Tips Mengajar Anak-anak Berpuasa

Alhamdulillah anak-anak kami telah mula berpuasa sehari penuh sejak berumur 6 tahun lagi. Biarpun antara mereka ada perbezaan sedikit, tetapi kesemuanya telah mula mencuba berpuasa sehari penuh sejak berusia 5 tahun, dan pada umur 6 tahun mereka akan berpuasa sehari penuh pada kebanyakan hari. Menjelang umur 9-10 tahun mereka mula berpuasa setiap hari selama sebulan penuh – dan kalau ada ‘kantoi’ pun mungkin sehari dua.
Apa yang penting adalah suasana bulan Ramadan itu dirasai sebagai sebuah keluarga. Menjelangnya Ramadan kami akan mula bercerita mengenai Ramadan kepada semua anak-anak. Cerita ini lebih kepada kemeriahan Ramadan dan diikuti dengan hari Raya – tujuannya untuk mereka merasakan ‘umph’ Ramadan ini dan menyediakan diri dengan ibadah puasa. Malahan untuk anak-anak yang besar (11 tahun ke atas) mereka mula bersama-sama kami berpuasa sunnat, tanpa disuruh. Setiap kali kami berpuasa sunnat, semua anak-anak termasuk yang masih kecil, akan diberitahu, dan kesemua ahli keluarga samada yang berpuasa atau tidak akan berbuka bersama-sama.

Begitulah juga untuk bulan Ramadan ini. Sekali sekala anak-anak kami yang kecil (4-5 tahun) terjaga semasa sahur, mereka akan dijemput untuk makan sahur, walaupun tidak semestinya berpuasa. Sebenarnya anak-anak dah boleh di ajar ketika berumur 3 ½ tahun. Utk anak berumur 3 ½ tahun ni kita tanamkan konsep menahan melalui cerita dan contoh dari keluarga. Bila anak ini bangun kita beri sarapan dan explain ni kita sahur ye… umi dan ayah dah sahur pagi tadi. Umi puasa tak makan sampai maghrib. Setiap waktu makan kita akan cerita lagi… Maka adalah anak-anak kami yang ‘bersahur’ dan ‘berbuka’ 2-3 kali sehari! Ini tidak mengapa pada peringkat awal, yang penting adalah mengajar konsep berpuasa dan agar mereka menghayatinya.
4 – 5 tahun. Anak-anak umur ini selalunya sudah mula bersekolah. Sudah berkawan dan sudah boleh di ajak berborak. Seperti di atas, kecuali mereka terjaga waktu sahur secara sukarela, mereka akan diberi sarapan seperti biasa, tetapi diberitahu yang mereka ‘bersahur’. Seterusnya di saat ini kita boleh melewatkan waktu minum pagi dari pukul 10 ke 12.. Tak perlu kejut sahur. Secara beransur kita lewatkan minum pagi sehingga ke makan tengahari. Bagi anak 5 tahun selalunya mereka dapat menahan sehingga 3 -4pm. Di saat ini kita boleh beri mereka berbuka. Jangan sekali-kali memaksa mereka berlapar, tapi kita guna teknik mengajar… bercerita , upah dan buat aktiviti bersama seperti memasak dan membeli di pasar ramadhan. Elakkan aktiviti lasak seperti main bola, berbasikal dll. Banyakkan minum air dan makan kurma.
6 tahun: anak ini dah mula memahami ramadhan . kita dah mula mengajak mereka mengaji bersama untuk tujuan tadarrus Quran. Mereka juga dibawa ke masjid untuk tarawih bersama keluarga, walaupun tidak dimestikan sembahyang tarawih. Sesekali kita benarkan mereka utk berbuka puasa awal terutama pada hujung minggu. Jangan sekali memaksa. Sekiranya kita merasakan anak merasa TAK SUKA / BENCI berpuasa., kita boleh member kelonggaran untuk mereka.
Walaubagaimanapun setiap anak berbeza tahap permulaan puasa.
Untuk peringkat 6 tahun ke atas, bila mereka telah mula berpuasa penuh sehari…kadang-kadang memang mereka letih terutamanya jika tidak bersahur cukup. Penekanan pada peringkat ini ialah semangat berpuasa. Oleh itu, waktu ‘bersahur’ mereka agak fleksibel, kadang-kadang mereka habis makan sahur lewat – dan kami tidak memaksa, Cuma anak-anak ini akan cepat memahami bila ahli keluarga yang lain dilihat telah berhenti makan. Mereka cepat belajar. Begitu juga, sesekali mereka tidak terjaga untuk sahur, mereka akan diberi makan ‘sahur’ di waktu mereka bangun pagi, tetapi pada umur ini agak jarang berlaku. Sewaktu berpuasa, memang kadangkala mereka akan keletihan dan terpaksa berbuka. Kami akan menawarkan mereka untuk makan berbuka, selepas makan ini, mereka akan disuruh menyambung puasa tersebut sehingga ke waktu berbuka sebenar. Ini memberikan sedikit pengajaran kepada mereka dan juga semangat menghormati bulan puasa. Ini juga boleh di praktiskan bagi anak 5-6 tahun. Cuma jarak buka tu kita boleh panjangkan sedikit. Ini mengajar mereka erti lama…dan mungkin lebih mengenal dan menghargai masa. Di samping itu berpuasa memberi kita peluang mengajar SABAR kepada anak-anak.
Semuga Ramadan kali ini melahirkan keluarga-keluarga Muslim yang Muttaqin yang menjadi tunggak masyarakat madani.
(Nukilan: Wan Norsiah & Oteh Maskon)

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s