Kembara Ramadan bersama TM Bikers…paradigma baru dunia permotoran?

Jam telah melewati 11 malam, dan kami masih lagi bertungkus lumus menolak jentera masing-masing sebelum menghidupkan enjin untuk memulakan perjalanan pulang. Di tengah-tengah laluan berliku dari Batu 14 menuju Batu 3 jalan Tapah-Cameron Highland, memang tak pernah terbayang sebelum ini untuk meredah laluan tersebut di lewat malam seperti ini.

Memang kami berdua (aku dan Dr. Hafiz) sudah menempah bilik hotel LF di Tapah, tetapi untuk sampai ke Tapah kami terpaksa melalui laluan berliku tersebut yang menjangkau lebih 20km, dalam kegelapan malam. Sewaktu naik di pagi hari, cuaca hujan dan jalan kelihatan licin, dan ini cukup mencabar di tambah keadaan jalan yang tak rata di sana sini, beralun serta berliku di sebalik kesibukan lalulintas dan kenderaan berat yang agak banyak.

Aku dah sampai ke Cameron dengan motor dua kali, yang terbaru bersama Harapan Baru Bikers. Kedua-dua kalinya kami naik samada melalui Sungai Koyan atau Simpang Pulai. Kedua-dua laluan memang berliku juga tapi jalan lebih elok dan besar. Lain pula halnya melalui Tapah. Bila aku mengumumkan hasrat nak join ride ni dalam group MIB, ada ahli yang kata – nak meredah laluan yang kona patah belaka memang kurang sesuai dengan jentera kami apalagi di malam gelap gelita (waktu pulang). Ini menyebabkan aku rasa cuak juga. Tambahan pula Dr. Hafiz yang beliau kata dah lama tak ride, kali ni beliau pasrah join selepas aku pujuk dan atas alasan nak support program Ikram Putrajaya. Takpe, jawabku, nanti kita ride santai je, apa-apa kita ride sekali. Akhirnya kami kuatkan tekad. Alhamdulillah pagi tersebut semasa ‘RV’ di Rawang, di sebalik kehadiran melempah ahli-ahli TM Bikers, muncullah Zul9 & Dr. Al-Amin, lega sedikit, walaupun Al-Amin tak dapat join, hanya datang menjenguk. KZH yang komit dari awal, tak muncul, jadi kami bertiga dari MIB, yang selebihnya 60 bikers lagi dari TM bikers.

Memang meriah bila ride bersama TM Bikers ni, ahli-ahlinya peramah dan mudah didekati, ramai yang berpengalaman dah berjalan jauh, walaupun ada 50% dari yang join kali ini kapchai – LC135, Y15Z & FZ150, tapi tak jadi hal sangat sebab ride tak berapa jauh, dan untuk mendaki ke Cameron kapchai lagi senang. Sebab ringan dan mudah koner.

Menghampiri Tapah, hujan mula turun, mulanya renyai terus semakin lebat. Seluar jeanku dah terasa basah, tapi Dr. Hafiz terus jalan, takkan aku nak berhenti pulak, so redah ja harapnya lepas ni panas terik seluar cepat kering. Kami berhenti di RnR Tapah, refuel dan terus ke Masjid Batu 3. Di RnR Tapah hujan turun lagi, membasahi helmet yang aku tinggal terdedah sebab melayan diri di tandas. Waktu ni dah ada masa sarung seluar hujan dan sediakan diri. Kami berhenti di masjid untuk solat dhuha dan ada yang punggah barang. Di sini jumpa Kamal, pengarah program dan sahabat baik kami yang juga ahli MIB & Ikram Putrajaya.

Sementara TM Bikers masih menyediakan diri, kami bertiga sepakat untuk ride terus ke Batu 14 Perkampungan orang asli tersebut. Hanya perlu ikut map yang dah diberi, aku set Googlemaps dan lead. Hujan mula turun dan jalan Tapah-Cameron kelihatan basah, tak rata dan memang berliku-liku. Mulalah rasa gayat. Aku lihat side mirror, terpandang Hafiz di belakang. Tak lama, bertembung deretan kereta dan lori, bas, aku potong satu persatu, rupanya banyak lagi di sepanjang jalan. Ya jalan licin, boleh terasa hampir skid setiap kali nak lap, ini yang makin cuak ni. Rupanya bertembung dengan beberapa kapchai, mungkin orang local, semuanya bawa slow saja, aku potong. Akhirnya dah tak nampak kelibat Hafiz & Zul (Zul paling belakang kira escort kami berdua ni). Tiba-tiba Googlemaps down, blank saja. Aku cuma berpandu pada jarak, lama sedikit lepas tak nampak lagi kedua bikers, walaupun selepas slow down – mungkin sangkut dengan deretan kereta dan bas di belakang, akhirnya aku berhenti di sebuah perhentian bas. Rupanya dah terlalu hampir dengan lokasi. Tak lama muncullah Hafiz & Zul9, ok kami pun set masuk ke simpang ke arah kampung Batu 14. Lagi gayat bila jalan menuju kampung curam dan berliku, memang merangkak saja tak biar tayar bergolek perlahan. Berbagai fikiran bergolak, hmmm macamana perjalanan balik nanti, di kegelapan malam…

Alhamdulillah syukur program Kembara Ramadan ke Cameron Highland ni berlangsung dengan jaya. Congrats kepada Kamal pengarahnya, dan TM Bikers, Presiden En Roslan, kepada ikhwah MIB yang turut serta, eh tak ramai tapi bermakna. Zul9 yang terpaksa korbankan program Ikram Batu beliau semata-mata nak meraikan program ride ni & memang kehadiran beliau amat membantu aura MIB. Dr. Hafiz, yang mulanya tak konfiden je (sorry Hafiz hehe), sebab dah lama tak ride kata beliau, malahan aku sendiri pun, bila ada orang sebut route ke batu 14 tu yang amat mencabar, gementar juga, rupanya kehadiran Dr. Hafiz membantu gak, konsepnya ride slow2 santai pun dah ok, waktu ni kita nak sampai dengan selamat dan program berjaya, lain waktu nak memecut ke hujung dunia tu lain hal haha.

Secara ringkasnya lebih 60 bikers yang join, separuh adalah ‘small bikes’ dia orang sebut bike comey – kapchai – LC135, Y15Z atau FZ150. Ada yg datang dari Trengganu, Johor, Utara dll. Yang ride bike comey adalah anak2 muda 100% sementara yang ride big bikes bercampur, separuhnya dah berumur dalam 35-40han. Ini dari TM Bikers lah. Dari MIB ada tiga orang sebagaimana yang anda tahu.

Ride ke Cameron, Batu 14 ni simple saja sebenarnya, memang tak banyak ride, lebih banyak program masyarakatnya. Ride dari Rawang ke Tapah – Batu 3 lebih kurang sejam. Dari Batu 3 naik ke Batu 14 tak sampai setengah jam, tu saja. Total distance, dari Ampang rumah aku, 160km hmm memang singkat walaupuan acara program ni tamat hampir tengah malam.

Programnya – Angkat barang, turun barang – di surau Batu 14. Lepas tu rehat. Ada program treasure hunt dan & pertandingan melukis untuk anak-anak. Lepas tu penyampaian hadiah (semua anak-anak) dan duit raya juga penyampaian sumbangan pada orang asli. Then sempat bawa anak-anak ni short ride big bikes kami, pergi dekat2 saja. Sewaktu rehat ada pilihan untuk naik ke Cameron atau mandi di Lata Iskandar, kami tak pergi, sebab ada interview dengan TV Jakim. Ya, media crew ni interview ramai orang, of course Kamal sebagai penganjur, TM bikers, penduduk dan mereka beri peluang, kami sebagai bikers Ikram –dalam interview aku sebut MyIkram Bikers lah, bagi orang kenal.

Berbuka bersama orang asli, dapatlah ruang bersosial dengan mereka – untuk lelaki kebanyakannya orang tua atuk2 atau anak2 kecil – selebihnya bikers dan petugas2 lantikan Jakim atau wakil JKOA, dan crew Ikram Putrajaya & Ikram Perak (Batang Padang).

 

Of course, Kamal sebagai Pengarah program ini menerajui program dengan jayanya. Beliau berjaya menghubungkan Ikram Putrajaya dalam ‘big picture’. Malah semasa berbual dan interview dengan media JAKIM, mereka tanya seolah-olah Ikram ni berpusat di Putrajaya, begitu juga MIB….tak mengapalah yang penting Ikram dikenali melalui usaha sahabat kita. Dan beliau menunjukkkan leadership yang baik dalam TM Bikers, sebagai pengarah program. So, pada aku beliau patut diberikan kredit atas usaha ini & insyallah mungkin bentuk JV seperti ini merupakan ruang yang amat baik MIB dapat melibatkan belia bikers, nak buat secara MIB sendiri-sendiri mungkin tidak dapat mencapai skala yang seperti ini!

Aku sempat berkenalan dengan Presiden TMB Sdr Roslan dan brief sedikit mengenai pertubuhan Ikram dan kumpulan kami MyIkram Bikers. Beliau kelihatan cool, berkarisma dan mudah bermesra. Dalam ucapannya beliau sebut kerjasama dengan MIB – ini program ketiga ada kerjasama dengan MIB – sebut beliau.

Setiap ahli MIB memainkan peranan baik – Zul buka agenda semasa sampai – ini buka ruang untuk taaruf dengan kebanyakan yang terlibat di lapangan (masa tu TMB tak sampai lagi) – termasuk petugas JAKIM, wakil orang asli, ahli2 Ikram (Putrajaya & Batang Padang) dan crew media JAKIM) melalui ini kami banyak dapat peluang networking yang baik, serta kenal lebih dekat masyarakat orang asli dan keperluan mereka di sini.

Aku nak sebut juga, mengenai bikers sebab ini bread & butter kita MIB. Kami ada sebut dulu nak buka kapchai chapter tapi tak pernah bergerak. Aku rasa model TMB ini model yang amat baik, macamana kapchai riders boleh join program just like the rest of the big group, ride jauh. Dan mereka memang mendapat tempat yang ‘equal’ dalam progam ni. Kebanyakan kapchai riders ni atau semua adalah anak muda, belia. Semasa ride, mereka ikut kumpulan sendiri, sebab riding pace tak sama…tetapi tetap tak ketinggalan, Marshall sentiasa pesan supaya riders jangan ride seorang-seorang, walaupun riding at own’s pace, sekurang2nya berdua, lebih baik untuk keselamatan. Bila diambil kira bermacam background bikers dan bike yang ada, jadi kumpulan kapchai ini membentuk geng yang ada ‘equal footing’ dengan big bikes. Perlulah disebut, dalam konteks ni, setakat yang join adalah LC135 ke atas (termasuk LC yang tak berklas (clutch). Aku rasa the ‘key’ untuk menyerap group kapchai ni ialah adanya kumpulan yang agak besar (contoh dalam satu2 ride ada sepuluh atau) dan anak2 muda yang ada background yang sama – contoh di sini profession…konsep ini bolehlah diadaptasi yang penting supaya kapchai yang join the big group tak terasa kecil atau terasing. Juga beri ruang kapchai ini menyesuaikan diri dalam the big group, contoh dari segi refuel stop, dekat sedikit jaraknya dari biasa. Sebab dalam ride macam program orang asli ni, fokus sebenarnya adalah program, ride tu sebagai wasilah program. Daripada 14-16 jam program – ride hanya mengambil tak sampai 40% dari keseluruhan program, jadi kalau buat ride konvoi yang melibatkan kapchai mungkin dalam bentuk seumpama ini…tetapi tak mesti, macam-macam bentuk kreativiti boleh dicipta insyallah bila dah ada big group kapchai tu pandai-pandailah mereka.

Last sekali pasal kecekapan dan keselamatan. Dulu aku selalu concern bila nak naik bukit dan koner ni.  Memanglah dan dari segi keselamatan memang kita perlu hati-hati. Tetapi untuk bikers, selalunya ‘cabaran’ untuk melayan koner dan bukit ni ialah dan mengenakan stail dan ride laju, sedangkan memang ada ketika, tak perlu pun pada semua tu. Bayangkan sewaktu turun dari Batu 14, di malam hari, walaupun aku ‘terpaksa’ sabar di belakang Hafiz mengemudi jentera bumblebee beliau yang sentiasa mengaum minta dilenjan habis, tapi Hafiz tetap cool menyusur laluan tak terburu-buru. Betul juga, apa nak dikejar, di waktu kegelapan malam dan jalan penuh berliku yang tak rata ni, yang penting ialah selamat sampai. Kalau laju pun, adalah beberapa minit awal sampai, tapi kalau silap lenjan, lain pula boleh jadinya, apa lagi bertembung dengan kenderaaan berat yang bila-bila masa saja boleh overshoot. Jadinya biarlah ada balance sedikit, memang jentera osem kita untuk dipandu macam kuda hebat (macam apa yang Ustaz Hasanuddin sebut dulu) tapi kita kena mengenali kemampuan diri, kemampuan jentera, juga keadaan jalan, cuaca, lalu lintas dan banyak faktor lagi.

 

 

Video link perlepasan, ride ke Cameron

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s