Beli makanan ringan dan berlepas jam 7.50am. Sampai di KKIA – lalu imigrasi – guna IC (untuk dewasa) jangan lupa ambil resit entry (diperlukan untuk balik, jangan buang…). Ambil luggage dan terus keluar, wakil agen dah sedia menunggu dengan Toyota Fortuner baru warna hitam gelap.
Kami terus ke homestay di Taman Luyang (berdekatan hospital Queen E). Cantik dan kemas homestay ini, ada antique value lagi. Selepas solat Zuhur/Asar jamak (Zuhur di Sabah dalam 1220) bertolak ke bandaraya, apa lagi ke Filipino market, jamu mata dan shopping sedikit ikut selera. Memang pelbagai barangan dan cenderahati boleh dibeli, harga boleh tahan. Ada pula gerai buah-buahan walaupun harganya mengejutkan, contoh manggis sekilo berharga RM25! Setelah menelek-nelek akhirnya kami pilih buah kuini, berharga RM10 untuk 6 biji, nasib baik tinggal di homestay, tiadalah larangan bawa masuk buah yang berbau kuat macam kuini.
Kami pusing-pusing di kawasan pantai, berjalan kaki, pemandangan agak cantik. Tambahan pula di waktu matahari nak terbenam. Sebagai musafir ada kemudahan jamak solat, jadi kami pilih untuk terus ke Clam Station’s 3 berdekatan Filipino Market, untuk makan malam seafood. Di sini boleh pilih ketam, lobster, udang harimau, ikan dan sotong ikut selera hati. Cuma tiada paku pakis pulak, jadi kami pesan kangkung ikan masin seperti biasa. Alhamdulillah masakan sedap (paduan resepi lokal). Malamnya berehat di homestay.
Malamnya saya sambut tetamu, sahabat karib MyIkram Bikers – Rosli. Kami berbual-bual sehingga hampir tengah malam. Dari Rosli saya dapat beberapa panduan perjalanan dan tips berguna. Rosli mengingatkan lagi supaya kami elak memandu waktu malam, walaupun beliau sendiri mengalami pemanduan malam beberapa kali, agak mencemaskan juga.
Perjalanan (drive) 3* – tak jauh pun….tak dapat merasai prestasi Fortuner sepenuhnya
Penginapan 4* amat memuaskan – kualiti, persekitaran
Makanan 4.5* (Clam Station’s 3 seafood)

Aktiviti perairan dan bermalam di kaki gunung Kinabalu – Hari kedua
Kami bertolak awal pagi (jam 7am) untuk bersarapan di Sutera Bayu, boleh tahan menunya walaupun saya cuma pesan telur setengah masak dan roti bakar…anak-anak seronok sebab ada menu Western dan agak berbagai. Seterusnya ke Jesselton Jetty untuk menaiki bot peribadi ke pulau Sapi dan pulau Mamutik – aktiviti island hopping dan snorkeling sambil bermandi manda. Sempat juga melalui Water Village untuk melihat kehidupan penduduk yang membina rumah di pesisiran pantai. Kelihatan unik dan bermacam perkara menusuk benak bila melihat rumah kediaman terapung ini. Selesai aktiviti perairan kami dah kelaparan, tapi cuma beli makanan segera seperti pastri dan lain-lain di jeti, tukar baju yang basah dan terus bertolak menuju Kundasang Cattle Farm. Di sini bawa anak-anak kenal lembu baka New Zealand ni, ada aktiviti memberi makan dan minum anak lembu dan kambing, dan boleh juga membeli susu, gelato dan yoghut untuk bawa pulang, serta lain-lain souvenir, walaupun sebahagian kedai pengunjung ditutup…
Selesai, hujan lebat turun mencurah, saya terpaksa meredah hujan untuk ambil Fortuner dan pandu berhampiran pintu masuk untuk ambil ahli keluarga yang lain. Boleh dikatakan sepanjang perjalanan yang berbukit dan berliku ke Kundasang, hujan lebat dan jalan yang basah. Oleh itu saya pandu cermat, guna 4WD mode sesekali dan ini membantu. Sewaktu turun bukit kadangkala tukar manual gear untuk lebih kawalan. Rupanya ada beberapa kereta biasa, yang nampak dipandu dengan bersahaja, lebih laju dari kami! Mungkin orang tempatan yang dah biasa, jadi saya ambil masa sendiri dan pastikan kawalan kenderaan yang baik. Kami sampai di tempat penginapan Hounan Ridge Farmstay, Bundu Tuhan, Ranau. Ia lebih macam rumah, tapi pemandangan cantik dan suasana amat selesa dan mengujakan. Walaupun masih hujan renyai-renyai anak-anak riang dengan suasana dan pemandangan banjaran Kinabalu betul-betul di depan mata. Ada beberapa ekor anjing mulanya kami ingat anjing liar sebab tak bertali, rupanya mereka memang dilepas oleh tuannya. Anak-anak mula bermain dengan anjing, mereka memang dah terbiasa masa hidup di Eropah dulu anjing sebagai haiwan peliharaan (pet), walaupun kami tak pernah lah membela anjing, jangan salah faham ye.
Pemandangan lebih cantik ialah semasa matahari terbit, dapat dirakam dari sebelah hujung banjaran tersebut. Cuaca agak sejuk di waktu malam dan pagi, pendek kata sepanjang masa, aircon pun tak perlu. Walaupun makanan di homestay ini biasa sahaja, tetapi semua ahli kembara merasa amat ceria dengan suasana di tepi gunung. Kami sempat berjalan singkat di sebelah petangnya turun naik jalan berbukit di sekitar Farmstay tersebut.
Keesokan paginya, lepas solat Subuh (Subuh di sini bermula jam 4.40 pagi, sejam awal dari Semenanjung), kami bertolak terus menuju destinasi seterusnya, berhenti di Mount Kinabalu National Park (ada warong berhadapan) untuk sarapan. Cashier seorang China, jadi kami tanya dulu halal ke? Beliau jawab ya, dan memang ada beberapa pengunjung Melayu/Muslim. Menu boleh tahan, anak-anak kalau ada sosej & telur sudah ok, pendekata stail English breakfast pilihan utama.
Perjalanan (drive) 4* – dapat merasa guna 4WD, laluan bukit/selekoh dilalui dengan baik oleh Fortuner
Penginapan 4* memuaskan – kualiti, persekitaran
Makanan 2.5* tiada pilihan, hanya cafe yang kecil di homestay, tiada restoran berdekatan. Sarapan 3.5*

Menyelami kehidupan di Water Village & kota Sandakan – Hari ke 3
Perjalanan menggunakan kenderaan 4WD Fortuner dari Ranau/Kundasang ke Sandakan mengambil masa kira-kira empat setengah jam, walaupun jarak yang dilalui hanya sekitar 300km. Ini kerana pemanduan melalui laluan berbukit, setengahnya curam, dan banyak selekoh tajam, di tambah dengan kesesakan kenderaan berat. Bagaimanapun perjalanan ini terasa selesa apalagi prestasi Fortuner yang lebih memberangsangkan bila menjelajah laluan seperti ini.
Saya sebagai pemandu solo di hampir keseluruhan perjalanan dalam kembara ini dan memang saya berpuas hati dengan keadaan ini, lebih-lebih lagi peluang merasai keampuhan jentera Toyota ini. Kalau di jalanraya besar atau highway kadangkala terasa ‘beralun’ disebabkan pusat graviti yang tinggi serta tayar yang besar (kurang enak dibanding memenadu kereta) tetapi di jalan yang beralun dan kurang rata, lebih terasa kekuatan jentera ini. Bila turun hujan dan jalan kurang rata saya guna 4WD mode. Untuk memotong, gear otomatik ini kadangkala terasa kurang bertenaga sedikit, lalu berpindah ke gear manual yang memberikan lebih ‘push’.
Kami menuju ke homestay di Sepilok (Sepilok Jungel Resort) dan berdekatan tempat ini ada sebuah sanctuary untuk orang utan dan beruang (sun bear). Tempat ini agak lengang dan lebih ramai pengunjung luar berkulit putih yang datang. Oleh kerana pusat jagaan orang utan hanya dibuka sewaktu mereka makan, kami beredar ke tempat sun bear. Di tengah rimbunan pokok yang lebat ini dapat dilihat beruang madu ini seekor demi seekor, ada yang bergantung di pokok, ada yang bergerak di tanah di celah-celah ranting dan dedaun. Sedang kami sibuk mendengar penerangan dari seorang staf, terdengar suara kecoh pengunjung lain. Rupanya ada dua ekor orang utan yang terlepas dan sedang bergerak di atas pelantar laluan pengunjung! Ada yang merasa gerun tetapi penjaga hanya menyuruh mereka bertenang dan tunggu sampai orang utan ini beredar sendiri. Jangan cuba provoke…ye sebab kita tak tau orang utan ni boleh jadi liar atau ganas, jadi lebih elok biarkan mereka lalu secara senyap. Bertuah lah kami, walaupun tak dapat melihat orang utan di kandang diberi makan, dapat pula bertembung secara kebetulan.
Selesai nature park, kami bergerak ke resort yang tidak jauh. Berehat sebentar dan solat, terus siapkan diri untuk ke pantai Sandakan untuk ziarah Yanti, staf unik Kardiologi UKM.
Mulanya saya pun tak pasti di mana, hanya setelah sampai baru kami faham, beruntung rasa dapat menyelami kehidupan penduduk Water Village ini! Kami berjalan di atas jambatan dan sesekali mengelak bertembung motosikal atau pejalan kaki lain, sebelum sampai ke rumah ayah Yanti. Kami disambut dengan penuh meriah, maklumlah ayah beliau pun ada mendapat rawatan dari saya. Kami telah dijamu dengan hidangan burasak, sup daging dan perut, sambal cendawan dan nasi himpit serta kuah kacang. Semasa berbual-bual, dapatlah kami pelajari serba sedikit kehidupan penduduk di sini yang cukup unik. Bahagian pesisiran ini asalnya adalah tumbuhan pokok bakau, sebab itu tanahnya berair atau berlumpur. Jadi walaupun bahagian rumah yang kami lawati ini tidak berair, tanahnya lembut berlumpur, dan jadi hal biasa untuk anak-anak kecil ini terjatuh ke lumpur, di sini mereka belajar ‘survival skill’ barangkali. Pada waktu air pasang penuh tiang-tiang rumah ini akan dikelilingi air laut.
Dalam perjalanan pulang kami singgah di bandar Sandakan yang sederhana besar. Di sini ada Harbour Mall untuk shopping barangan departmental atau gajet macam shopping mall biasa lah. Ada parkir berhubung dengan hotel Four Points by Sheraton di mana kami naik guna lif hotel tersebut. Sebenarnya tujuan utama singgah di bandar Sandakan untuk dobi pakaian yang dah dipakai, dengan ini kami tak perlu bawa pakaian terlalu banyak.
Penangan makan di rumah Yanti tadi masing-masing dah cukup kenyang, jadi malamnya selepas solat maghrib/isya berjamaah kami ke Banana Cafe di resort untuk supper. Banana Cafe ini terletak agak jauh sedikit dari bilik tetapi ada jalan yang menghubungkan melalui pelantar/jambatan kayu, yang diterangi lampu-lampu agak malap. Pada waktu paginya baru dapat melihat pemandangan sekitar yang agak unik, ada tasik, pohon dan bunga yang rendang, boleh lihat sendiri gambarnya cantik juga. Malah cafe ini bersebelahan betul-betul dengan kolam yang dipenuhi ikan ‘piranha’ dan pengunjung boleh mencampakkan roti yang disediakan untuk memberi makan ikan tersebut. Di sebelah jambatan berdekatan, spesis ikan yang lebih besar tak pasti apa jenisnya.
Ramai pengunjung cafe ini terdiri dari pelawat berkulit putih, dan di waktu malam mereka memenuhi hampir seluruh cafe nasib baik ada lagi tempat untuk kami duduk. Makanannya sederhana walaupun harga memang tahap 5 bintang. Untuk sarapan memang termasuk harga penginapan, walaupun juadah yang agak terhad dan lebih ‘Western’ dengan sosej, baked beans, telur rebus, agak basic saja. Ada menu lain seperti mee goreng dan donut manis yang sejenak jadi kegemaran saya dan anak-anak.
Perjalanan (drive) 4.5* – dapat merasa guna 4WD, laluan bukit/selekoh dilalui dengan baik oleh Fortuner, merasai kehebatan Fortuner, stabil dan mantap di sebalik permukaan jalan yang kadangkala berbonjol.
Penginapan 4* memuaskan – kualiti, persekitaran
Makanan 4.5* – di rumah Yanti, makanan memang menyelerakan, anak-anak pun suka dan teruja. Banana Cafe, not bad

Bertamu ke Lahad Datu dan Tawau – Hari ke 4
Selepas bersarapan di Banana Cafe kami mulakan perjalanan ke Tawau. Jarak yang menjangkau lebih 300km dan jalan yang agak baik keseluruhannya, walaupun sempit sedikit, kecuali selepas Kunak ada dua lane di sini satu-satunya kesempatan ‘speed test’ Fortuner sampai 160km/j, tak boleh lebih, sebab ‘highway’ ni berliku dan panjangnya kira-kira 20km lebih, banyak juga kenderaan di beberapa bahagian. Selain dari ‘highway’ ini secara umum anda kena berhati-hati di sepanjang jalan, sebab ada sahaja bahagian jalan yang tak rata, kadangkala bahagian tengah jalan yang rosak dan permukaannya berbonggol, mudah menjadi punca nahas kalau tidak alert. Ada hujan lebat semasa berhenti minum di Lahad Datu, walaupun keadaan jalan baik, sesekali saya guna 4WD mode bila hujan terlalu lebat, ada ketika hampir tak nampak jalan.
Singgah di Lahad Datu – bandar yang dikenali dengan sejarah pencerobohan Sulu di tahun 2013. Di sini kami berhenti sebentar, ambil gambar berdepan jeti. Tidak lama dan sebagai sebuah pekan sederhana tidak ada yang mengujakan. Tiada pantai yang boleh untuk bersantai pun. Tetapi kerana sejarah tersebut, saya sengaja berhenti walaupun tidak dapat bertemu dengan sahabat Lewis (ai, Lewis, lepas saya meninggalkan Lahad Datu baru beliau balas mesej dan kata nak jumpa…nampaknya lain kalilah Lewis). Saya bercerita sejarah tersebut pada anak-anak secara ringkas, ikut perspektif sendiri lah. Waktu melewati jam 11am, kami masuk ke sebuah warung berdekatan untuk minum, dan makan ringan – ada goreng pisang 5 seringgit, saya beli rupanya anak-anak suka pula. Oleh kerana menu makan tengahari tak siap lagi, kami tangguhkan niat untuk makan kemudiannya. Sejurus sebelum bergerak, hujan turun lebat menyebabkan kami terperangkap, saya berlari diikuti keluarga, dan masing-masing merasa curahan air dari hujan yang lebat tu.
Hari ini Jumaat, sebagai musafir kami ada kelonggaran untuk tidak bersolat Jumaat, pada saya ikut pada kesesuaian jadual perjalanan.
Hari ini spesial sebab anak sulung kami, Widad menyambut hari lahir ke 22. Ada dua berita lain – pada hari yang sama keputusan peperiksaan semestar ke 2 anak ketiga, Harith telah diumumkan, alhamdulillah beliau dapat skor ‘Dean’s list’. Hari yang sama juga keputusan semestar 2 Widad yang men

untut di Wales, UK telah dikeluarkan online, beliau mendapat First Class untuk keempat-empat subjek. Bersyukur kami dan tahniah kepada anak-anak yang menunjukkan prestasi terbaik.
Dari Lahad Datu kami singgah di Kunak, sebuah masjid bersaiz sederhana. Solat Jumaaat baru selesai, kami terlewat, tak mengapa sebagai musafir kami bersolat jamak, cuma terkilan tak dapat bersama penduduk tempatan dalam upacara solat Jumaat tu. Rupanya ada rezeki bertemu dengan Imam masjid, Haji Mydin, beliau dari keturunan Indonesia yang dibesarkan di Australia, di bawa oleh British sebelum Merdeka untuk menjadi pengurus ladang Sime Darby, sekarang sudah lama bersara semenjak 70an dan bertugas sebagai Imam di masjid ini. Ramai juga dari bangsa yang bukan Melayu seperti Kadazan memeluk Islam, menurut beliau.
Lepas solat kami teruskan perjalanan dan singgah di sebuah gerai durian, apa lagi, bersantai makan durian anak beranak kecuali Harith (beliau tak makan buah-buahan). Durian Sabah ni boleh tahan rasanya, harga RM15 sekilo, ok lah untuk menjamah rasa. Disebabkan rasa yang sedap kami datang semula ke gerai ini esoknya!
Tak lama melepasi Kunak kami dihidangkan dengan laluan yang lebih selesa, dua lorong, inilah yang dikatakan sebagai ‘highway’ oleh Pak Imam tadi. Di sini dapatlah saya memecut sedikit. Dari Pak Imam beliau juga menyebut anak beliau biasa merentas KK ke Kunak melalui laluan Keningau, menurut beliau laluannya agak baik dan lebih cepat berbanding jika melalui Sandakan (beza 2 jam).
Tawau adalah bandar yang sederhana terletak berdekatan pantai. Kami memilih tinggal di sebuah hotel 3* sahaja selama 2 malam, agak selesa walaupun ia kelihatan berusia. Parkir pun tidak ada, kadangkala terpaksa tinggal kunci di reception untuk pengawal keselamatan uruskan parkir bila ada ruang. Walaupun begitu kedudukannya agak strategik di kelilingi oleh banyak warung/restoran dan kemudahan lain seperti tempat membeli belah. Di waktu malam boleh bersantai di warung/cafe berdekatan di sinilah saya temui sebuah motosikal Triumph Scrambler, melalui Fastbike saya dapat mengenali pemiliknya Puan Malinda, Sabahan, dan beliau telah memberikan beberapa maklumat yang membantu perjalanan kami seterusnya.
Keesokannya berulang alik ke Semporna. Sebenarnya tarikan utama Semporna ialah pulau-pulau yang cantik, tapi oleh kerana isu keselamatan kami terpaksa batalkan niat untuk island-hopping, sebaliknya setakat berehat di sekitar pantai (tiada kawasan pantai yang sesuai) walaupun begitu kami memandu ke pesisiran pantai dan dapat menikmati pemandangan serta kehidupan penduduk tempatan beserta pemandangan rumah-rumah mereka yang kelihatan agak unik.

Kejutan sepanjang perjalanan Tawau-Keningau
Inilah laluan yang saya paling risau, kerana tiada maklumat lengkap diperolehi. Mujur dari Pn Linda beliau telah berpesan agar berhati-hati, kerana sepanjang perjalanan banyak bahagian jalan yang ‘putus’ dan hanya lapisan kerikil sahaja, dan ada juga tanah mendap atau runtuh menyebabkan gangguan permukaan jalan yang teruk. Hanya setelah kami melalui laluan tersebut dapat melihat dengan mata sendiri kejutan tersebut. Bukan itu sahaja, di beberapa bahagian jalan ke Sapulut dan selepasnya, hanya sebelah jalan sahaja yang boleh dilalui, jadi kalau bertembung kenderaan dari laluan bertentangan terpaksa bergerak perlahan atau berhenti. Kebetulan tidak banyak kenderaan lalu, dan sepanjang jalan sebenarnya agak sunyi. Dengan 4WD seperti Fortuner, alhamdulillah kami tiada masalah melalui laluan ini, dan kerapkali saya menukar mode 4 high, untuk membantu pemanduan.
Di sebalik semua ini, sekurang-kurangnya kami dah bersedia secara mental, jadi tiada yang merungut, malah kami sentiasa berhati-hati sepanjang perjalanan. Saya sengaja tidak memberikan peluang kepada isteri atau anak memandu, memandangkan keadaan jalan yang tidak dijangka ini. Cuma pemerhatian saya, di sebalik laluan yang agak sunyi dan bahagian jalan yang rosak di atas, keseluruhan perjalanan agak selesa, biarpun memakan masa yang agak lama (lebih 6 jam untuk 400km, ditambah waktu berhenti sarapan). Tiada masalah dengan stesen minyak, di setiap pekan kecil tetap ada, walaupun kami tidak tertekan dengan keperluan mengisi diesel, Fortuner ini memang amat mampu melalui lebih dari 400km dengan satu tangki penuh.
Kami sampai di Keningau sekitar jam 2petang, berhenti makan di Pizza Hut (masih mood menyambut harijadi Widad lagi), sebelum bertolak ke Crocker Range Park untuk bermalam di sini. Pemanduan dari Keningau ke Crocker tidaklah jauh, sekitar 15km sahaja tetapi berliku dan mendaki. Di sini ada ‘nature park’ di mana pengunjung boleh menikmati pemandangan bermacam tumbuhan seperti paku pakis gergasi, dan Raflesia yang unik. Sunyi sahaja tempat ini, sejenak baru kami perasan kamilah satu-satunya keluarga yang menginap di sini! Terfikir juga, sebuah nature park yang menarik ini begitu gersang dengan pengunjung, mungkin kebetulan atau mungkin juga taman ini menunggu masa ditutup (amat malang kalau benar). Tetapi satu faktor, mungkin taman seperti ini, yang agak terasing jauh, dan terletak di sebuah pekan agak kecil seperti Keningau, memang tak punya ‘niche’ yang baik. Nak harap pengunjung lokal memang mustahil, buat orang Sabah setakat nak cari Raflesia baiklah menuju ke Air Panas Kundasang di situ berderet bunga Raflesia (ini menurut penjaga taman Crocker sendiri!) sedangkan di taman Crocker ini ada sekuntum sahaja bunga Raflesia. Nak berharap pengunjung asing, mungkin lokasinya kurang tarikan dan keadaan kediaman yang kurang menyerlah.
Di waktu malam, kami 4 beranak sahaja duduk di restoran menunggu hidangan yang tak kunjung tiba…anak-anak semuanya keletihan ada yang tertidur. Pada jam 8 malam pintu masuk ke taman ditutup, jadi kami ‘terperangkap’ di sini hingga keesokannya. Jangan salah faham, pada saya pengalaman di taman ini cukup unik dan menyentuh hati, buat kami memang banyak yang dapat dinikmati dari segi pemandangan, sekitaran yang begitu aman dan segar, bilik chalet biarpun berusia agak kemas dan selesa.
Sayonara Sabah
Keesokannya kami bersantai sarapan di restoran sunyi tersebut, sebelum bersiap untuk keluar. Oleh kerana hari terakhir dan KK pun tidak terlalu jauh kami punya cukup masa (kebetulan penerbangan balik pada jam 8.50 malam). Kami bergerak ke pantai Karambunai, kononnya di sini ada entertainment park dan pantai cantik, rupanya kami tersalah info, pantai ini memang hak mutlak resort dan khas untuk penghuninya. Jadi kami setakat berulang alik menikmati pemandangan di pesisiran pantai KK sepanjang perjalanan. Tengaharinya kami singgah di Filipino market untuk membeli barangan termasuk barangan basah (frozen food), harganya tidaklah murah, tapi dah ketagih makan lobster jadi kami belilah juga untuk dibawa pulang.

Seminggu bersama Fortuner 4WD
Verdict 4*
Cemerlang: Body shape, fuel saving (very economical), 4WD yang cekap
Contra: Tidak ‘car-like’ masih mirip Hilux, kurang selesa di kelajuan rendah (beralun sedikit), agak sempit terutama third row. Infotainment system – video tak boleh ditonton semasa kenderaan bergerak (oops, infotainment system ni memang dicipta untuk kenderaan bergerakkah?)

20170704_114859_35712970295_o
Setelah memandu kereta ini lebih 1600km terasa ia dah menjadi teman setia sepanjang perjalanan. Kereta ini memang ‘tough’ cukup gagah dan mampu merentasi apa sahaja bentuk jalan tanpa sebarang kerumitan. Di jalan yang basah/banjir, jalan berliku, jalan berbatu kerikil dilalui tiada kerenah. Versi diesel yang kami pandu cukup ‘oomph’ dan mampu mendaki dengan bertenaga di sebalik kapasiti penunggang yang penuh. Dengan gearbox automatic ia cukup bertenaga, jika perlu lebih kuasa boleh gunakan ‘sport’ mode atau tukar kepada manual gearbox (semi-automatic) dan saya dapati mode ini amat sesuai bila terpaksa memotong di jalan yang berliku atau dalam keadaan tergesa-gesa, dalam hal ini Fortuner tetap bersedia memenuhi keperluan anda.
Walau bagaimanapun saya agak terkilan bila menurun bukit, terasa gegaran dari tayar bahagian depan (menurun dengan agak curam), biarpun begitu tidak terasa hilang ‘traction’ dan aksi membrek dan memecut tidak ada yang cacat. Gegaran ini mungkin disebabkan gandar terpaksa menyokong tayar yang besar dengan pemanduan 2WD, pada hemat saya yang dhaif dengan mekanik jentera ini.
Untuk pemanduan jauh, tidak terasa sebarang tekanan, mungkin kusyen duduk yang agak selesa dan kedudukan pemanduan cukup baik. Penumpang keseluruhannya berpuas hati biarpun bahagian paling belakang memang sempit dan lebih sesuai untuk anak-anak kecil.
Apa yang paling menyerlah ialah penjimatan bahanapi (fuel), satu tangki penuh mampu menjangkau lebih dari 600km (anggaran saya 700-800km pemanduan yang sederhana laju), dan ini pastinya lebih baik dari Starex kami (satu tangki penuh menjangkau kira-kira 600km atau kuran) – kedua-duanya diesel. Pada hemat saya ini amat baik sekali, saya pernah memandu versi petrol (2700cc) memang tidak ekonomikal langsung dan jarak dijangkau dengan sepenuh tangki mungkin sekadar 400km, pada masa tersebut (versi Fortuner petrol 2.7kcc 5 tahun lepas).
Adakah saya teruja memilikinya – masih tak pasti, biarpun ianya kemungkinan yang terbuka. Faktor negatif – harga yang tinggi (>RM180,000 untuk versi diesel dan >RM190,000 versi petrol), dengan harga ini hampir dapat memiliki sebuah Hilux ditambah dengan sebuah Innova hanya topup RM10-20k…mungkin satu éxaggeration’ biarpun begitu saya mengharapkan kenderaan 4WD yang lebih mirip kereta atau MPV, dan ruang penumpang yang agak sempit juga kurang menggalakkan.
Tetapi jika anda memang mencari sebuah 4WD yang berfungsi juga sebagai MPV untuk sekeluarga, maka Fortuner tetap menjadi salah satu pilihan wajar, apa lagi dengan sejarah yang cukup lama dan menjadi petanda ianya brand yang ‘reliable.

Kembara Sabah sekilas pandang
Alhamdulillah kami mencapai objektif mengelilingi Sabah dalam masa seminggu. Dari ketidakpastian ia berakhir dengan satu kembara yang

menjadi kenangan manis. Lautan di harungi, bukit dan gunung di daki (memandu), lopak dan tanah runtuh direntasi, laluan yang tak dikenali diharung dengan tenang, pulau, pantai, perkampungan air, jambatan ditempuh dan ianya satu pencapaian dengan sendiri.

Dapat mengumpulkan seluruh ahli keluarga untuk melakukan aktiviti bersama selama seminggu, makan minum, tidur, bermain, mandi-manda, bershopping dan island hopping semuanya dilakukan sebagai satu keluarga, bukan sesuatu yang mudah di zaman ini, syukur kami dapat menjayakan program keluarga ini. Pastinya anak-anak merasa gembira dan mereka dapat menjalin semula ikatan bersama setelah terpisah untuk seketika masing-masing bertaburan di bumi mengejar cita-cita. Bukan pertemuan kosong, kami isi dengan solat jamaah bersama, berkongsi tazkirah, tadabbur dan berbincang berbagai isu sebagai satu keluarga mudah-mudahan iltizam sebagai keluarga Muslim ini berkekalan. Secara fizikalnya kami mencapai matlamat mengelilingi negeri Sabah dengan selamat, di samping dapat mengenali bumi Sabah dengan lebih dekat, bersosial dengan penduduk tempatan serta menikmati keindahan pemandangan dan langit yang cerah di mana kami pergi, laut yang cantik dan tenang. Terasa begitu singkat pula masa seminggu ini, tidak terasa kepenatan turun naik bukit, memandu setiap hari atau melaksanakan berbagai aktiviti, disebabkan oleh berkat dari masa yang kami lalui bersama sebagai sebuah keluarga bahagia.

Untuk video Kembara Sabah RTH sila layari youtube

Video album Kembara Sabah RTH

Snapshot perjalanan Sapulut Keningau

Crocker Hill Descent Fortuner test

Mengapa Kolesterol?

Masih relevan kah kolesterol sebagai punca sakit jantung di zaman ini….?

 

Di sebalik kemajuan perubatan moden, penyakit jantung tetap unggul sebagai pembunuh no. 1 di Malaysia. 25% dari sebab kematian di hospital adalah penyakit jantung, dan purata umur pesakit jantung Malaysia (56 tahun) adalah hampir 10 tahun lebih muda dari pesakit Eropah. 23% dari pesakit yang mendapat serangan jantung adalah berusia di bawah 50 tahun. Bukan itu sahaja, di kalangan pesakit muda (bawah 45 tahun) yang mendapat serangan jantung, hampir 40% dari mereka disahkan tahap saluran koronari sempit yang teruk (2 atau lebih saluran koronari sempit).

Dalam satu kajian nasional, lebih 60% responden memiliki sekurang-kurangnya satu faktor risiko penyakit jantung. Apakah faktor-faktor risiko tersebut: Antaranya ialah sejarah keluarga (ahli keluarga disahkan sakit jantung <55 lelaki atau <65 perempuan), diabetes, darah tinggi, kolesterol tinggi dan merokok. Di samping itu obesiti/sindrom metabolik yang semakin meningkat juga menjadi penyumbang tak langsung faktor risiko ini.

Serangan jantung boleh menyebabkan kematian mengejut atau mengakibatkan pesakit menderita sepanjang masa (lemah jantung, berterusan sakit dada/angina, kurang upaya fizikal). Lebih malang jika ia berlaku di usia pramatang.

Yayasan Jantung Sedunia menyebut bahawa 80% dari sebab-sebab penyakit jantung boleh dicegah dengan mengubah gaya hidup – penjagaan diet, senaman berkala dan menjauhi merokok. Di samping itu, mereka yang berisiko hendaklah menjalani proses saringan diikuti dengan rawatan berkaitan jika perlu.

Apakah kolesterol? Ianya memang satu elemen yang diperlukan dalam badan, bagaimanapun keujudannya pada kadar yang tinggi dalam darah boleh membawa mudarat. Kadar yang terlalu tinggi (purata melebihi 7mmol/l) menjadi faktor risiko kendiri (independent) untuk penyakit jantung koronari dan strok, tambahan pula pada tahap ini kemungkinan seseorang itu mengalamai ‘Familial Hypercholesterolaemia’ (iaitu kadar kolesterol tinggi yang diwarisi) adalah lebih hampir. Kadar kolesterol yang tinggi buat mereka yang mendapat serangan jantung, atau yang memiliki faktor risiko yang lain, akan meningkatkan kemungkinan seseorang mendapat sakit jantung di masa depan.

Sejarah keluarga juga merupakan faktor amat penting. Di kalangan pesakit muda (bawah 40 tahun) yang datang dengan serangan jantung, kerapkali ujudnya sejarah keluarga yang disahkan mendapat sakit jantung pramatang. Memang ada di kalangan mereka yang berusia muda ini (malah di bawah 30) yang mendapat serangan jantung, tanpa paras kolesterol tinggi atau faktor risiko lain, sebab itu adanya sejarah keluarga sahaja sudah menjadikan seseorang itu berisiko mendapat penyakit jantung, seterusnya perlu mendapat saringan kesihatan serta mengambil langkah tertentu untuk menjaga kesihatan jantung.

poster jantung edited

Kami menawarkan saringan Kolesterol percuma

Sebagai inisiatif awal untuk menyaring mereka yang berisiko tinggi kami menawarkan saringan percuma kepada yang layak. Mereka yang dianggap berisiko tinggi akan mendapat saringan kolesterol, gula dan lain-lain ujian percuma.

Syarat-syaratnya ialah:

  1. Anda berusia 18 hingga 50 tahun lelaki atau perempuan
  2. Anda ada sejarah keluarga (adik beradik, ibu/ayah atau adik beradik ibu/ayah) disahkan mendapat penyakit jantung pada usia <55 tahun lelaki atau <65 tahun perempuan
  3. Anda ada sejarah keluarga (adik beradik, ibu/ayah atau adik beradik ibu/ayah) mengalami kematian mengejut
  4. Anda mengalami simtom penyakit jantung seperti sakit dada yang disyaki berpunca dari jantung, pengsan atau sesak nafas yang teruk ketika bersenam
  5. Anda memiliki tanda-tanda di badan yang menunjukkan kemungkinan kolesterol tinggi seperti berikut:
    1. Xanthelasma (penebalan kekuningan di sekitar mata)
    2. Corneal Arcus – Kornea yang diselaputi oleh warna keputihan yang tebal
    3. Xanthoma (penebalan kekuningan di sendi tangan/siku atau lutut)

Ada banyak tanda-tanda lain tetapi yang di atas di ambil sebagai indeks yang mudah dikenal

Untuk turut serta anda hanya perlu mengisi borang kajiselidik bit.ly/researchteammans dan panel penilai akan menentukan kelayakan anda mendapat ujian kolesterol percuma. Bagaimanapun jika anda tidak layak, anda tetap boleh menjalani ujian saringan dengan bayaran nominal RM10 (untuk menampung kos ujian kolesterol dan gula, sumbangan ini akan disalurkan kepada Ikramhealth).

 

Temui rakan anda Researchteammans

Kumpulan ini yang bekerjasama dengan Ikramhealth dan Unit Kardiologi PPUKM akan melakukan ujian saringan. Anda juga akan diberi panduan dan nasihat bersama dengan keputusan ujian tersebut.

Untuk panduan umum anda boleh melayari blog www.researchteammans.wordpress.com atau FB https://www.facebook.com/researchteammans/

Jangan lupa, layari www.bit.ly/researchteammans untuk mengisi borang kajiselidik dan melayakkan anda menjalani ujian saringan ini.

Peluang keemasan, tawaran istimewa akhir Ramadan!!

Di penghujung Ramadan dan aidil fitri yang semakin hampir ini kita tentunya sibuk dengan persiapan raya, dan banyak tawaran shopping raya yang mengujakan. Tetapi jangan sampai kita terlalai dari merebut peluang keemasan dari penghujung Ramadan sebelum ianya berakhir.

Ramadan hampir melabuhkan tirainya. Masih ada berbaki lagi masa untuk meningkatkan amalan demi memenuhi saranan hadis untuk kita memenuhi ibadah merangkumi konsep ايمانا واحتسابا (beribadah dengan penuh keImanan dan pengharapan/ikhlas) supaya mencapai objektif bulan Ramadan, meningkatkan Taqwa dan mendapat keampunan. Diriwayatkan Rasulullah s.a.w bersifat amat pemurah serta meningkatkan amalan beliau terutama di sepuluh hari terakhir bulan Ramadan. Beliau juga bersabda “Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan”. (Tirmizi)

Saudara/i,
Seorg lelaki diminta mengecat sebuah perahu, ia pun mengecat perahu tersebut. Saat mengecat, ia menemukan sebuah lubang kecil di lambung perahu, dan menambalnya diam diam. Begitu selesai mengecat, ia terima upahnya dan pergi.

Tak lama berselang, pemilik perahu menemui lagi lelaki tersebut dan memberinya cek yg nilainya sungguh tidak diduga. Si tukang cat terkejut dan berkata, “Anda sudah membyar upah saya, Tuan”.

“Tapi ini bukan upah utk mengecat. Ini kerana anda sudah menampal satu lubang di lambung perahuku”.
“Ah, Itu kan cuma hal kecil. Anda tidak perlu memberi saya wang sebanyak ini untuk pekerjaan sekecil itu”.

“Mungkin anda tidak mengerti. Saat saya minta anda mengecat kapal itu, saya lupa memberi tahu tentang lubang tersebut. Ketika cat perahu sudah kering, anak2 saya langsung pergi memancing dengan naik perahu itu. Mereka tidak tahu tentang lubang itu, Sementara saya tidak berada di rumah saat mereka pergi. Ketika saya pulang dan menyedari mereka telah membawa perahu itu pergi, saya jadi sangat khuatir kerana saya tahu kalau perahu itu bocor.

“Alangkah leganya saya ketika melihat mereka semua pulang dgn selamat” Lalu saya mendapati bahawa anda telah menampal lubang kapal yg bocor itu. “Anda telah menyelamatkan anak2 saya” Yang sudah Anda lakukan bukan hal kecil, kerana itu telah menyelamatkan nyawa orang lain. Sesungguhnya wang tidak bernilai untuk membayar kebaikanmu itu.

Teruslah menolong, meringankan beban orang lain dan perbaikilah setiap “lubang” yg anda temukan. Anda tidak akan pernah tahu bila bantuan anda bermanfaat. Kalau manusia di dunia saja boleh melihat perbuatan baik, apalagi Allah Tuhan kita Yang sangat ingin menempatkan Kita disyurgaNya…

Antara cara yang paling bermakna mungkin, ialah dengan melakukan sumbangan/infaq projek atau bantuan kepada pihak yang paling memerlukan. Saya senaraikan di sini untuk memudahkan anda beramal. Ingat, ini bukan rayuan kewangan, ini sebenarnya adalah peluang anda menjana saham akhirat yang amat baik, saya tidak mendapat apa-apa dari sumbangan anda (dan sumbangan ini harus terus disalurkan kepada pihak-pihak yang berkaitan seperti disenaraikan).

slide web AS-01
Poster dari MyCare

Projek MyRamadan MyCare/Ikram
Ini adalah pakej tajaan bersahur/buka puasa atau hadiah hari raya di negara-negara umat Islam yang sedang dilanda bencana atau amat memerlukan contohnya
1. Gaza
2. Masjid Al-Aqsa (Baitul Makdis)
3. Tebing Barat
4. Syria
5. Kem Pelarian Syria di Lubnan & Turki
6. Kem Pelarian Palestin di Lubnan
7. Pelarian Rohingya di Malaysia
8. Komuniti Islam di Myanmar

Cukup simpel – RM100/pakej untuk berbuka seorang atau RM50/pakej untuk hadiah hari raya.Ayuh berikan kegembiraan kepada mereka pada Ramadan melalui ibadah sedekah anda kepada:
Maybank Islamic : 5642-5856-0698
Bank Islam : 1209-20100-34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
JomPAY (ID: 6197)
Secara ONLINE di: http://www.billplz.com/myramadan
Nyatakan kemasukan sumbangan anda ke 018-383 2458 atau emel ke ramadan@mycare.org.my
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat MyCARE:
03-8941 2341 (Sazlie)

Saya sebagai Pengerusi MyCare Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, menjemput anda menyumbang untuk projek ini

IBADAH KITA, KEGEMBIRAAN MEREKA

 

Infaq wakaf, pahala berkekalan
Mungkin ramai yang suka menyumbang untuk tujuan wakaf, sebab pahalanya berkekalan sampai bila-bila insyallah.
Sahabat saya yang merupakan Pengerusi projek pembinaan sebuah Surau Al Munawwarah di Taman Bukit Cheng Melaka sedang mengumpul dana yang memerlukan RM400,000. Mudah sahaja, sumbang apa saja jumlah yang anda mampu, wang sumbangan yang sedikit ini pahalanya akan berkembang.
Untuk menyumbang, boleh bank in ke Bank Muamalat atas nama PEMBINAAN SURAU TAMAN BUKIT CHENG, nombor akaun: 0402-000111-3713.

34970234010_76051ae268_k

Bantu baiki masjid yang dilanda bencana banjir
Masjid Al Ehsan di Hulu Langat (Kampung Sungai Serai) telah rosak akibat banjir melanda 3 hari lepas. Dianggarkan kerugian RM60,000 melibatkan peralatan elektronik, meja, kerusi dan karpet. Jika anda bermurah hati boleh hulukan sumbangan melalui bank in ke akaun Bank Muamalat 1207-000527-4712 atas nama Masjid Al Ehsan Kg Sg Serai

WhatsApp Image 2017-06-19 at 02.03.51
Mesej dari sahabat saya Nazir Masjid Al Ehsan (Sdr Tn Haji Syed Putra)

Bantu pusat pemulihan insan
Ini mesej dari Pusat Bimbingan Raudhatus Sakinah:

Di penghujung ramadhan yg masih berbaki ini, kami ingin mengajak para dermawan yg perihatin ambil peluang menyumbang kpd usaha bimbingan kpd remaja yg memerlukan.

🌷🌷 Pusat Bimbingan dan Perlindungan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah 🌷🌷sangat mengalu2kan sumbangan 💶 mahupun zakat daripada tuan/puan yg prihatin dan dermawan.

Membangunkan 3 buah pusat 🏘 ini serta membimbing dan mengembalikan anak2 remaja yg pernah tersasar jauh dr landasan 🛣agama merupakan suatu cabaran yang besar dan kami memerlukan sokongan dan dokongan tuan/puan👍🏼. Ia bukanlah suatu yg mudah tetapi bukan juga suatu yg mustahil💪🏼. Allah pasti takkan sia2kan setiap usaha dalam membangunkan jiwa 💖yang memerlukan sentuhan kasih sayang ❤ dan didikan kita insyaAllah.

Mudah2an doa 🏼✋🏼dan bantuan tuan/puan menjd saham akhirat kita bersama dalam membantu penghijrahan mereka menjadi anak2 yg solehah serta dapat memuslehkan (memperbaiki) 🌟rakan taulan dan generasi muda di luar sana insyaAllah!

RS Pusat Rosmawati Zainal @ Ummirose
019-2386333

RS Melaka:
Maimunah fadzil 0196668138

Ac Raudhatus Sakinah Caw Melaka: May Bank 554138008995

 

JANGAN LEPASKAN PELUANG BERAMAL WALAUPUN SEDIKIT
Mungkin anda tak ada wang banyak, atau mungkin ada wang banyak, walau apa pun sedikit atau banyak sumbangan anda merupakan ibadah yang besar waktu ini. Jangan sia-siakan peluang ni ye.

AKHIR SEKALI, UNTUK KEMUDAHAN ANDA, JIKA TELAH MEMBUAT SUMBANGAN BANK IN, HARAP DAPAT MAKLUMKAN PADA SAYA, MELALUI WHATSAPP 019-3217391 atau email omaskon@gmail.com supaya dapat saya sampaikan pada pihak yang berkaitan. Nyatakan sumbangan apa dan pihak mana serta jumlah, atau sertakan slip bank-in tersebut.

The Title…just a Test

Today’s note is a short one

Title and recognition is something we as human cherish. When you receive awards or titles from a person or authority, it is a form of recognition of your accomplishment, talent, ability, contribution to society or sacrifice.

However, you may not be the most contributory or accomplished person and yet receive the title, while others who could be more deserving, don’t. Well, this is the rule of this world, since you are a human and the one awarding the titles also human, who don’t see everything.

Therefore the worldly title is temporary and will perish. Another thing, a person who has been given awards or title by people, may not necessary be awarded by God, or a sign that God is pleased with him. On the other hand, this worldly title could be a test for that person, if he does not use it in the right way, it could actually be a curse for him.

Whatever we have in this world, titles, grades, degrees, wealth etc will perish, whatever with God will remain. It is only what we GIVE to God on in His Way that will last and be of value in the very long ‘future’.